19 September 2010

kehidupan seorang gadis yang berwawasan

05:54 pm

selamat hari raya yang ke errrr. yang ke 10!
dah takde feeling raya kan? sebenarnya time raya ke-2 dah takde feeling-feeling syahdu riang ria raya. walaupun sudah berkostum hari raya. tsskk.

dapat banyak duit raya? ho3
misi setelah mendapat duit raya? banyak okeh. first nak beli iphone! muahahaha.
second nak beli jusmate sebab badan makin naik. patutnya bulan ramadhan badan makin turun ni terbalik kot makin naik! raya ape la lagi kan. confirm-confirm sah la lagi naik kan. errr. tapi nak beli iphone macam mana nak beli jusmate nanti duit tak cukup. ahh. demm.

awak dah besar pun dapat duit raya lagi ke?
dapat la. sebab saudara-mara kata saya sekolah lagi. auww. auww comelkan. lepas tu lagi extra comel bila pergi beraya dekat rumah saudara-mara yang jauh dapat lagi duit raya khas untuk kanak-kanak yang dalam dia ada isi seringgit sahaja sebab muka saya mungkin awet muda dan terlampau polos untuk dibandingkan dengan usia 22 tahun saya. takpun mereka lihat saya selevel sahaja perangai buruk berebut kuih yang sedap dengan sepupu-sepupu yang belum lagi akil baligh. ahahaha.

seronok tengok gambar raya orang lain dekat facebook. tapi saya ada tapi saya tiada gambar yang nampak selim muka semua harus tembam setaman. lagi sekali demm. tssk.

seronok lagi sebab pergi beraya beramai-ramai bersama kawan-kawan sekolah pergi rumah cikgu. dah la sampai rumah orang pukul 10 pagi nasib baik hati cikgu itu sangat mulia. kalau ada sesiapa mahu beraya rumah saya pukul 10pagi? batalkan sahaja niat itu. ;) banyak gambar comel bersama rakan-rakan yang diambil dengan camera yang canggih itu, tapi saya sangat musykil kenapa gambar rakan-rakan yang lain sangat menarik manakala gambar saya seperti anak orang asli yang mahu pergi beraya sahaja rupanya. oh adakah muka saya sudah tidak lagi mesra kepada camera? oh noo. demmm lagi.

saya juga sangat berwawasan kerana pulang awal ke sekolah! yes. hajat di hati mahu menyiapkan assignment dan menyambung saya punya project paper yang sudah hampir ke due date. tapi kecewa hampa saya hanya mampu merenung semua kerja-kerja itu dan berharap beliau akan siap sendiri dan esok saya akan mati sebab semua kerja tak reti nak menyiapkan diri mereka sendiri. tak berguna sungguh.
sungguh kena cari orang masuk meminang la ni kalau fyp tak settle. gila ah.

saya sedang musykil dengan diri sendiri sebab hormon takut sebab dah nak due date fyp tak datang lagi! encik hormon takut mana awak? saya rasa saya sangat tenang lah. demm.

saya sangat berwawasan hingga mengalami perasaan yang tenang yang melampau. huh. hidup ini sangat peliklah.

mari semua doakan yang terbaik untuk saya punya fyp. terima kasih. ;)



06 September 2010

ini bukan saya

09:32pm

27 ramadhan.

sudah hampir rebah. tapi gagah bertahan. percaya diri kuat. tapi aku tidak kuat sebenarnya.
banyaknya benda datang sekali. rilek2 la bai. datang slow-slow oke. dah tak larat ni. tskkk.
fikiran kosong. semoga semuanya baik-baik sahaja.

enteri emo sebab saya tengah emo ni.

mana baju raya?
tak ada.

mana tudung raya?
tak ada.

mana kasut raya?
tak ada.

mana kueh raya?
ada tengah buat la.

mana drama raya?
banyaaaaaakkkkkk.

oke bye.