14 February 2010

salahkah semut itu berenang di dalam cawan?

08:55pm


oh hai nama saya latifah. oh, saya fizah. oke maka berborak-boraklah dua insan yang baru saling mengenali ini. Selang dari sepuluh minit kejadian ini datanglah seorang lagi sahabat si Fizah yang memang sudah dikenalinya lama lalu bertanya. U, borak dengan siapa tadi? errr... dan si gadis bernama Fizah itu hanya mampu ternganga dan menjawab. ahahaha. weh i lupalah nama dia. Sekejap nak kena fikir dulu. :) Wah lihatlah apa yang terjadi sangat pelupakan si Fizah ni? selalu je bukan main la kalau baru kenal tu kan orang tu bagi tahu nama dia Laila lah Salamah lah Siti lah *nama tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia* confirm selang sepuluh minit paling tidak pun kira lama lah kalau si Fizah ni ingat nama orang tu sampai esok. Kadang-kadang tu. Eh tak ni kira favorite selalu buat kot. Berteguran dan beramah mesra dengan orang macam kenal la sesangat tapi sebenarnya lupa nama tapi ingat muka. So kesimpulannya pura-pura kenal sudah. ahahaha tak senonohkan tahap pelupanya si Fizah ni. Kalau macam ni lah gayanya kalau sekarang ni dah ada anak 2 ke 3 mahunya adalah anak I tertinggal dekat mana-mana sebab mama dia pelupa nak mati. Ahahaha gatalnya kau dah berangan nak ada anak. cess.

Yang dekat atas tu baru satu sahaja sindrom dia, banyak lagi sebenarnya. Contohnya kalau tengah buat tutorial dengan khusyuknya tiba-tiba baru teringat yang tertinggal calculator dalam bilik. So apa lagi dengan semangatnya mengangkat punggung dan menuju ke dalam bilik untuk mengambil calculator itu. Tapi.. Bila dah sampai bilik ada ke boleh macam lost sekejap tak tahu nak ambil apa. Ada ke boleh lupa barang yang nak ambil bila dah sampai dekat dalam bilik. Lepas tu cara nak ingat balik, kena patah balik pergi dekat tempat tadi and fikir slow-slow tak pun jerit sahaja dekat penghuni rumah tu yang kita nak ambil apa. Saja nak stresskan diorang sekali. ;)

Kalau yang lagi kronik selalu kalau tengah saling berbalas khidmat sistem pesanan ringkas. wah gila sekema I. auww. auww. ahaahha. kadang-kadang tu boleh terlupa nak reply dekat orang tu balik tak pun boleh lupa nak reply apa dekat dia maka saya pun baru nak terhegeh-hegeh tengok balik inbox tadi. Jadi maaf ya kalau saya mereply massage kalian semua lambat setengah jam. Wah gila kronik kan penyakit pelupa si Fizah ni rasa orang tua pun tak perangai macam ni.

So siapakah yang bersalah dalam hal ini?
Adakah semut yang sedang berenang-renang di dalam cawan?
Eh mesti lah tak. sebab saya geli okeh nak minum air yang ada semut.
hurrmm kenapa lagi ya?
Banyak makan asam ke agaknya ya?
I kalau makan asam memang addicted habis lah. Dah macam orang pregnant dah pulak rasanya.ahahah. So kenapa ya?

Ada lah jugak pesanan dekat saya petua-petua yang dipercayaai boleh menghilangkan pelupa ni. Tapi tak praktikkan pun sebab lupa. ahahah ;)

* Abah selalu suruh saya amalkan makan kismis 21 biji dengan susu setiap pagi dengan selawat 3kali sebelum makanan apa-apa masuk dalam perut. Buat sekejap aje benda ni last sem before nak final. Sekarang macam dah malas dah. hesh pemalas kan.

* Cikgu saya dekat sekolah dulu selalu pesan suruh bersenam contohnya berjogging sebab kalau jongging dapat merangsang otot-otot otak untuk lebih aktif. Ermmm kalau macam jogging dalam rumah macam sapu sampah je bole di kira sekali tak? :P

* Tidur yang cukup untuk menggalakkan otak kita menjadi lebih fokus. Errmm saya nak tumpang tanya sikit. Kalau terlebih tidur macam mana? ahahaha.

So kesimpulannya di sini, janganlah makan asam banyak sangat nanti kau jadi nenek tua yang pelupa!

12 February 2010

Tidak pernah tahu saya perlukan.

06:50pm

mari kita semua bermood bunga-bunga cinta tumbuh di atas kepala.

Never knew I needed. ~ Ne yo

For the way you changed my plan
for being the perfect distraction
for the way you took the idea that i have
of everything that i wanted to have
and made me see there was something missing
for the ending of my first begin
and for the rare and unexpected friend
for the way you’re something that i never choose
but at the same time something i don’t wanna lose
and never wanna be without ever again

you’re the best thing i never knew i needed
so when you were here i had no idea
you’re the best thing i never knew i needed
so now it’s so clear i need you here always

my accidental happily (ever after)
the way you slime and how you comfort me (with your laughter)
i must admit you were not a part of my book
but now if you open it up and take a look
you’re the beginning and the end of every chapter

you’re the best thing i never knew i needed
so when you were here i had no idea
you’re the best thing i never knew i needed (that i needed)
so now it’s so clear i need you here always

who’d knew that i’d be here (who’d knew that i’d be here oh oh)
so unexpectedly (so unexpectedly oh oh)
undeniablely happy
said with you right here, right here next to me

girl you’re the..
you’re the best thing i never knew i needed
so when you were here i had no idea
you’re the best thing i never knew i needed
so now it’s so clear i need you here always
baby baby
now it’s so clear i need you here always

* Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. ~ auww. auww jiwangnya i. gelilah. bhahahaha.
MySpace

11 February 2010

Diari si minah kabut

11:50pm

Dugaan datang bersama hikmah. Ia memerlukan masa untuk manusia memperhalusi sebab dan punca sesuatu perkara.~

* Hari itu hari Isnin. Pagi yang sangat kelam-kabut kerana malam sebelum itu kami semua beradu lambat oleh kerana dengan aktiviti bergosip.

* Hari itu hari Isnin yang buat kecut perut kerana harus berjumpa dengan advisor final year project kuh dan disoal dengan pelbagai soalan tentang tajuk proposal dan daku hanya mampu ternganga sahaja tanpa mengeluarkan sebarang jawapan.

* Hari itu hari isnin yang sudah melabuhkan tirai harinya dan daku harus ke kelas Malaysian Economy pada waktu malam. Tahu cara Sir ni mengajar? sungguh penuh dengan maklumat semasa yang sangat berguna. Nurul Hafizah berangan sampai keseluruh pelosok sempat dijelajahi.

* Hari Selasa itu sangat tensi kerana ada kelas Business Ethic. Perkataan tensi itu telah cukup untuk menggambarkan keseluruhan kelas itu.

* Hari Selasa yang tahniah kerana telah berjaya menghancurkan kertas midterm Security Analysis.

* Pagi Rabu yang kabur kerana telah menjejakkan kaki ke kelas tutor International Finance ketika penghuni kelas itu sedang membicangkan soalan yang sudah menjejaki nombor tiga.

* Malam Rabu yang merealeasekan stress dengan berlepak-lepakkan dan bergelak-ketawa tidak ingat dunia di kedai makan. Tetapi kami telah merindui SARA AMALINA yang baru menjejaki Kelantan tidak sampai sepuluh jam.

* Selamat pagi hari Khamis. Tahniah sekali lagi kerana sudah mendapat kembali kertas midterm Insurance dan HAZIFAH LURUN telah berjaya menjahanamkannya sekali lagi.

* Pagi Khamis yang agak menyesakkan kerana harus sekali lagi berjumpa dengan advisor kuh dan menunggu agak lama. errr bukan agak lagi. memang LAMA okeh di hadapan bilik beliau yang berlokasi berhadapan dengan toilet dan sudah dua orang lecturer terperanjat dengan kewujudan si gadis suci ini mencangkung di tepi tandas itu.

* Petang Khamis yang agak mengembirakan kerana saya sudah berlokasi di Johor Bahru dan bukan lagi di muadzam shah. Thanks to Yana.

* Malam Khamis yang yes! kerana saya sudah menikmati keindahan berfoya-foya di rumah.

Dimulakan dengan hari Isnin yang serabut, akhir juga agak serabut. Padan muka! Kau memang minah serabut. bhahaha.

Minggu ini yang penuh dengan kecuakkan untuk aku fikir pasal minggu lagi satu dan satu lagi. Minggu depan ada quiz dan midterm. Dan lagi satu minggu mahu present proposal project paper. Sekarang dah menyesal. Padan muka sekali lagi.

Cuti chinese new year aku nak berfoya-foya! tak kira!!

01 February 2010

semalam dan hari ini

2:20pm

semalam saya menangis untuk orang yang tak sepatutnya. Dan hari ini saya rasa saya bodoh sebab saya bazirkan air mata untuk dia. Semalam saya rasa saya dah jauh dengan dia. Dan hari ini saya annoyed sangat dengan dia. Saya pun tak tahu kenapa dan mengapa. Semalam saya rasa saya akan hilang dia. Hari ini saya rasa, pergilah jauh-jauh sebelum saya jadi extra menyampah dengan dia. Semalam saya berpura-pura tabah mendengar cerita. Hari ini saya rasa perlukah saya tahu semua cerita tu?lebih baek tak tahu okeh. Cukuplah semalam sahaja saya menjadi bodoh. Saya tak nak hari ini, esok, lusa, tulat, tubin saya jadi banggang, benggong, bengap dan ape-apelah yang sewaktu dengannya. Tapi saya rasa apa yang pasti saya memang akan jadi benggong sampai ke sudah.