01 February 2010

semalam dan hari ini

2:20pm

semalam saya menangis untuk orang yang tak sepatutnya. Dan hari ini saya rasa saya bodoh sebab saya bazirkan air mata untuk dia. Semalam saya rasa saya dah jauh dengan dia. Dan hari ini saya annoyed sangat dengan dia. Saya pun tak tahu kenapa dan mengapa. Semalam saya rasa saya akan hilang dia. Hari ini saya rasa, pergilah jauh-jauh sebelum saya jadi extra menyampah dengan dia. Semalam saya berpura-pura tabah mendengar cerita. Hari ini saya rasa perlukah saya tahu semua cerita tu?lebih baek tak tahu okeh. Cukuplah semalam sahaja saya menjadi bodoh. Saya tak nak hari ini, esok, lusa, tulat, tubin saya jadi banggang, benggong, bengap dan ape-apelah yang sewaktu dengannya. Tapi saya rasa apa yang pasti saya memang akan jadi benggong sampai ke sudah.

3 comments:

  1. aww. kakak okayh x nie? adeh. jgn sediyh2. :)
    jgn jadi bengong, please! :(

    ReplyDelete
  2. tabah anak dare.
    ana baru jumpe blk link blog nt.
    aritu ilang kejap.
    kat sevenian xde.huhu.

    ReplyDelete
  3. ahahah. thanks et ngn tqa.
    saya memang di anak tirikan kat sevenian nak buat mcm mana. bhahha

    ReplyDelete