14 February 2010

salahkah semut itu berenang di dalam cawan?

08:55pm


oh hai nama saya latifah. oh, saya fizah. oke maka berborak-boraklah dua insan yang baru saling mengenali ini. Selang dari sepuluh minit kejadian ini datanglah seorang lagi sahabat si Fizah yang memang sudah dikenalinya lama lalu bertanya. U, borak dengan siapa tadi? errr... dan si gadis bernama Fizah itu hanya mampu ternganga dan menjawab. ahahaha. weh i lupalah nama dia. Sekejap nak kena fikir dulu. :) Wah lihatlah apa yang terjadi sangat pelupakan si Fizah ni? selalu je bukan main la kalau baru kenal tu kan orang tu bagi tahu nama dia Laila lah Salamah lah Siti lah *nama tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia* confirm selang sepuluh minit paling tidak pun kira lama lah kalau si Fizah ni ingat nama orang tu sampai esok. Kadang-kadang tu. Eh tak ni kira favorite selalu buat kot. Berteguran dan beramah mesra dengan orang macam kenal la sesangat tapi sebenarnya lupa nama tapi ingat muka. So kesimpulannya pura-pura kenal sudah. ahahaha tak senonohkan tahap pelupanya si Fizah ni. Kalau macam ni lah gayanya kalau sekarang ni dah ada anak 2 ke 3 mahunya adalah anak I tertinggal dekat mana-mana sebab mama dia pelupa nak mati. Ahahaha gatalnya kau dah berangan nak ada anak. cess.

Yang dekat atas tu baru satu sahaja sindrom dia, banyak lagi sebenarnya. Contohnya kalau tengah buat tutorial dengan khusyuknya tiba-tiba baru teringat yang tertinggal calculator dalam bilik. So apa lagi dengan semangatnya mengangkat punggung dan menuju ke dalam bilik untuk mengambil calculator itu. Tapi.. Bila dah sampai bilik ada ke boleh macam lost sekejap tak tahu nak ambil apa. Ada ke boleh lupa barang yang nak ambil bila dah sampai dekat dalam bilik. Lepas tu cara nak ingat balik, kena patah balik pergi dekat tempat tadi and fikir slow-slow tak pun jerit sahaja dekat penghuni rumah tu yang kita nak ambil apa. Saja nak stresskan diorang sekali. ;)

Kalau yang lagi kronik selalu kalau tengah saling berbalas khidmat sistem pesanan ringkas. wah gila sekema I. auww. auww. ahaahha. kadang-kadang tu boleh terlupa nak reply dekat orang tu balik tak pun boleh lupa nak reply apa dekat dia maka saya pun baru nak terhegeh-hegeh tengok balik inbox tadi. Jadi maaf ya kalau saya mereply massage kalian semua lambat setengah jam. Wah gila kronik kan penyakit pelupa si Fizah ni rasa orang tua pun tak perangai macam ni.

So siapakah yang bersalah dalam hal ini?
Adakah semut yang sedang berenang-renang di dalam cawan?
Eh mesti lah tak. sebab saya geli okeh nak minum air yang ada semut.
hurrmm kenapa lagi ya?
Banyak makan asam ke agaknya ya?
I kalau makan asam memang addicted habis lah. Dah macam orang pregnant dah pulak rasanya.ahahah. So kenapa ya?

Ada lah jugak pesanan dekat saya petua-petua yang dipercayaai boleh menghilangkan pelupa ni. Tapi tak praktikkan pun sebab lupa. ahahah ;)

* Abah selalu suruh saya amalkan makan kismis 21 biji dengan susu setiap pagi dengan selawat 3kali sebelum makanan apa-apa masuk dalam perut. Buat sekejap aje benda ni last sem before nak final. Sekarang macam dah malas dah. hesh pemalas kan.

* Cikgu saya dekat sekolah dulu selalu pesan suruh bersenam contohnya berjogging sebab kalau jongging dapat merangsang otot-otot otak untuk lebih aktif. Ermmm kalau macam jogging dalam rumah macam sapu sampah je bole di kira sekali tak? :P

* Tidur yang cukup untuk menggalakkan otak kita menjadi lebih fokus. Errmm saya nak tumpang tanya sikit. Kalau terlebih tidur macam mana? ahahaha.

So kesimpulannya di sini, janganlah makan asam banyak sangat nanti kau jadi nenek tua yang pelupa!

4 comments:

  1. haha
    nenek jangan lupa kami cucu2 mu

    ReplyDelete
  2. wah teruja ada orang lain comment. ahahaha.
    takpe2 tak lupa punya pada cucu kuh.nanti buat list besar-besar. ;)

    ReplyDelete
  3. salam fizah..cr chatbox xde..ni yg tulis kt cni..huhu..salam tumpang lalu~

    ReplyDelete
  4. fizah... i pon skang sakit2 lupe mcam u gak..lagi parah .....
    ermm mungkin sebab semut di dalam cawan kot.. sbab i da jarang mkan asam skang..hahahah

    ReplyDelete