25 April 2010

semua sekali RM1.50 kak

03:12 pm

Cuti 3 bulan kali ini tak boring tapi stress. boleh?
Abah saya sudah memaksa saya bekerja sebab dia begitu rimas tengok saya tidur terhover doss dekat rumah. So dia mensuggestkan eh tipu dia telah memaksa saya pergi kerja dekat kedai fotostat kawan dia. Maka dalam keadaan terpaksa rela ku gagahi jua untuk pergi. Pejam celik. Pejam celik dah masuk dua minggu dah kerja dekat situ.

First week memanglah sangat stress sebab tak tau apa-apa kan. weh ingatkan senang ke nak guna mesin fotostat tu? haish sangat mencabar oke. Hari-hari kena marah sebab salah stapler lah. fotostat gelaplah. sengetlah. tak clearlah. heh kalau dekat muadzam benda tu semua tak ambil kira tau. kalau kita complaint kita yang kena marah balik dengan kakak fotostat tuh. haish.
Ayat favorite kakak tokey kedai tu dekat i kalau nak marah. +haiyooo i banyak marah sama u. ini macam u takda tengok ka?. heh what do you expect? masa tu baru 2hari setengah kerja kot! Lepas tu ayat favorite dia jugak kalau nak bercerita dengan orang yang datang dekat kedai fotostat tu kalau orang tu kenal abah i. Confirm dia akan cakap +mula-mula haa saya tak mahu ambil ini budak sebab dia cuti sekejap sahaja nanti bila dia mahu naik sekolah dia kasi berhenti hati kita juga yang sakit hati tapi dia punya bapak saya punya kawan ha sebab itu saya ambil dia jugak. okeh kalau satu hari 16 kali ko dengar dia cerita dekat orang yang datang rasa macam nak sepak kena berhenti kerja tak? hoohhh.

Dalam first week nak ke second week tuh saya amat popular dikalangan customer sebab yelah saya budak baru yang buat kerja lembap nak mati lepas tu tak reti nak fotostat ic!.huh. nanti semua orang tanya +eh awak budak baru ye? baru habis sekolah ke? nanti penat lah nak jawab -haah saya part time cuti sem. Then bila dah jawab macam ni soalan dia panjang-panjang lah lagi belajar dekat manalah. ambil course apalah. rasa macam nak tulis dekat kertas je bila orang yang terhover ramah-tamah ni bertanya. hesh.

Waktu first week tu setiap hari balik mesti nangis sorang-sorang sebelum tidur sebab stress. hoohoho sangat gedik okeh. Tapi sekarang getting much better lah macam dah tabah sikit konon-kononnya. ahahah. Hari-hari mesti cakap dekat mama tak nak kerja nak berhenti then mama mesti jawab takpelah sekejap je take it as ur experience oke? sumpah bila dengar mama cakap macam tu lagi lah macam nak leleh. Motif sebenar nak nangis still tak tahu kenapa. Mengada yang lebih ni sebenarnya. hoh.

Sekarang cita-cita saya mahu jadi kakak fotostat yang berjaya lepas tu nak bukak kedai fotostat dekat muadzam! boleh? hohoho.

No comments:

Post a Comment