24 December 2010

diari seorang penanam anggur

04:10pm

selamat hari jumaat. eh sekejap je kan dari hari jumaat balik. lagi-lagi bagi yang berkerjaya sebagai penanam anggur (read : penganggur) yang tegar. oh, macam ni rasanye jadi tukang tanam anggur yang buah dia tak ada hasil langsung. rasa macam tak berbakti dekat bumi langsung. haih.

Baru sebulan lebih la lebih kurang duduk rumah jadi mem besar. goyang kaki tanpa perasaan bersalah lepas tu bangun, makan, berhibernasi, berkepochi di facebook, lepas tu berhibernasi balik. eh rotate balik aktiviti tu untuk esok dan hari seterusnya. eh, so bilanya nak kerja? tssk.
Tak sangka sebenarnya dapat mama dengan abah yang chill nak mati. eh, kenapa abah tak chill macam ni waktu orang zaman-zaman belajar dulu. ahaha. kiranya sekarang my parents macam tak bising lagi suruh cari kerja, sebab diorang bagi time nak berfoya-foya dulu. auww. auww. baiknya. tapi still rasa bersalah sebenarnye duduk rumah goyang kaki je. fuhh. fuhhh tengah berusaha cari kerjalah ni. doakan nurul hafizah murah rezeki ya. ;)

kalau orang tanya bila nak kerja, lepas tu I macam malas nak jawab, confirm soalan itu akan dijawab sebigini rupa. "nak tunggu putera raja datang masuk meminang" auww. seronokkan? ahahah. Korang-korang-korang yang masih belajar tu, tak payahlah duk kalut sangat nak cepat habis belajar, sebab waktu belajarlah kita punya safe and comfort zone. seronok tahu zaman belajar ni, tak payah nak fikir ape-ape, hoooo. rindu zaman belajar oh. kira macam soalan standard ah bila dah habis belajar, orang mesti tanya kerja ape? bila nak kerja? bla.bla.blaa. tanyalah bila nak kawen ke ape. eh.

sebenarnya dalam duk tak buat pape sambil mengumpul lemak yang dah sedia banyak ni, tersimpan juga hasrat murni yang suci gitu. tak sabar nak pegang duit sendiri. tak sabar nak buat mama dengan abah bangga lagi sekali sebab diorang dah tak simpan anak dara gemok dan pemalas dan tukang habiskan beras dekat rumah lagi. yeay.
semoga dipermudahkan segala urusan. ameen. ;)

23 November 2010

usaha + doa + tawakal

07:45pm

Jantung nak terkeluar dah. 3 days to go.
takutt. Doa. yeah hanya itu yang saya mampu lakukan.
oh encik result sila jangan berlaku kejam terhadapa saya ye.
doa dan tawakal itu yang terbaik kita akan rasa lebih kuat! yes semangat! ;)

still wondering kenapa orang geli kat cicak dari geli kat lipas.
hey lipas ada sayap kottt dia boleh terbang okeh. dia boleh attack kita okeh!
wuu emo dengan lipas.
oke bye! ;)

20 November 2010

all is well!

09:44pm

Dengan ini saya yang gojes auw nurul hafizah mohd shopki telah secara rasminya berumur duapuluhdua tahun di tarikh lapan belas November dua ribu sepuluh! yeah. yeah lagi! yeah lagi sekali. saya dah tua! booo.

Cerita hari lahir saya yang sangat pathetic! wuu.wuu. kasihan sama diri sendiri sebab kena beli kek sendiri makan kek syok sendiri. ahahah. mama pesan suruh beli kek not more than 2slices sebab dia kata awak dah gemok! sadis sungguh. baru nak bersikap tamak haloba dekat SR. haish. chop iklan jap. me got new name dekat rumah! no more 'nurul' oke, mama saya panggil saya MOK! wahh rasa macam nak guling-guling dah. nak cakap lebih-lebih kang jadi tanggang pulak kena sumpah jadi batu susah gak ye. heyp saya anak solehah. *blush*. sambung cerita birthday lepas tu malam abah belanja makan. haish ni la dairi kehidupan seorang anak tunggal kasihan weh. how i wish me still kat muadzam with my friends! seronok koottt. tapi itu muadzam sudah tinggal hanya kenangan. tsskk. *lap air mata*. tapi takpe still enjoy my day dengan semua wishes dari korang! shuweeet. ;)

cerita ini bukan cerita birthday. Eh sangat tidak seronok bila sudah bertukar status ni eh. err bukan status single ke in relationship ke engaged ke hape tapi status dari student ke penanam anggur yang berjaya yeah. see saya dah besar kan? umur dah 22 lagi dah boleh mengundi lagi dah habis belajar lagi dah gemok. eh.

kondisi kesihatan sekarang ni tidak menentu sebab rasa-rasanya boleh kena heart attack tak pun darah tinggi sebab tengah risau gila tahap tapir nak tunggu result final sem keluar. takut result keluar pelik-pelik oh. haish.

sebenarnya nak cerita macam-macam pasal muadzam semua-semua-semua-semua-semua tu tapi errrr.


* tgk tu ada double chin dah. sigh*

08 November 2010

test

2:47 am

Perpisahan dan rindu itu amat menyakitkan. oh. demm.



19 September 2010

kehidupan seorang gadis yang berwawasan

05:54 pm

selamat hari raya yang ke errrr. yang ke 10!
dah takde feeling raya kan? sebenarnya time raya ke-2 dah takde feeling-feeling syahdu riang ria raya. walaupun sudah berkostum hari raya. tsskk.

dapat banyak duit raya? ho3
misi setelah mendapat duit raya? banyak okeh. first nak beli iphone! muahahaha.
second nak beli jusmate sebab badan makin naik. patutnya bulan ramadhan badan makin turun ni terbalik kot makin naik! raya ape la lagi kan. confirm-confirm sah la lagi naik kan. errr. tapi nak beli iphone macam mana nak beli jusmate nanti duit tak cukup. ahh. demm.

awak dah besar pun dapat duit raya lagi ke?
dapat la. sebab saudara-mara kata saya sekolah lagi. auww. auww comelkan. lepas tu lagi extra comel bila pergi beraya dekat rumah saudara-mara yang jauh dapat lagi duit raya khas untuk kanak-kanak yang dalam dia ada isi seringgit sahaja sebab muka saya mungkin awet muda dan terlampau polos untuk dibandingkan dengan usia 22 tahun saya. takpun mereka lihat saya selevel sahaja perangai buruk berebut kuih yang sedap dengan sepupu-sepupu yang belum lagi akil baligh. ahahaha.

seronok tengok gambar raya orang lain dekat facebook. tapi saya ada tapi saya tiada gambar yang nampak selim muka semua harus tembam setaman. lagi sekali demm. tssk.

seronok lagi sebab pergi beraya beramai-ramai bersama kawan-kawan sekolah pergi rumah cikgu. dah la sampai rumah orang pukul 10 pagi nasib baik hati cikgu itu sangat mulia. kalau ada sesiapa mahu beraya rumah saya pukul 10pagi? batalkan sahaja niat itu. ;) banyak gambar comel bersama rakan-rakan yang diambil dengan camera yang canggih itu, tapi saya sangat musykil kenapa gambar rakan-rakan yang lain sangat menarik manakala gambar saya seperti anak orang asli yang mahu pergi beraya sahaja rupanya. oh adakah muka saya sudah tidak lagi mesra kepada camera? oh noo. demmm lagi.

saya juga sangat berwawasan kerana pulang awal ke sekolah! yes. hajat di hati mahu menyiapkan assignment dan menyambung saya punya project paper yang sudah hampir ke due date. tapi kecewa hampa saya hanya mampu merenung semua kerja-kerja itu dan berharap beliau akan siap sendiri dan esok saya akan mati sebab semua kerja tak reti nak menyiapkan diri mereka sendiri. tak berguna sungguh.
sungguh kena cari orang masuk meminang la ni kalau fyp tak settle. gila ah.

saya sedang musykil dengan diri sendiri sebab hormon takut sebab dah nak due date fyp tak datang lagi! encik hormon takut mana awak? saya rasa saya sangat tenang lah. demm.

saya sangat berwawasan hingga mengalami perasaan yang tenang yang melampau. huh. hidup ini sangat peliklah.

mari semua doakan yang terbaik untuk saya punya fyp. terima kasih. ;)



06 September 2010

ini bukan saya

09:32pm

27 ramadhan.

sudah hampir rebah. tapi gagah bertahan. percaya diri kuat. tapi aku tidak kuat sebenarnya.
banyaknya benda datang sekali. rilek2 la bai. datang slow-slow oke. dah tak larat ni. tskkk.
fikiran kosong. semoga semuanya baik-baik sahaja.

enteri emo sebab saya tengah emo ni.

mana baju raya?
tak ada.

mana tudung raya?
tak ada.

mana kasut raya?
tak ada.

mana kueh raya?
ada tengah buat la.

mana drama raya?
banyaaaaaakkkkkk.

oke bye.

25 July 2010

mari insaf versi saya

11.30 pm

hujan renyai-renyai dekat luar.
welcome back muadzam. ;)

tadi tiba-tiba je saya baru tersedar satu benda yang sangat mengegarkan jiwa. gituu. ayat kena hover sikit. hooohoo.

kita jangan bukak aib orang lain. kalau kita buka aib orang Allah pun akan buka aib kita.

tiba-tiba terfikir. tiba-tiba terinsaf.
hope insaf ni lamalah.

semoga saya dan kita semua diberi kekuatan untuk reduce sikit tahap kegemaran dan hobi berkepochi dan mengumpat orang lain. ni practice untuk puasa ni. InsyaAllah. ;)

24 July 2010

kerja pembersihan.

08:15 pm

mari kita buat statement yang berpura-pura howt.
oh dah lama tak update ini belog.
mesti u alls macam sedihkan.
*oke sila sepak minah perasan ni*

ermmm. nothing much.
macam banyak nak cerita.
tapi macam malas. hohoo

mari baca cerita saya yang biasa-biasa sahaja sebab cerita ni tak luar biasa pun.
start with, my new semester already started almost 1month actually dalam 3 weeks. feeling? rasa sudah sangat besar sebab dah final semester. oh my goodness saya dah final sem. tapi my schedule for few weeks sangatla tak macam dah final sem. ahahaha.

apa lagi yang macam menarik eh?
takde pape kot. macam happily ever after je sem ni.
tapi emosi banyak bercelaru dan kata hati tidak sama dengan kewarasan akal fikiran.
kalau bunuh orang tu tak mati mesti bestkan.

oke nothing much. saya mahu menikmati semester akhir di muadzam ini dengan setiap detik yang sangat manis.

finally thanks to my da belanda's geng perangai semua macam hitler fathin, farah, iza, sara dengan qiela. dengan adik-adik dan kawan-kawan gedik saya yang lain mahu berseronok bersama kamu sebelum saya tak jejak bumi muadzam ni lagi. muah3.

nota tak penting : cik beeeee datang la lepak dekat rumah kami. rindu kamu babe! ;)



14 June 2010

practice masak nasik untuk kahwin. ;)

08:25pm

kenapa orang Malaysia suka kahwin waktu cuti sekolah?

kenapa saya rasa ramai kawan dengan sepupu-sepapat saya yang baya saya ramai yang dah kahwin dengan bertunang? errr umur saya 22 tahun kan? bukan 32 tahun kan?

oke bye saya nak practice masak nasik dengan nanti bakal laki saya tak mati kebulur. ;)

13 June 2010

boikot!

23:33pm

oke boikot. boikot. jom boikot. semangat boikot. eh tak boleh makan lah boikot.
2hari lepas bersemangat tak hengat nak boikot terus keluarkan statement errr.. takpela mengidam sekali je. bukan beli hari-hari kan. takpun alaa kalau aku sorang yang duk boikot bukannya effect. ayat-ayat yang macam ni la rasa wut the fish semangat tak sampai 5minit. hesh.

sebenarnya kalau kita nak boikot boleh je. ada je alternatif barang lain yang kita boleh ganti tapi sebab barang-barang tu semua dah sebati dengan hidup kita takpun kalau belajar subjek consumer behavior kira ni termasuk dalam costumer loyalty jenis pengguna tahap setia nak matilah dengan brand tu kira kalau tak pakai brand tu boleh mati kot. entah.

meh kita tengok apa barang harian yang memang favourite kita yang boleh kita ganti dengan barang yang kita nak boikot tu eh.

*oke product simple yang first kita harus boikot ialah johnson&johnson. alaaa macam mana ni kulit I yang mulus ni tak boleh pakai product lain nanti dah tak mulus dan putih berseri macam Lisdawati macam mana? ah gedik ah kau! kalau nak sangat kulit melepak-lepak rendam dalam clorox ah. eh. kan banyak je product baby yang lain. boleh pakai bedak yang ada gambar gajah pink yang comel carrie junior tu ke. oke settle.

*untuk tidur lenamu gunalah soffy comfort night. *sila nyanyi dengan nada sama dengan iklan tv* oke dah tak payah lagi guna Kotex. takpun boleh guna pad baru yang ada adibah noor tu tak reti eja apa nama dia. jangan nak ngada-ngada tak gatal pun lah si missy v tu kalau guna pad brand lain, kalau gatal jugak gunalah pad herba. ;)

* NOKIA connecting people. alaa tak best pun telefon bimbit nokia ni gunalah Sony Ericsson. errr kalau Sony ni pun nanti kena boikot terpaksalah guna CSL. oke hape.

* Ibu saya bagi saya minum milo setiap hari supaya saya jadi bijak dan cergas. kalau ibu saya malas masak saya kena masak mee maggi sendiri. ayah saya suka minum nescafe dengan coffemate. hepp. heppp tu semua barang nestlela. oke I pun memang mengaku sangat susah nak boikot barang nestle sebab semuanya sangat best. honey star! aiskrim milo saya. tskk. pengsan jap. takpe. takpe milo boleh ganti dengan vico. err ada aiskrim vico tak? kan sekarang banyak je mee segera yang lagi sedap so no hal lah kan. errr instead off nescafe, kopi janda perhaps? ngaaa~

* Mcdonalds. malas nak merepek banyak. sokonglah gerai burger abang atau makcik atau pakcik di tepi jalan. mana tahu nasib baik dapat jumpa dengan abang burger yang handsome dan kacak dan bonus pandai membuat burger. tsskk. kalau teringin nak makan bigmac order je la nak sepuluh lapis pun boleh. lagi murah dengan penuh lagi. siapa kata tak cool kalau tak dating dekat mekdi? kedai mamak lagi shuweeet tau. kau makanlah mekdi banyak-banyak gemuk padan muka! ngahahaha,

* Star World. alaaaaaaa nak tengok glee dekat mana? oke takpayah ada astro oke bye.

* eh putihnya gigi awak? ye gigi saya amat bersinar-sinar dengan memakai ubat gigi mu'min. tak payah la weh pakai Colgate. sokong sikit barang buatan Malaysia. one two three go. sengih. yeah gigi ku putih. errr.

Dah lah tu. oke siapa boleh boikot barang-barang ni je kira dah terror nak mati lah oke? ni sikit je banyak lagi sebenarnya tapi I saje listkan baramg yang I pun selalu guna. benda kita nampak simple tapi sangat meaningful kalau kita semua bersatu tak guna barang-barang ni semua.
Janganlah mengeluh sebab rasa sangat tidak cool selepas tidak menggunakan produk-produk ni semua. anggaplah ini bantuan kita yang paling sikit untuk saudara kita dekat sana sebab kalau kita membeli produk-produk yang bagi sokongan dan sumbangan keuntungan dekat zionis samalah kita pun duk sumbang sekali duit nak beli peluru bunuh diorang dekat sana. takpun bila nak beli kita bayangkan macam ni nak makan mekdi je woooo satu fries masuk mulut satu kanak-kanak innocent dekat sana kena bunuh sebab duit kita. bila mengidam aiskrim milo je dah sampai petronas nak sentuh je aiskrim tu cuba bayangkan kita tengah makan aiskrim sebelah bilik mayat. errr oke hover takde kaitan.

30 May 2010

sambut menantu

11:55pm

berapa hari lepas kucing bujangkuh sudah membawa pulang kekasih beliau untuk berjumpa dengan familynya. awwww. sweeeetttkan. kan. sumpah rasa nak hempuk je kucing ni sebab girlfriendnya jenis yang tidak tahu malu sungguh tidak mahu pulang lepas di bawa pulang dekat sini. hesh. rimas okeh. putih kau suruh girlfriend kau baliklah weh. cancel nak buat jadi menantu.


*si player yang tampan*




29 May 2010

rules dalam berkawan

09:46pm

zaman dulu-dulu nak berkawan memang tak ada rules.
kalau ada rules nak berkawan pun, just rules yang sweet-sweet je. contohnya kalau sekepala dah kita rasa selesa bersama dah boleh jadi kawan tidur sebantal, makan sepinggan, mandi sama-sama. eh. haa kira macam tu lah simple je kalau nak jadi kawan baik.

tapi ku sangkakan hujan hingga ke petang rupa-rupanya panas di tengah hari. erk? ni terbalik ke betul eh? takpe lah. zaman sekarang ni dah lain. lain sangat-sangat. zaman sekarang rules number one nak berkawan ialah kita kena tunjuk resit gaji parents dulu baru boleh berkawan. kiranya kawan kena yang sekufulah. apa korang ingat kahwin je ke nak sekufu? kawan pun kena sekufu tau. I memang emo nak matilah dengan kawan yang macam ni, asal selisih faham sikit je oh terus je nak ungkit benda bukan-bukan. yang tak tahan tu bila yang keluarkan statement orang nak berkawan dengan dia sebab harta dia je. eh pleeeaassseeeeeeeeeeeeeelah. kau takpayahlah nak bangga sangat dengan harta kau tu lah. bukannya selama berkawan dengan kau setiap hari kau bagi kitorang duit saraan setiap bulan kan. kalau kau nak tahu kawan yang kau jaja cerita dia dengan tuduh nak berkawan dengan kau sebab harta tu lah yang ikhlas nak kawan dengan kau. kawan yang duk kaki kipas kau sekarang tu yang kau claim kawan dunia akhirat kau tu. sendiri fikirlah kawan. eh teremo pulak. harap maklum cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau sudah meninggal dunia. oke take note rules number satu untuk berkawan : kena tunjuk slip gaji parents untuk sekufu kalau tak kau dituduh berkawan sebab harta.

rules number two : zaman sekarang kalau nak berkawan kena pandai bermuka-muka. yes. yes. itu fakta. sekarang ni susah sangat nak tahu yang kawan tu betul-betul kawan ke tak. kawan zaman sekarang ni pelik tau sebab kalau dia dekat depan kita dia memang sangat baik dan ikhlas dalam berkawan kononnya tapi kat belakang perghh tak sanggup nak dengar dia jaja dengan kutuk kawan dia tu cukup-cukup. ada jugak yang berkawan dengan baik nak mati sebab nak korek cerita je dari kawan tu. so endingnya dialah yang baik dan innoncent. kalau dapat kawan yang macam ni, takpelah kita pun hipokritlah balik dengan diakan. yes adil hamek kau!

bukannya semua kawan yang berperangai macam ni cuma adalah yang sekerat dua yang tak sedar dirikan. biarlah. itulah manusia. memang I sangat emo dengan kawan yang macam ni okeh. kalau dapat lempang sekali takpun dua kali memang terbaik!

22 May 2010

oit ada penghendap

07:31pm

saya stalker. saya stalker. saya stalker. saya stalker. saya stalker.
saya stalker. saya stalker. saya stalker. saya stalker. saya stalker.
saya kan gadis yang pemalu sebab tu saya hanya mampu jadi stalker. awak tak kisahkan? ala awak bukannya tahu pun saya jadi stalker awak. so never mindlah kan. kalau bukan saya yang jadi stalker awak siapa je yang teringin nak jad stalker awak kan. so sila hargai saya si stalker awak yang setia.

eh apa ni? abaikan jelah. saya jadi stalker sebab saya tengah mengidam nugget mcd. eh ada kaitan ek?


*perempuan-perempuan ini bukan seorang stalker*
kami hanya budak perempuan biasa yang sunburn dan hitam selepas bercamping





18 May 2010

saya bukan seorang yang pemalu

12:19pm

Pernah tak ada sesiapa yang rasa malu sangat bila teringat apa yang kita dah buat zaman kanak-kanak dulu. eh takdelah kanak-kanak sangat. ala masa zaman sekolah menengah dulu ke.
Me tadi tetibe teringat benda bodoh yang I pernah terbuat zaman sekolah menengah muda remaja zaman tudung senget muka berminyak dulu-dulu.

Oh EM jiH! serious malu. Kenapalah kau bodoh sangat buat macam tu dulu kan sekarang dah malu bla ngat balik. pfffttt. nak timbus muka dalam pasir rasa kalau teringat. ahahah. bengong!
shy Pictures, Images and Photos


15 May 2010

hai nama saya melah

02.15pm

Cuba bayangkan kalau kita ada nama yang sungguh super duper klasik. contoh Siti Melur ke Kenanga ke takpun Siti Rougayah.
Eh. Siti Rougayah! dulu nama i nyaris-nyaris jadi Siti Rougayah tau sebab bersempena dgn nama moyang sebelah abah dulu. weh gila horror kalau nama Siti Rougayah kan. abes tu nama panggilan timang-timang manja-manja nak panggil apa eh? Siti? Gayah? my friends dah bercita-cita nak panggl Roug. hohoho glamour gak bunyi dia ye. ;)

Waktu I lahir dulu tahun 1988 hujung tahun pulak tu kan masa tu ada juara lagu kan. lepas tu penyanyi yang popular dulu Ramlah Ram memang dia tengah gila popular lah ala-ala macam sekarang Siti takpun Yuna. Boleh pulaklah ayahnda ku ni peminat kipas susah mati kat ramlah ram ni. lepas tu boleh pulak dia nak letak nama baby dia ramlah ram! weh. agak ah ramlah ram abes tu nak panggil apa nanti melah? hai nama saya melah. ngaaaaa~

Akhirnya my parents telah sebulat suara untuk meletakkan nama saya yang telah dicadangkan dari arwah pakcik dengan nama nurul hafizah. ;) haaa kan cute sket nama tu kan. kan.


hai nama saya nurul hafizah. errr kenapa muka saya tembam nak mati lepas tu macam nak mintak sepak laju-laju eh. eh abaikan je lah. ;)

06 May 2010

insaf weh.

11:35pm

hari tu tertengok dekat fb bihah.
sumpah insaf weh. tsskk.



sebenarnya tak pasti apa massage dia either suruh jangan tinggal solat atau solat awal?
errrr. so i take it as mari kita solat awal!

29 April 2010

orang melayu boleh!

09:47pm

Perbualan di antara seorang pelanggan bergelar pakcik dengan si gadis tukang fotostat.

Pakcik : Dik, kenapa awak tak belajar? * soalan intro pun memang tidak boleh blah?*

si gadis fotostat : belajar, sekarang tengah cuti sem

Pakcik : belajar dekat mana utm ke?

si gadis fotostat : taklah belajar dekat uniten

pakcik dan si gadis fotostat: bla. bla. bla.....

oke cut the craps.

pakcik : mesti awak amek diploma kan?

si gadis fotostat : taklah ambil degree.

pakcik : wah. tak sangka boleh pakai juga otak awak ni ea?

si gadis fotostat : sedang berimiginasi untuk memberi pakcik itu sekandang pumba!

weh. pleaselah pakcik. tolonglah jangan fikir sangat typical melayu yang sangat kolot.
Mintak tolonglah jangan pandang rendah dekat orang yang kerja dekat kedai fotostat yang muka berminyak dan hitam dan tudung senget ni tak pergi sekolah tau. Buat penat mak bapak i hantar i pergi sekolah sedap-sedap hati kau je nak cakap macam tu.
Macam manalah orang melayu nak maju kalau sepuluh orang melayu yang berfikiran macam kau duhai pakcik.

26 April 2010

puisi tentang rindu.

06:15pm

kerinduan itu telah menganggu lenaku.
kerinduan itu telah membuatkan putaran hidupku terasa pincang.
oh. sesungguhnya aku benar-benar dalam kerinduan.

rindu kepada megi kembang hasil dari air tangan sara atau iza.

rindu juga untuk nasi goreng dengan kasih sayang dari farah najwa ataupun azura

rindu terhadap waffle chocolate blueberry di Tunas Manja.

rindu akan burger makcik itu di highway.

rindu untuk bersantap malam di Wawa.

rindu ku juga kepada setiap kali tibanya waktu tengah hari ketika menjamu selera di kedai pakcik atau hanya menikmati bihun sup di gerai batu.

rindu untuk pergi ke Petronas tanpa arah tujuan dan hanya membeli keropok kegemaran kami iaitu keropok ikan cap pinggan ataupun aiskrim milo.

oh. oh. sesungguhnya kerinduan terhadap rutin harian itu.

errr. consider puisi ke kat atas tu? ahahah. :)
bila perut dah bunchet. pipi sudah tembam lagi mahu bising complaint. diamlah! ;)

25 April 2010

semua sekali RM1.50 kak

03:12 pm

Cuti 3 bulan kali ini tak boring tapi stress. boleh?
Abah saya sudah memaksa saya bekerja sebab dia begitu rimas tengok saya tidur terhover doss dekat rumah. So dia mensuggestkan eh tipu dia telah memaksa saya pergi kerja dekat kedai fotostat kawan dia. Maka dalam keadaan terpaksa rela ku gagahi jua untuk pergi. Pejam celik. Pejam celik dah masuk dua minggu dah kerja dekat situ.

First week memanglah sangat stress sebab tak tau apa-apa kan. weh ingatkan senang ke nak guna mesin fotostat tu? haish sangat mencabar oke. Hari-hari kena marah sebab salah stapler lah. fotostat gelaplah. sengetlah. tak clearlah. heh kalau dekat muadzam benda tu semua tak ambil kira tau. kalau kita complaint kita yang kena marah balik dengan kakak fotostat tuh. haish.
Ayat favorite kakak tokey kedai tu dekat i kalau nak marah. +haiyooo i banyak marah sama u. ini macam u takda tengok ka?. heh what do you expect? masa tu baru 2hari setengah kerja kot! Lepas tu ayat favorite dia jugak kalau nak bercerita dengan orang yang datang dekat kedai fotostat tu kalau orang tu kenal abah i. Confirm dia akan cakap +mula-mula haa saya tak mahu ambil ini budak sebab dia cuti sekejap sahaja nanti bila dia mahu naik sekolah dia kasi berhenti hati kita juga yang sakit hati tapi dia punya bapak saya punya kawan ha sebab itu saya ambil dia jugak. okeh kalau satu hari 16 kali ko dengar dia cerita dekat orang yang datang rasa macam nak sepak kena berhenti kerja tak? hoohhh.

Dalam first week nak ke second week tuh saya amat popular dikalangan customer sebab yelah saya budak baru yang buat kerja lembap nak mati lepas tu tak reti nak fotostat ic!.huh. nanti semua orang tanya +eh awak budak baru ye? baru habis sekolah ke? nanti penat lah nak jawab -haah saya part time cuti sem. Then bila dah jawab macam ni soalan dia panjang-panjang lah lagi belajar dekat manalah. ambil course apalah. rasa macam nak tulis dekat kertas je bila orang yang terhover ramah-tamah ni bertanya. hesh.

Waktu first week tu setiap hari balik mesti nangis sorang-sorang sebelum tidur sebab stress. hoohoho sangat gedik okeh. Tapi sekarang getting much better lah macam dah tabah sikit konon-kononnya. ahahah. Hari-hari mesti cakap dekat mama tak nak kerja nak berhenti then mama mesti jawab takpelah sekejap je take it as ur experience oke? sumpah bila dengar mama cakap macam tu lagi lah macam nak leleh. Motif sebenar nak nangis still tak tahu kenapa. Mengada yang lebih ni sebenarnya. hoh.

Sekarang cita-cita saya mahu jadi kakak fotostat yang berjaya lepas tu nak bukak kedai fotostat dekat muadzam! boleh? hohoho.

09 April 2010

Yup dia kawan saya.

03:04pm

Seriously I miss her so much!

Betul tak tipu saya rindu dia.

Tapi.

Saya ego dengan dia sebab dia ego dulu dengan kitorang. *tngk nak gak tu salahkan orang dulu*

Saya tak harap kita jadi macam dulu.

Berteguran dengan ikhlas pun dah sangat-sangat cukup.

Jadi pilih : ego atau persahabatan?

07 April 2010

Percutian yang terhebat!

03:08pm

Hari Sabtu lepas otw nak balik rumah dari muadzam sebab cuti sem dengan barang yang gila macam tak banyak pulak kan, singgah la sekejap dekat kampung. Rumah nenek ku yang da berapa lama tak jejak.

So macam biasalah sama je lah semuakan. Takde lah kalau tak balik kampung setahun rumah tu bertukar jadi banglo yang besar ke. Ada Mcd drive thru dekat belakang rumah nenek ke kan. Still sama ada kebun-kebun + semak-semak + keindahan semula jadi lah kiranya.

Oke dipendekkan cerita lepas masuk rumah, salam-salam dengan nenda, makan apa yang patut yang ada dekat dapur tu tetiba eh dah petang. Bila dah petang-petang biasalah dari kecik-kecik sampai ke besar mesti kasi mama tu membebel-bebel sorang-sorang dulu baru lah terhegeh-hegeh nak pergi mandi kan. So haruslah pergi mandi. Awal lagi waktu tu. Baru dalam pukul 6.45pm. Dengan sopan-santun dan lemah gemalainya si gadis yang pemalas nak mandi ni pun turun lah bawah untuk mandi. Oke untuk pengetahuan umum toilet dan bilik air rumah nenek saya di luar rumah ye. so kalau sakit perut tengah-tengah malam tu memang kalau jenis yang penakut simpan sampai esoklah gamaknye. ;)

Eh sambung cerita, memandangkan toilet dekat luar rumah so macam seram la kan even waktu tu baru pukul 6.45 kan. Then tiba-tiba bila sedang melayan angin-angin sepoi bahasa kat tepi tu ketika dalam perjalanan ke toilet *gaya macam jauh je kan* tetiba lagi sekali ada seekor binatang yang sangat besar yang berbulu coklat lalu eh berlari anak eh berlari sebab takut nampak I. Ada ke dia takut nampak si gadis yang menawan ni lalu. cheh. patutnya I la yang takut sebab nampak dia. hesh.

Cepat-cepat cuba teka si gadis chumel itu nampak apa?

huh? kucing? ala gila tak thrill takut nampak kucing. cheh.

I nampak binatang berkaki empat yang kalau pegang tu haram okeh. Alaaaa I nampak Babi Hutan la. Ahhahaha. Ada ke patut dia bersiar-siar sekali waktu petang-petang ni. hesh.

Maka berlari lah macam tak cukup tanah naik kat rumah sebab takut kena kejar ke apa kan. Tapi Incik Pumba ni yang dah lari dulu dia pergi belakang rumah lepas tu elok je dia dekat bawah pokok amende entah dia tengah makan kelapa. Lepas tu nendaku dengan tenangnya berkata ala, dia memang hari-hari lalu dekat sini cari makanan. what? gilalah boleh buat national geographic dekat belakang rumah nenek I neh. ahahah

Tu baru babi hutan je lalu, banyak lagi binatang yang extreme lalu lalang dekat kawasan rumah nenek I okeh. Ala setakat ayam tu. alllllaaaaaaa tu memang dah bersepah. Selain dari Babi Hutan ada juga binatang lain seperti biawak dan monyet ye rakan-rakan. Biawak di sini sangat menggelikan ye kawan-kawan. Beliau sangat besar dah rasa macam nampak buaya ye rakan-rakan. Saya pernah dikejar oleh biawak ye rakan-rakan. Tak cukup tanah oke lari. ahahah. Geli ah weh! Monyet pulak macam biasa je tu macam dah bersepah-sepah dah. Ada yang siap masuk rumah lagi. cheh .

Sebelum balik tu cakap dekat abah Abah, lepas ni kita buat homestay nak kat rumah nenek ni untuk yang jakun tak pernah tengok segala binatang ni.

So oke perhatian kepada sesiapa yang bermiant mahu menikmati percutian ala-ala safari seperti mahu mandi terserempak dengan khinzir hutan. Pergi halaman belakang dapur kalau nasib tak baik kena kejar dengan biawak ataupun melihat monyet-monyet yang ganas bergaduh di tepi tingkap? Sila hubungi saya dengan segera kerana tempat adalah terhad. Harga boleh dirunding. :) ahahahah.

kalau dekat dalam pamphlet holiday ke apa kan ada gambar aktiviti kan. korang nak ke gambar babi hutan dengan biawak? Tak payah la geli okeh.

05 April 2010

betul tak tipu!

02:07 am

Oh.OH. Setelah berhempas pulas dan bertunggang langgang. Bersengkang mata di waktu malam serta menganyam mimpi di waktu siang. Berstress-stress dan sangat tekun dan gigih menfotostat tuto dan nota pada saat akhir *ini semua sintom-sintom propa sahaja, siapa suruh study last minute kan so padan la muka.* maka sudah peperiksaan akhir sem ini sudah berjaya diharungi. :)

Sekarang sedang bersenang lenang bercuti di rumah dan sudah merindui kawan-kawan yang berkepam sama-sama dalam satu rumah. Tidur atas tilam bersempit-sempit di atas lantai yang sapu setahun sekali je kan. Terbaiklah korang! Sudah rindu okeh. :(

Sebelum balik hari tu pergi peluk + salam-salam + nanges-nanges dengan senior dengan kawan-kawan yang dah final sem. Sangat sedih oke. Memang berani agak yang itu memang last kitorang akan jumpa. Memang sangat susah nak jumpa lagi lepas ni kan. Apa-apa pun gud luck korang. Sangat seronok kenal korang and sayang korang semua sampai mati kak masyit,dayah,mass,kak hannah,kak nash,kak huda dengan my lovely hanisah hamdan yang tak sempat nak jumpa. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye korang. Next sem my turn pulak nak dipeluk dan ditangisi kerana sudah final sem. Wah sekejap je rasa macam dah besar sangat. EH. chop ada ke orang nak menangis untuk kamu wahai cik nurul? ahahah. :P

errr. motif entry ni sebenarnya nak mengekspersikan rindu kepada my "housemate" oke consider housemate la kan. yang kita berkepam sama-sama.




Betul. Tak tipu rindu korang! takde sapa nak layan saya dekat rumah macam korang buat. hu3 :(

05 March 2010

Kerungsingan

05:25pm

Hari ini bangun pagi.
bangun pagi sebab nak kena pergi wisma.
Kena pergi wisma sebab nak kena buat jadual.
buat awal sehari sebab esok nak kena mencapap jadi fasi online. Sangat seronok sebab esok boleh membantu jejaka kacak yang dalam kesusahan ketika membuat time table mereka. Ahahahah. *gelak gedik* erkk? apakah?

Jadual saya untuk semester depan sangat pack. Hari-hari ada kelas pukul 8 pagi. Gila ah.
Tiba- tiba hati jadi tidak keruan dan agak sayu di situ kerana ini adalah semester terakhir saya membuat jadual waktu sebab dah final sem. Sedih. Dah dapat dah feel next sem tu. Sedih sebab nanti bila dah grad bilalah lagi nak jejak muadzam ni. Sedih bila terfikir kita akan tinggalkan adik-adik kesayangan dan kawan-kawan yang dari tidur sebantal, makan semeja, lepak sama-sama, gaduh dan bermasam muka pun sama-sama. Nanti mesti rasa pelikkan. Pelik sebab dah tak ada kawan-kawan yang hari-hari dari bangun tidur sampai nak tutup mata balik kita hadap muka dia dah tak ada dengan kita. Rasa pelik sebab nanti dah tak boleh kepochi dengan gosip-gosip lagi. Mesti dah rasa pelik bila kita dah lama tak jumpa nantikan.

Risau.
Kenapa kena risau? Risau lepas ni dah kena fikir semua expenses sendiri. Selama ni kalau putus duit ada parents lepas ni mesti kena pandai-pandai sendiri nak hidup. Risau macam mana nak hadap dunia luar yang real kan.

Oke tetiba terhover rungsing-rungsing untuk benda yang jauh lagi. haish.
Sebenarnya rungsing pasal benda lain. Macam-macam duk semak kat atas kepala ni. Apa-apalah malas nak fikir. Biarlah nak jadi apa pun. Whatever okeh!

14 February 2010

salahkah semut itu berenang di dalam cawan?

08:55pm


oh hai nama saya latifah. oh, saya fizah. oke maka berborak-boraklah dua insan yang baru saling mengenali ini. Selang dari sepuluh minit kejadian ini datanglah seorang lagi sahabat si Fizah yang memang sudah dikenalinya lama lalu bertanya. U, borak dengan siapa tadi? errr... dan si gadis bernama Fizah itu hanya mampu ternganga dan menjawab. ahahaha. weh i lupalah nama dia. Sekejap nak kena fikir dulu. :) Wah lihatlah apa yang terjadi sangat pelupakan si Fizah ni? selalu je bukan main la kalau baru kenal tu kan orang tu bagi tahu nama dia Laila lah Salamah lah Siti lah *nama tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia* confirm selang sepuluh minit paling tidak pun kira lama lah kalau si Fizah ni ingat nama orang tu sampai esok. Kadang-kadang tu. Eh tak ni kira favorite selalu buat kot. Berteguran dan beramah mesra dengan orang macam kenal la sesangat tapi sebenarnya lupa nama tapi ingat muka. So kesimpulannya pura-pura kenal sudah. ahahaha tak senonohkan tahap pelupanya si Fizah ni. Kalau macam ni lah gayanya kalau sekarang ni dah ada anak 2 ke 3 mahunya adalah anak I tertinggal dekat mana-mana sebab mama dia pelupa nak mati. Ahahaha gatalnya kau dah berangan nak ada anak. cess.

Yang dekat atas tu baru satu sahaja sindrom dia, banyak lagi sebenarnya. Contohnya kalau tengah buat tutorial dengan khusyuknya tiba-tiba baru teringat yang tertinggal calculator dalam bilik. So apa lagi dengan semangatnya mengangkat punggung dan menuju ke dalam bilik untuk mengambil calculator itu. Tapi.. Bila dah sampai bilik ada ke boleh macam lost sekejap tak tahu nak ambil apa. Ada ke boleh lupa barang yang nak ambil bila dah sampai dekat dalam bilik. Lepas tu cara nak ingat balik, kena patah balik pergi dekat tempat tadi and fikir slow-slow tak pun jerit sahaja dekat penghuni rumah tu yang kita nak ambil apa. Saja nak stresskan diorang sekali. ;)

Kalau yang lagi kronik selalu kalau tengah saling berbalas khidmat sistem pesanan ringkas. wah gila sekema I. auww. auww. ahaahha. kadang-kadang tu boleh terlupa nak reply dekat orang tu balik tak pun boleh lupa nak reply apa dekat dia maka saya pun baru nak terhegeh-hegeh tengok balik inbox tadi. Jadi maaf ya kalau saya mereply massage kalian semua lambat setengah jam. Wah gila kronik kan penyakit pelupa si Fizah ni rasa orang tua pun tak perangai macam ni.

So siapakah yang bersalah dalam hal ini?
Adakah semut yang sedang berenang-renang di dalam cawan?
Eh mesti lah tak. sebab saya geli okeh nak minum air yang ada semut.
hurrmm kenapa lagi ya?
Banyak makan asam ke agaknya ya?
I kalau makan asam memang addicted habis lah. Dah macam orang pregnant dah pulak rasanya.ahahah. So kenapa ya?

Ada lah jugak pesanan dekat saya petua-petua yang dipercayaai boleh menghilangkan pelupa ni. Tapi tak praktikkan pun sebab lupa. ahahah ;)

* Abah selalu suruh saya amalkan makan kismis 21 biji dengan susu setiap pagi dengan selawat 3kali sebelum makanan apa-apa masuk dalam perut. Buat sekejap aje benda ni last sem before nak final. Sekarang macam dah malas dah. hesh pemalas kan.

* Cikgu saya dekat sekolah dulu selalu pesan suruh bersenam contohnya berjogging sebab kalau jongging dapat merangsang otot-otot otak untuk lebih aktif. Ermmm kalau macam jogging dalam rumah macam sapu sampah je bole di kira sekali tak? :P

* Tidur yang cukup untuk menggalakkan otak kita menjadi lebih fokus. Errmm saya nak tumpang tanya sikit. Kalau terlebih tidur macam mana? ahahaha.

So kesimpulannya di sini, janganlah makan asam banyak sangat nanti kau jadi nenek tua yang pelupa!

12 February 2010

Tidak pernah tahu saya perlukan.

06:50pm

mari kita semua bermood bunga-bunga cinta tumbuh di atas kepala.

Never knew I needed. ~ Ne yo

For the way you changed my plan
for being the perfect distraction
for the way you took the idea that i have
of everything that i wanted to have
and made me see there was something missing
for the ending of my first begin
and for the rare and unexpected friend
for the way you’re something that i never choose
but at the same time something i don’t wanna lose
and never wanna be without ever again

you’re the best thing i never knew i needed
so when you were here i had no idea
you’re the best thing i never knew i needed
so now it’s so clear i need you here always

my accidental happily (ever after)
the way you slime and how you comfort me (with your laughter)
i must admit you were not a part of my book
but now if you open it up and take a look
you’re the beginning and the end of every chapter

you’re the best thing i never knew i needed
so when you were here i had no idea
you’re the best thing i never knew i needed (that i needed)
so now it’s so clear i need you here always

who’d knew that i’d be here (who’d knew that i’d be here oh oh)
so unexpectedly (so unexpectedly oh oh)
undeniablely happy
said with you right here, right here next to me

girl you’re the..
you’re the best thing i never knew i needed
so when you were here i had no idea
you’re the best thing i never knew i needed
so now it’s so clear i need you here always
baby baby
now it’s so clear i need you here always

* Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. ~ auww. auww jiwangnya i. gelilah. bhahahaha.
MySpace

11 February 2010

Diari si minah kabut

11:50pm

Dugaan datang bersama hikmah. Ia memerlukan masa untuk manusia memperhalusi sebab dan punca sesuatu perkara.~

* Hari itu hari Isnin. Pagi yang sangat kelam-kabut kerana malam sebelum itu kami semua beradu lambat oleh kerana dengan aktiviti bergosip.

* Hari itu hari Isnin yang buat kecut perut kerana harus berjumpa dengan advisor final year project kuh dan disoal dengan pelbagai soalan tentang tajuk proposal dan daku hanya mampu ternganga sahaja tanpa mengeluarkan sebarang jawapan.

* Hari itu hari isnin yang sudah melabuhkan tirai harinya dan daku harus ke kelas Malaysian Economy pada waktu malam. Tahu cara Sir ni mengajar? sungguh penuh dengan maklumat semasa yang sangat berguna. Nurul Hafizah berangan sampai keseluruh pelosok sempat dijelajahi.

* Hari Selasa itu sangat tensi kerana ada kelas Business Ethic. Perkataan tensi itu telah cukup untuk menggambarkan keseluruhan kelas itu.

* Hari Selasa yang tahniah kerana telah berjaya menghancurkan kertas midterm Security Analysis.

* Pagi Rabu yang kabur kerana telah menjejakkan kaki ke kelas tutor International Finance ketika penghuni kelas itu sedang membicangkan soalan yang sudah menjejaki nombor tiga.

* Malam Rabu yang merealeasekan stress dengan berlepak-lepakkan dan bergelak-ketawa tidak ingat dunia di kedai makan. Tetapi kami telah merindui SARA AMALINA yang baru menjejaki Kelantan tidak sampai sepuluh jam.

* Selamat pagi hari Khamis. Tahniah sekali lagi kerana sudah mendapat kembali kertas midterm Insurance dan HAZIFAH LURUN telah berjaya menjahanamkannya sekali lagi.

* Pagi Khamis yang agak menyesakkan kerana harus sekali lagi berjumpa dengan advisor kuh dan menunggu agak lama. errr bukan agak lagi. memang LAMA okeh di hadapan bilik beliau yang berlokasi berhadapan dengan toilet dan sudah dua orang lecturer terperanjat dengan kewujudan si gadis suci ini mencangkung di tepi tandas itu.

* Petang Khamis yang agak mengembirakan kerana saya sudah berlokasi di Johor Bahru dan bukan lagi di muadzam shah. Thanks to Yana.

* Malam Khamis yang yes! kerana saya sudah menikmati keindahan berfoya-foya di rumah.

Dimulakan dengan hari Isnin yang serabut, akhir juga agak serabut. Padan muka! Kau memang minah serabut. bhahaha.

Minggu ini yang penuh dengan kecuakkan untuk aku fikir pasal minggu lagi satu dan satu lagi. Minggu depan ada quiz dan midterm. Dan lagi satu minggu mahu present proposal project paper. Sekarang dah menyesal. Padan muka sekali lagi.

Cuti chinese new year aku nak berfoya-foya! tak kira!!

01 February 2010

semalam dan hari ini

2:20pm

semalam saya menangis untuk orang yang tak sepatutnya. Dan hari ini saya rasa saya bodoh sebab saya bazirkan air mata untuk dia. Semalam saya rasa saya dah jauh dengan dia. Dan hari ini saya annoyed sangat dengan dia. Saya pun tak tahu kenapa dan mengapa. Semalam saya rasa saya akan hilang dia. Hari ini saya rasa, pergilah jauh-jauh sebelum saya jadi extra menyampah dengan dia. Semalam saya berpura-pura tabah mendengar cerita. Hari ini saya rasa perlukah saya tahu semua cerita tu?lebih baek tak tahu okeh. Cukuplah semalam sahaja saya menjadi bodoh. Saya tak nak hari ini, esok, lusa, tulat, tubin saya jadi banggang, benggong, bengap dan ape-apelah yang sewaktu dengannya. Tapi saya rasa apa yang pasti saya memang akan jadi benggong sampai ke sudah.

28 January 2010

si gelmuk

03:48pm

Selamat datang hari Jumaat. Ya. Ya. Sudah hari Jumaat.
Lusa sudah seharusnya saya pulang ke pusat menuntut ilmu ya. Tapi. Tapi. Tetapi.
oh Em JIh!! assgiment saya tidak bersentuh langsung okeh. Kunun-kunun mahu study insurance tetapi buku itu masih elok kedudukannya terletak di dalam beg. Oh, bagaimanakah?
Adakah saya berkelakuan tidak normal dan teroverdose pemalas?
Dan setelah dikaji dan ditinjau. Oh oke ramai je yang berperangai macam saya. Maka saya disahkan normal. ahahahah. :)

Semalam sebelum tidur dalam pukul 2pagi saya dengan berperangai macam orang kebulur tak pernah jumpa nasiknya telah makan nasik sebelum tidur. And again oH Em jiHHH!! lepas neh jadi extra tembam lah engkau nampaknya.
Sekarang bila dah berkehidupan bersama Sara Amalina saya telah menjadi seorang yang pencinta nasik sejati macam beliau. Dahulu ketika bermastautin bersama Norfathin saya terlalu obses untuk berdiet walaupun badan saya tetap macam tu okeh. Nak makan megi sebungkus pun kami akan berkecoh satu rumah dengan mengeluarkan ayat weh gemuk tak kalau i nak makan mende alah neh? dan seperti biasa kami akan mendapat jawapan yang sangat best dari Farah Najwa. :)
Saya suka menonton Farah Najwa makan. kerana beliau kelihatan sangat berselera ketika menjamu selera. Beliau tidak kira sama ada beliau dalam keadaan putus cinta, demam, mahu pun apa saja rintangan yang melanda. Makan tetap menjadi prioriti beliau. Akan tetapi saya berasa sangat cemburu terhadap dua makhluk Allah ini iaitu Sara Amalina dan Farah Najwa kerana banyak mana mereka berdua memuaskan nafsu makan mereka badan mereka still maintain okeh. Cess. Cesss. Sangat tidak adil.

Cerita dan hikayat daripada saya yang tak ada kaitan langsung. errrrr. Dekat Malaysia neh ada tak orang buat services orang gaji yang tolong buatkan assigment dengan jawabkan exam? Kalau ada sila hubungi saya ya.
Sekian terima kasih. :)

bukan salah ibu mengandung

08:09pm

scene 1:
perbualan antara seorang gadis yang suci dan murni
bernama nurul hafizah bersama ibu sahabat baik beliau merangkap
best friend mama beliau.
perbualan ini adalah berkisar tentang perkahwinan anaknya
yang juga merangkap sahabat baek gadis yang suci dan murni itu
sejak dari zaman hingus meleleh dan bermain basikal bersama-sama lagi.

makcik itu : nurul awak bila lagi nak bawak kawan balik rumah?

gadis yang suci : menjawab dengan muka yang berpura-pura tak faham maksud makcik tu

eh.orang selalu je bawak balik kawan datang rumah kadang-kadang siap tido lg.

makcik itu : laa bukan kawan yang itu maksudnya boyfriend lah?
tak ada berkawan ke?

gadis yang suci
: cheh gila tak boleh blah makcik neh.hanya mengutuk di dalam hati.
kemudian menjawab dgn muka penuh keinnocencean

oh. nak buat macam mana dah tak ada orang nak kat saya.

makcik itu : dengan ekspresi beliau yang sangat menyakitkan hati beliau menjawab

lah.tak kan awak tak ada kawan-kawan langsung kot. berkawanlah awak tu da
masuk 22.

gadis yang suci
: oh em jihh. makcik ni gila tak boleh blah. is an insult tu my society okeh.
tidak menjawab dan hanya tersengih sahaja.


okay berhubung dengan cerita di atas.
salahkah saya tidak mempunyai bak kata mak cik tu kawan pada umur 22 tahun.eh hellloooo tak masuk lagi okeh still 21.hu3.
jadi.jadi.jadi
biar la kan. mentang-mentang la anak dia dah nak kahwin.
cesss. cesss. memperlekehkan saya si gadis suci ini pula.
errr takpe-takpe boleh kutuk makcik ni sbb dia takkan jumpanya blog neh.hu3

so dipendekkan cerita si gadis yang suci dan murni ini sebenarnya
sudah berasa sangat rimas kerana bila beliau terjumpa dengan sedara-mara
tak pun sesiapa lah dalam kategori makcik-makcik
mereka semua mesti akan bertanyakan soalan sebegitu rupa.
cubalah tanya dah makan ke? sihat ke? duit dalam bank banyak lagi ke tak?
haish kan senang nak jawab tu. ini semua soalan alahai mencabar sesangat.

so end of the my bebelan
salah eh?
salah kah?
bersalahkah?
:)

19 January 2010

say bye-bye

saya sudah biasa di tinggalkan.

cepat sape lagi nk tinggalkan saya.

sila beratur dan ambil no giliran ya

harap maklum.

sekian terima kasih.

09 January 2010

tentang dia

09.00pm

just because i'm quiet doesn't mean
i have anything to say.
i judge people to easily from my
first impression.
i'd rather wait forever for the perfect guy,
then settle for anybody.
i'm unpredictable and spontaneous.
i try to be forgiving. i enjoy being unique.
i'd rather look immature and have fun
then care what other people think.
sometimes i'm really confident
other times i feel really insecure.
my friends mean everything to me.
i envy people who can fit so easily without
even trying. i'm opinionated and stubborn.
but
i'm loyal, sincere and caring.
i always try to see the best in you.. even if you annoy me.
i hate when people make me feel guilty to get their way.
i'll always be here to listen to your problems
and
i will stick up for you no matter what happens.

hey awak

i want you so badly it's my biggest wish