29 April 2010

orang melayu boleh!

09:47pm

Perbualan di antara seorang pelanggan bergelar pakcik dengan si gadis tukang fotostat.

Pakcik : Dik, kenapa awak tak belajar? * soalan intro pun memang tidak boleh blah?*

si gadis fotostat : belajar, sekarang tengah cuti sem

Pakcik : belajar dekat mana utm ke?

si gadis fotostat : taklah belajar dekat uniten

pakcik dan si gadis fotostat: bla. bla. bla.....

oke cut the craps.

pakcik : mesti awak amek diploma kan?

si gadis fotostat : taklah ambil degree.

pakcik : wah. tak sangka boleh pakai juga otak awak ni ea?

si gadis fotostat : sedang berimiginasi untuk memberi pakcik itu sekandang pumba!

weh. pleaselah pakcik. tolonglah jangan fikir sangat typical melayu yang sangat kolot.
Mintak tolonglah jangan pandang rendah dekat orang yang kerja dekat kedai fotostat yang muka berminyak dan hitam dan tudung senget ni tak pergi sekolah tau. Buat penat mak bapak i hantar i pergi sekolah sedap-sedap hati kau je nak cakap macam tu.
Macam manalah orang melayu nak maju kalau sepuluh orang melayu yang berfikiran macam kau duhai pakcik.

26 April 2010

puisi tentang rindu.

06:15pm

kerinduan itu telah menganggu lenaku.
kerinduan itu telah membuatkan putaran hidupku terasa pincang.
oh. sesungguhnya aku benar-benar dalam kerinduan.

rindu kepada megi kembang hasil dari air tangan sara atau iza.

rindu juga untuk nasi goreng dengan kasih sayang dari farah najwa ataupun azura

rindu terhadap waffle chocolate blueberry di Tunas Manja.

rindu akan burger makcik itu di highway.

rindu untuk bersantap malam di Wawa.

rindu ku juga kepada setiap kali tibanya waktu tengah hari ketika menjamu selera di kedai pakcik atau hanya menikmati bihun sup di gerai batu.

rindu untuk pergi ke Petronas tanpa arah tujuan dan hanya membeli keropok kegemaran kami iaitu keropok ikan cap pinggan ataupun aiskrim milo.

oh. oh. sesungguhnya kerinduan terhadap rutin harian itu.

errr. consider puisi ke kat atas tu? ahahah. :)
bila perut dah bunchet. pipi sudah tembam lagi mahu bising complaint. diamlah! ;)

25 April 2010

semua sekali RM1.50 kak

03:12 pm

Cuti 3 bulan kali ini tak boring tapi stress. boleh?
Abah saya sudah memaksa saya bekerja sebab dia begitu rimas tengok saya tidur terhover doss dekat rumah. So dia mensuggestkan eh tipu dia telah memaksa saya pergi kerja dekat kedai fotostat kawan dia. Maka dalam keadaan terpaksa rela ku gagahi jua untuk pergi. Pejam celik. Pejam celik dah masuk dua minggu dah kerja dekat situ.

First week memanglah sangat stress sebab tak tau apa-apa kan. weh ingatkan senang ke nak guna mesin fotostat tu? haish sangat mencabar oke. Hari-hari kena marah sebab salah stapler lah. fotostat gelaplah. sengetlah. tak clearlah. heh kalau dekat muadzam benda tu semua tak ambil kira tau. kalau kita complaint kita yang kena marah balik dengan kakak fotostat tuh. haish.
Ayat favorite kakak tokey kedai tu dekat i kalau nak marah. +haiyooo i banyak marah sama u. ini macam u takda tengok ka?. heh what do you expect? masa tu baru 2hari setengah kerja kot! Lepas tu ayat favorite dia jugak kalau nak bercerita dengan orang yang datang dekat kedai fotostat tu kalau orang tu kenal abah i. Confirm dia akan cakap +mula-mula haa saya tak mahu ambil ini budak sebab dia cuti sekejap sahaja nanti bila dia mahu naik sekolah dia kasi berhenti hati kita juga yang sakit hati tapi dia punya bapak saya punya kawan ha sebab itu saya ambil dia jugak. okeh kalau satu hari 16 kali ko dengar dia cerita dekat orang yang datang rasa macam nak sepak kena berhenti kerja tak? hoohhh.

Dalam first week nak ke second week tuh saya amat popular dikalangan customer sebab yelah saya budak baru yang buat kerja lembap nak mati lepas tu tak reti nak fotostat ic!.huh. nanti semua orang tanya +eh awak budak baru ye? baru habis sekolah ke? nanti penat lah nak jawab -haah saya part time cuti sem. Then bila dah jawab macam ni soalan dia panjang-panjang lah lagi belajar dekat manalah. ambil course apalah. rasa macam nak tulis dekat kertas je bila orang yang terhover ramah-tamah ni bertanya. hesh.

Waktu first week tu setiap hari balik mesti nangis sorang-sorang sebelum tidur sebab stress. hoohoho sangat gedik okeh. Tapi sekarang getting much better lah macam dah tabah sikit konon-kononnya. ahahah. Hari-hari mesti cakap dekat mama tak nak kerja nak berhenti then mama mesti jawab takpelah sekejap je take it as ur experience oke? sumpah bila dengar mama cakap macam tu lagi lah macam nak leleh. Motif sebenar nak nangis still tak tahu kenapa. Mengada yang lebih ni sebenarnya. hoh.

Sekarang cita-cita saya mahu jadi kakak fotostat yang berjaya lepas tu nak bukak kedai fotostat dekat muadzam! boleh? hohoho.

09 April 2010

Yup dia kawan saya.

03:04pm

Seriously I miss her so much!

Betul tak tipu saya rindu dia.

Tapi.

Saya ego dengan dia sebab dia ego dulu dengan kitorang. *tngk nak gak tu salahkan orang dulu*

Saya tak harap kita jadi macam dulu.

Berteguran dengan ikhlas pun dah sangat-sangat cukup.

Jadi pilih : ego atau persahabatan?

07 April 2010

Percutian yang terhebat!

03:08pm

Hari Sabtu lepas otw nak balik rumah dari muadzam sebab cuti sem dengan barang yang gila macam tak banyak pulak kan, singgah la sekejap dekat kampung. Rumah nenek ku yang da berapa lama tak jejak.

So macam biasalah sama je lah semuakan. Takde lah kalau tak balik kampung setahun rumah tu bertukar jadi banglo yang besar ke. Ada Mcd drive thru dekat belakang rumah nenek ke kan. Still sama ada kebun-kebun + semak-semak + keindahan semula jadi lah kiranya.

Oke dipendekkan cerita lepas masuk rumah, salam-salam dengan nenda, makan apa yang patut yang ada dekat dapur tu tetiba eh dah petang. Bila dah petang-petang biasalah dari kecik-kecik sampai ke besar mesti kasi mama tu membebel-bebel sorang-sorang dulu baru lah terhegeh-hegeh nak pergi mandi kan. So haruslah pergi mandi. Awal lagi waktu tu. Baru dalam pukul 6.45pm. Dengan sopan-santun dan lemah gemalainya si gadis yang pemalas nak mandi ni pun turun lah bawah untuk mandi. Oke untuk pengetahuan umum toilet dan bilik air rumah nenek saya di luar rumah ye. so kalau sakit perut tengah-tengah malam tu memang kalau jenis yang penakut simpan sampai esoklah gamaknye. ;)

Eh sambung cerita, memandangkan toilet dekat luar rumah so macam seram la kan even waktu tu baru pukul 6.45 kan. Then tiba-tiba bila sedang melayan angin-angin sepoi bahasa kat tepi tu ketika dalam perjalanan ke toilet *gaya macam jauh je kan* tetiba lagi sekali ada seekor binatang yang sangat besar yang berbulu coklat lalu eh berlari anak eh berlari sebab takut nampak I. Ada ke dia takut nampak si gadis yang menawan ni lalu. cheh. patutnya I la yang takut sebab nampak dia. hesh.

Cepat-cepat cuba teka si gadis chumel itu nampak apa?

huh? kucing? ala gila tak thrill takut nampak kucing. cheh.

I nampak binatang berkaki empat yang kalau pegang tu haram okeh. Alaaaa I nampak Babi Hutan la. Ahhahaha. Ada ke patut dia bersiar-siar sekali waktu petang-petang ni. hesh.

Maka berlari lah macam tak cukup tanah naik kat rumah sebab takut kena kejar ke apa kan. Tapi Incik Pumba ni yang dah lari dulu dia pergi belakang rumah lepas tu elok je dia dekat bawah pokok amende entah dia tengah makan kelapa. Lepas tu nendaku dengan tenangnya berkata ala, dia memang hari-hari lalu dekat sini cari makanan. what? gilalah boleh buat national geographic dekat belakang rumah nenek I neh. ahahah

Tu baru babi hutan je lalu, banyak lagi binatang yang extreme lalu lalang dekat kawasan rumah nenek I okeh. Ala setakat ayam tu. alllllaaaaaaa tu memang dah bersepah. Selain dari Babi Hutan ada juga binatang lain seperti biawak dan monyet ye rakan-rakan. Biawak di sini sangat menggelikan ye kawan-kawan. Beliau sangat besar dah rasa macam nampak buaya ye rakan-rakan. Saya pernah dikejar oleh biawak ye rakan-rakan. Tak cukup tanah oke lari. ahahah. Geli ah weh! Monyet pulak macam biasa je tu macam dah bersepah-sepah dah. Ada yang siap masuk rumah lagi. cheh .

Sebelum balik tu cakap dekat abah Abah, lepas ni kita buat homestay nak kat rumah nenek ni untuk yang jakun tak pernah tengok segala binatang ni.

So oke perhatian kepada sesiapa yang bermiant mahu menikmati percutian ala-ala safari seperti mahu mandi terserempak dengan khinzir hutan. Pergi halaman belakang dapur kalau nasib tak baik kena kejar dengan biawak ataupun melihat monyet-monyet yang ganas bergaduh di tepi tingkap? Sila hubungi saya dengan segera kerana tempat adalah terhad. Harga boleh dirunding. :) ahahahah.

kalau dekat dalam pamphlet holiday ke apa kan ada gambar aktiviti kan. korang nak ke gambar babi hutan dengan biawak? Tak payah la geli okeh.

05 April 2010

betul tak tipu!

02:07 am

Oh.OH. Setelah berhempas pulas dan bertunggang langgang. Bersengkang mata di waktu malam serta menganyam mimpi di waktu siang. Berstress-stress dan sangat tekun dan gigih menfotostat tuto dan nota pada saat akhir *ini semua sintom-sintom propa sahaja, siapa suruh study last minute kan so padan la muka.* maka sudah peperiksaan akhir sem ini sudah berjaya diharungi. :)

Sekarang sedang bersenang lenang bercuti di rumah dan sudah merindui kawan-kawan yang berkepam sama-sama dalam satu rumah. Tidur atas tilam bersempit-sempit di atas lantai yang sapu setahun sekali je kan. Terbaiklah korang! Sudah rindu okeh. :(

Sebelum balik hari tu pergi peluk + salam-salam + nanges-nanges dengan senior dengan kawan-kawan yang dah final sem. Sangat sedih oke. Memang berani agak yang itu memang last kitorang akan jumpa. Memang sangat susah nak jumpa lagi lepas ni kan. Apa-apa pun gud luck korang. Sangat seronok kenal korang and sayang korang semua sampai mati kak masyit,dayah,mass,kak hannah,kak nash,kak huda dengan my lovely hanisah hamdan yang tak sempat nak jumpa. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye korang. Next sem my turn pulak nak dipeluk dan ditangisi kerana sudah final sem. Wah sekejap je rasa macam dah besar sangat. EH. chop ada ke orang nak menangis untuk kamu wahai cik nurul? ahahah. :P

errr. motif entry ni sebenarnya nak mengekspersikan rindu kepada my "housemate" oke consider housemate la kan. yang kita berkepam sama-sama.




Betul. Tak tipu rindu korang! takde sapa nak layan saya dekat rumah macam korang buat. hu3 :(