11 December 2011

surat kiriman tidak rasmi kepada bakal kekasih

assalamualaikum. ;)

Kehadapan bakal kekasih merangkap adiwira dewata pujaan hatiku, apa khabarkah kamu disana? ewah.
awak tengah buat apa agak-agaknya ye? huh? nak pergi tengok ombak rindu dengan girlfriend awak? alahaii tak payah nak berombak rindu sangat laaa, membazir duit je awak belanja dia sebab ending dia awak bukan end up dengan dia pun. Awak end up dengan saya kan? hiks. *gelak malu-malu sambil tutup mulut. hermm tapi tak apa lah, saya bagi awak chance berfoya-foya dulu. oke? walaupun macam tak adil sebab saya tunggu awak datang tanpa berfoya-foya dengan orang lain tahu tak. tahu tak?!!!

Awak. awak. saya nak tanya sikit boleh? awak ada dekat planet mana ni? kenapa awak lambat sangat sampai dekat saya, penat saya tunggu awak tahu, awak nak datang dekat saya naik basikal ke? tu yang lambat sangat sampai eh? ughhh. tapi takpe saya tetap akan tunggu awak sampai awak datang dengan penuh kesabaran, eh awak eh? saya percaya dengan janji Dia, yang awak untuk saya. ;)

Awak, nak tahu tak? takpe kalau awak tak nak tau pun saya nak cerita gak. eh btw, awak kena practice la eh dari sekarang, untuk dengar saya bercerita. saya suka bercerita, ni memang betul tak tipu punya. saya suka bercerita pasal semua benda, even yang remeh temeh. contoh pasal kucing saya. eh pasal kucing bukan remeh temeh eh. faham? so, sebab saya tak ada adik beradik, bila dekat rumah saya memang suka paksa mama saya dengar cerita saya, lepas tu bila diorang tak ingat cerita saya, saya akan emosi. ahaha. saiko kan. +___+ heyp. heyp. saiko-saiko pun awak kena terima saya seadanya tau, kena redha.sebab saya pun terima awak seadanya. auww, manesnya saya.

Saya tak mintak banyak dari awak. betul la saya ni tak demand tau orangnya. eh macam menipu la pulak kan tak demand. errrrrr. oke baeklah, saya demand dalam sopan oke? saya takde la mengharapkan awak kacak nak arwah, sebab saya ni pun memang tak lah drop dead gorgeous kan, dah la gigi bersepah. hak3. tapi kan awak kan, kalau awak tak kacak pun awak kan, saya harap awak ni pembersih dengan tak selekeh oke? awak tak kacak di mata orang takpe la, asal awak kacak di mata saya dah cukup. *malu, pandang bawah sambil kuis-kuis kaki kat carpet* eh awak kena sedia maklum tau saya ni pemalu. ngahaha.
Ape lagi permintaan saya dekat awak eh? haaa, awak kerja elok-elok tau. kerja kuat-kuat, sebab saya ni materialistik, apa awak ingat tengok muka awak je lepas tu boleh kenyang? oh pleaseeee. Nanti macam mana saya nak bershopping dengan riang dan gumbira? Eh, bunyi macam saya kejam sangat kan. tak saya takde la kejam sangat macam tu, saya masih lagi sanggup bersusah senang dengan awak. jangan risau. eh tapi jangan la pulak bila dah senang awak ada sekandal lain pulak, saya bakar rambut awak nanti. Sila baca sebagai amaran yang keras oke sayang? hikss malu la panggil awak sayang. *eh jangan lempang saya yang bersikap gedik secara keterlaluan.ahaha. Eh btw, nak tanya awak pernah solat subuh dekat masjid tak? kalau tak pernah, sila-sila lah eh, bangun pagi sikit tengok ada berapa banyak tiang dekat dalam masjid tu ye encik.

Awak. kalau awak rasa dah bersedia nak jadi kawan baik saya, imam solat saya, anak kepada mama dengan abah saya, bertahan layan saya yang gedik, yang pelik, yang kadang-kadang ada angin yang melanda, eh tapi angin sepoi-sepoi bahasa je yang melanda saya.hiks. Awak boleh lah datang dalam hidup saya oke? walaupun saya tak tahu siapa awak, kacak ke tidak awak ni kan. Saya janji, saya tunggu awak dan terima awak seadanya.

Oke lah awak, saya pun dah penat berawak-awak ni, rasa macam nak lempang diri sendiri pun ada.
Till then awak, take care. jangan nakal-nakal tau. Jangan tinggal solat.
Wassalam.

Yang benar,
Bakal teman baik awak. ;)


13 November 2011

keluh kesah cik pijah

Penat.
Penat dengan rutin harian yang sama. Hari-hari bangun, muka sememeh-memeh heret kaki pergi kerja, lepas tu nervous tak tentu hala dengan kerja. kan best kalau buhsan je dengan keje tu lompat pergi kerja lain, lepas tu rasa macam kerja lama lagi best, balik semula tanpa rasa bersalah. Tapi apa kan daya, kalau bapak I tokey balak ke boleh la kan. eh I rasa kalau itu company bapak i pun, kalau i buat macam tu boleh kena penerajang sampai terpusing-pusing. ahahaha.

Buhsan yang amat hoiihh bila nak pergi kerja. Dah cuba dah seikhlas hati untuk ikhlas kan hati, tapi macam tak lut. Banyak sangat dosa kot, tu yang macam hampeh tu kan. Eh gaya I cerita macam dah bekerjaya 14tahun setengah kannnnn. cheh. padahal tak sampai setahun kan. gila tak berwawasan betul laaaa aku neh. meh sini lempang sikit meh. hepp biasa dia. Tak reti bersyukur langsung, kat luar sana ramai  orang lepas grad duduk bersila tak dapat kerja lagi kan. ni dah ada kerja tak reti bersyukur lagi kan, bukan kena kerja angkat simen pun. memanggggg. ahahaha.

Dah. dah. tak payah layan la. saje je nak berkeluh-kesah ni haaaa. biasala esok kan Isnin, harusla feeling-feeling monday blues. eh tapi I rasa, setiap hari I berblues tak hengat punya. haih. 
Ye. ye. dah sedar diri la ni.

Sebenarnya tak semestinya, kita dapat apa yang kita minat.
Allah lebih tahu rezeki yang terbaik untuk hambanya yang tak reti nak bersyukur ni.
Jangan berputus asa. Terus kan langkah, kalau tak nak langkah heret kaki tu selow-selow pun boleh.
Alhamdullilah, syukur. ;)
Setiap hari adalah sangat misteri. Allah knows better. 







07 November 2011

Alhamdullilah


Alhamdullilah.
Bachelor of Finance(hons).

Mama saya dah besarkan?! dah boleh kahwin kan? kan?!



errrrr. demmm lupa belum ada calon. tskk.
oke bye nak pergi cari calon kekasih pujaan adiwira dewata pujaan hati dulu. auwww.



22 June 2011

kemaluan ketahapan kemaksimuman

Pernahkah anda mengalami malu yang sangat maha dasyat sehingga rasa macam nak timbus muka dalam pasir?
Apa? tak pernah?
tipuuu oke awak tak normal.
Jadilah normal macam saya sebab dah berjaya memalukan diri sendiri sampai rasa nak pakai purdah pergi kerja. boleh? huhuhu.


malu #1 ; Dah jalan-jalan satu ofis, dah jumpa berapa ramai orang lepas tu tetibe ada kakak yang rapat dgn saya kat ofis cakap ada "something" dekat hidung. boleh? pehhh selekeh gila okeh, bila ada kakak tu tegur sumpah rasa malu gila terus rasa nak amek annual leave setahun. tsskkk.


malu #2 ; Kena marah time meeting sebab bercakap. ni semua salah budak yang baru masuk tu sebab tanya siapa yang tengah present tuh. Saya rasa suara saya dah cukup slow dah. haih. maluuuuuuu tahu tak, rasa macam nak pura-pura sawan je time tuh sebab malu sangat, padahal budak tu yang tanya saya baru nak jawab dah kena sound suruh diam. aaaaa malu gilaa ni.


Oke bye nak pergi jahit purdah sebab dah malu tahap maksimum esok pergi keje nak nampak mata je sebab dah pakai purdah.