11 February 2010

Diari si minah kabut

11:50pm

Dugaan datang bersama hikmah. Ia memerlukan masa untuk manusia memperhalusi sebab dan punca sesuatu perkara.~

* Hari itu hari Isnin. Pagi yang sangat kelam-kabut kerana malam sebelum itu kami semua beradu lambat oleh kerana dengan aktiviti bergosip.

* Hari itu hari Isnin yang buat kecut perut kerana harus berjumpa dengan advisor final year project kuh dan disoal dengan pelbagai soalan tentang tajuk proposal dan daku hanya mampu ternganga sahaja tanpa mengeluarkan sebarang jawapan.

* Hari itu hari isnin yang sudah melabuhkan tirai harinya dan daku harus ke kelas Malaysian Economy pada waktu malam. Tahu cara Sir ni mengajar? sungguh penuh dengan maklumat semasa yang sangat berguna. Nurul Hafizah berangan sampai keseluruh pelosok sempat dijelajahi.

* Hari Selasa itu sangat tensi kerana ada kelas Business Ethic. Perkataan tensi itu telah cukup untuk menggambarkan keseluruhan kelas itu.

* Hari Selasa yang tahniah kerana telah berjaya menghancurkan kertas midterm Security Analysis.

* Pagi Rabu yang kabur kerana telah menjejakkan kaki ke kelas tutor International Finance ketika penghuni kelas itu sedang membicangkan soalan yang sudah menjejaki nombor tiga.

* Malam Rabu yang merealeasekan stress dengan berlepak-lepakkan dan bergelak-ketawa tidak ingat dunia di kedai makan. Tetapi kami telah merindui SARA AMALINA yang baru menjejaki Kelantan tidak sampai sepuluh jam.

* Selamat pagi hari Khamis. Tahniah sekali lagi kerana sudah mendapat kembali kertas midterm Insurance dan HAZIFAH LURUN telah berjaya menjahanamkannya sekali lagi.

* Pagi Khamis yang agak menyesakkan kerana harus sekali lagi berjumpa dengan advisor kuh dan menunggu agak lama. errr bukan agak lagi. memang LAMA okeh di hadapan bilik beliau yang berlokasi berhadapan dengan toilet dan sudah dua orang lecturer terperanjat dengan kewujudan si gadis suci ini mencangkung di tepi tandas itu.

* Petang Khamis yang agak mengembirakan kerana saya sudah berlokasi di Johor Bahru dan bukan lagi di muadzam shah. Thanks to Yana.

* Malam Khamis yang yes! kerana saya sudah menikmati keindahan berfoya-foya di rumah.

Dimulakan dengan hari Isnin yang serabut, akhir juga agak serabut. Padan muka! Kau memang minah serabut. bhahaha.

Minggu ini yang penuh dengan kecuakkan untuk aku fikir pasal minggu lagi satu dan satu lagi. Minggu depan ada quiz dan midterm. Dan lagi satu minggu mahu present proposal project paper. Sekarang dah menyesal. Padan muka sekali lagi.

Cuti chinese new year aku nak berfoya-foya! tak kira!!

No comments:

Post a Comment