25 November 2009

ouch terhina

okie sesungguhnya saya berasa sangat rendah diri
dan rasa terhina sangat selepas dah jumpa
satu belog bdak 12tahun punya
yang rase die punya belog lagi best dari belog saya ini.

ermmm

ea.xpelah.biar je la kan.
sila berbangga dengan belog sendiri.
alamak.tak bole lah.tak bole.
still rase maluuuuuu sangat.omg!
haish.gila tersaiko dgn budak tu
sampai aku plak yg jadi saiko.ahahah.
adeh la.



24 November 2009

mari bertepuk tangan

pada petang yang aman,
tengah duk godak2 facebook
dgn sound effect background
jiran datang gosip kat umah

tiba-tiba.

oh farah call
dan beliau telah menyampaikan perkhabaran yg
kurang enak di dengar
iaitu wah result da kuar.
adeh

waktu nak check tu mengigil-gigil gak ah tgn
sumpah seram gila.
huuuu.
tapi kalau check lmbt bukannya boleh dpt tambah point tu kan.
haish
maka g la check.

dan
hasilnya seperti berikut.

keputusanku sangatlah seperti ea.hesh
chup2 saya seorang yang bersopan santun
so tidak boleh berkata-kata kesat.
errmm cuba bayangkan
binatang berkaki empat yang kalau
pegang kena samak tuh
mcm tu la perasaan nye
bila tgk result tuh.
waahhh jatuh gila.

tapi sangat bersyukurlah semua pass
Alhamdullilah

kehadapan mami dan dediku
ampunkanlah dosa anakmu ini
kerana keputusan peperiksaan sangatlah
jatuh.oh.
risaunya,mcam manalah nak bagi tau derang ye?
alahai..

perhatianmerepeksahaja. time belajar stress ngn result nak kawen tak ada orang nak.haish.

23 November 2009

oh miss irene please

lagi 3 hari kita nak sambut aidiladha.okie tolak hari neh.
makanya lagi 4 hari saya harus berpindah-randah kembali ke
muadzam shah yang terchenta.
dan seharusnyalah
selalunye lepas sem break before naik sem baru
kita akan dapat apa ye rakan2?
ape?
oh sngt bijak.
yeee kita akan dpt result.

huh RESULT!!!

setiap kali fikir apakah hasil result ku ni,
mulalah simptom2 sakit yang kronik akan berlaku
seperti jantung akan berdenyut dgn lebih laju,
dekat perut akan rasa mcm2 binatang ada bukan setakat butterfly je.
rasakan boleh dapat darah tinggi tak pun saket jantung kan.huh.
emosi akan bercampur aduk.
aaaaaaa..
aaaaaaaaaa...
i hate all those feeling yg rase mcm nk lempang-lempang diri sendiri.
haish.

tu lah mak apak hantar suruh g belajar kau g tido
lepas2 tu kau g merayap setiap mlm.alaaa setiap mlm ikut drng g beli jajan kt petronas je kot.haish.
lagi pe lagi yg ku buat eyh.
haa kau g bace novel padahal esok ada kuiz.
dan2 esok nak final baru terhegeh2 nak fotostat nota bagai semua.
lepas tu ni yang paling mulia sekali neh,
ade ke sambil study bole bukak forum pertandingan menganyam ketupat ramai-ramai
tak senonoh betul lah.
so padan muke kau nurul hafizah!ahahah

okie.okie.okie.

takutnya.
kan best kalau exam tak payah ada resultkan.
tunggulah nanti esok2
if i'll be ministry of education,
semua result exam akan dihapuskan!
wah.jahanam anak bangsa weh.ahahah
haish merepek lagi dan lagi.

tapi dulu waktu zaman sekolah ustazah selalu pesan
lepas dah usaha tawakal dan doa banyak semoga segalaya selamat.
dan ku sngt berpegang kpd itu.

Ya Allah kau berikanlah keputusan yg terbaik untuk ku
dan murahkanlah rezeki ku untuk mendapat yang terbaik dariMu.
Amin.

perhatianmerepeksahaja. miss irene itu ialah lecturer subjek financial market institution saya.dia sangat baik,tetapi dia juga boleh berlaku kejam.oh2.oh2

22 November 2009

nilai seorang sahabat


Dalam dunia ni, kta tak punya sesiapa kecuali
diri kita sendiri. Tapi dalam kita bersendiri kita beruntung
kerana mempunyai seorang bergelar sahabat yang memahami kita.

sebagaimana kita mengharapkan keihlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia. Tapi kita selalu terlupa akan hal itu.
kita cuma ambil kira tentang harapan dan perasan kita sahaja.

kita rasa dikhianati bila dia tdak menepati janjinya
kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaanya.
bagi kita,itu alasannya utk menutup kesalahan dan membela diri.

kita terlupa,kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
kerana ada juga janji yang kita tdk tepati.
kita beri beribu alasan memaksa dia menerima alasan kita.
waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya?
seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...
tetapi kita sering terlupa.

untungnya mempunyai seorang kawan yang
sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kekecewaan
dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

selalunya kita terlalu asyik becerita tentang diri kita
hingga kadang-kadang terlupa kawan kita
juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
pernahkah kita memberi peluang untuk menceritakan
tentang tentang rasa bimbangnya
rasa takutnya.

pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana
dia pernah menyabarkan kita?

ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan
dan berita gembiranya?

dapatkah kita yakinkan dia bahawa
kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat bersandar bila terasa lemah,
agar tdak rebah?

sesekali jadilah kawan yang mendengar dari
hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan kawan,kerana dia juga seorang MANUSIA.
dia juga ada rasa sedih dan kecewa.

jangalah kita jadi seorang sahabat yang lebih mementingkan
keegoaan dan maruah dirinya sahaja.
beranggapan bahawa semua rakan-rakannya tidak memperdulikannya
membuat sahabat yang suatu ketika dahulu
pernah susah dan senang bersama
dan berada ketika kita dlm keadaan yang diperlukan
seperti sampah.

ketahuilah sahabat bahawa tidak semestinya
orang yang bersama kamu sekarang ialah sahabat terbaikmu
dan membuang semua sahabat yg pernah disayangi
kerana jauh di sudut hati
seorang sahabat yang selalu memaafkan
apabila sekali dia benar-benar terluka
selamanya dia akan terluka

jangalah kita menjadi sahabat yang
tidak pernah memikirkan kebaikan
dan keikhlasan sahabatnya yang lain.


saya sayang kawan-kawan saya sngt2
tanpa mereka siapalah saya.
thanks sangat2 korang!
muah3.

21 November 2009

gendang-gendut tali kecapi

okie.
pengetahuan am kalau cuti kan
confirm aktiviti wajib
qada' tido aktiviti kegemaran neh sngt xsenonoh.

buhsan?
kdg2 tu mmng la
sbb kerinduan sama teman2 di sana
di situ dan dimana2 lah.
sudah biasa riuh ramai2.tetibe
balik umah duk sorang je kan
terasa gak la kesunyian tu kan

lagi2.

makan.makan.dan makan stock junk fud mesti ada.
masak?
mmng takde langsung dlm agenda cuti.hu3
bukannye pemalas ke ape ke
tapi mmng da terbiasa mama ku xpercaya
kalau anak dare die yg sorang neh teringin nk masak.
walaupown die membebel,nape xmasak
tapi die still xpercaya.
lagi pown abah ku mmng suke buat
anak dare die nmpk sngt pemalas nak mati
setiap hari mmng dia akan belikan lauk untuk lunch
kuih utk breakfast dll.
see.see.
bukannye pemalas.
tapi.
hurrmmmmmm..
never mind lah.
yang penting sape kawen dgn ku
tak kan la die sampai mati kebulurkan.ahahah

pape pown
sngt suke waktu cuti
sbb hanya bole bergoyang kaki semata2.
wah.
maka perut pown makin bonchet.
pipi pown makin tembam.

ermmm.
salah satu nikmat jugak tu kan.kan
ngee.~

20 November 2009

blueberry chessecake

alhamdullilah 18 november 2009 yg lepas
genaplah 21 tahun nurul hafizah mohd shopki
telah dikurniakan segala nikmat oleh Allah
telah menyusahkan mama dan abah
telah merasa sedikit sebanyak apa itu erti kehidupan
telah berjumpa dengan ramai kawan-kawan
dan macam-macam telah suda dia dapat.

without birthday cake or presents from my parents
tapi xpelah dpt belanja makan saje.okie la tu.
thanks ma ngn abah.
my 21st day tetap best dgn ku sendirian di rumah
yang membestkannya.hu3

sangat2 terharu dengan wish yg diucapkan oleh teman-teman
terima kasih sngt korang.
ada yg call,ada yg msg,dpt dr facebook.
pape pown sngt terharu sbb korng wish.
terima kasih sekali lagi.sangat2

and for my luvly sis sara
siap post n3 kat blog die.
sumpah terharu!
thanks sayang. :)

terima kasih ya Allah
untuk segala yg telah Kau berikan kepadaku
dan juga
kerana telah melimpahkan kasih-sayang kepadaku
dan memberikan ku orang-orang yang sangat menyanyangiku
dan ku pinta ya Allah moga-moga kau terus limpahkan ku dgn nikmat kasih sayang ini.

Alhamdullilah. :)

p/s : to my adek izzul,xpe2 next year akk make sure kamu org first yg wish yep.