07 April 2010

Percutian yang terhebat!

03:08pm

Hari Sabtu lepas otw nak balik rumah dari muadzam sebab cuti sem dengan barang yang gila macam tak banyak pulak kan, singgah la sekejap dekat kampung. Rumah nenek ku yang da berapa lama tak jejak.

So macam biasalah sama je lah semuakan. Takde lah kalau tak balik kampung setahun rumah tu bertukar jadi banglo yang besar ke. Ada Mcd drive thru dekat belakang rumah nenek ke kan. Still sama ada kebun-kebun + semak-semak + keindahan semula jadi lah kiranya.

Oke dipendekkan cerita lepas masuk rumah, salam-salam dengan nenda, makan apa yang patut yang ada dekat dapur tu tetiba eh dah petang. Bila dah petang-petang biasalah dari kecik-kecik sampai ke besar mesti kasi mama tu membebel-bebel sorang-sorang dulu baru lah terhegeh-hegeh nak pergi mandi kan. So haruslah pergi mandi. Awal lagi waktu tu. Baru dalam pukul 6.45pm. Dengan sopan-santun dan lemah gemalainya si gadis yang pemalas nak mandi ni pun turun lah bawah untuk mandi. Oke untuk pengetahuan umum toilet dan bilik air rumah nenek saya di luar rumah ye. so kalau sakit perut tengah-tengah malam tu memang kalau jenis yang penakut simpan sampai esoklah gamaknye. ;)

Eh sambung cerita, memandangkan toilet dekat luar rumah so macam seram la kan even waktu tu baru pukul 6.45 kan. Then tiba-tiba bila sedang melayan angin-angin sepoi bahasa kat tepi tu ketika dalam perjalanan ke toilet *gaya macam jauh je kan* tetiba lagi sekali ada seekor binatang yang sangat besar yang berbulu coklat lalu eh berlari anak eh berlari sebab takut nampak I. Ada ke dia takut nampak si gadis yang menawan ni lalu. cheh. patutnya I la yang takut sebab nampak dia. hesh.

Cepat-cepat cuba teka si gadis chumel itu nampak apa?

huh? kucing? ala gila tak thrill takut nampak kucing. cheh.

I nampak binatang berkaki empat yang kalau pegang tu haram okeh. Alaaaa I nampak Babi Hutan la. Ahhahaha. Ada ke patut dia bersiar-siar sekali waktu petang-petang ni. hesh.

Maka berlari lah macam tak cukup tanah naik kat rumah sebab takut kena kejar ke apa kan. Tapi Incik Pumba ni yang dah lari dulu dia pergi belakang rumah lepas tu elok je dia dekat bawah pokok amende entah dia tengah makan kelapa. Lepas tu nendaku dengan tenangnya berkata ala, dia memang hari-hari lalu dekat sini cari makanan. what? gilalah boleh buat national geographic dekat belakang rumah nenek I neh. ahahah

Tu baru babi hutan je lalu, banyak lagi binatang yang extreme lalu lalang dekat kawasan rumah nenek I okeh. Ala setakat ayam tu. alllllaaaaaaa tu memang dah bersepah. Selain dari Babi Hutan ada juga binatang lain seperti biawak dan monyet ye rakan-rakan. Biawak di sini sangat menggelikan ye kawan-kawan. Beliau sangat besar dah rasa macam nampak buaya ye rakan-rakan. Saya pernah dikejar oleh biawak ye rakan-rakan. Tak cukup tanah oke lari. ahahah. Geli ah weh! Monyet pulak macam biasa je tu macam dah bersepah-sepah dah. Ada yang siap masuk rumah lagi. cheh .

Sebelum balik tu cakap dekat abah Abah, lepas ni kita buat homestay nak kat rumah nenek ni untuk yang jakun tak pernah tengok segala binatang ni.

So oke perhatian kepada sesiapa yang bermiant mahu menikmati percutian ala-ala safari seperti mahu mandi terserempak dengan khinzir hutan. Pergi halaman belakang dapur kalau nasib tak baik kena kejar dengan biawak ataupun melihat monyet-monyet yang ganas bergaduh di tepi tingkap? Sila hubungi saya dengan segera kerana tempat adalah terhad. Harga boleh dirunding. :) ahahahah.

kalau dekat dalam pamphlet holiday ke apa kan ada gambar aktiviti kan. korang nak ke gambar babi hutan dengan biawak? Tak payah la geli okeh.

No comments:

Post a Comment