28 January 2010

si gelmuk

03:48pm

Selamat datang hari Jumaat. Ya. Ya. Sudah hari Jumaat.
Lusa sudah seharusnya saya pulang ke pusat menuntut ilmu ya. Tapi. Tapi. Tetapi.
oh Em JIh!! assgiment saya tidak bersentuh langsung okeh. Kunun-kunun mahu study insurance tetapi buku itu masih elok kedudukannya terletak di dalam beg. Oh, bagaimanakah?
Adakah saya berkelakuan tidak normal dan teroverdose pemalas?
Dan setelah dikaji dan ditinjau. Oh oke ramai je yang berperangai macam saya. Maka saya disahkan normal. ahahahah. :)

Semalam sebelum tidur dalam pukul 2pagi saya dengan berperangai macam orang kebulur tak pernah jumpa nasiknya telah makan nasik sebelum tidur. And again oH Em jiHHH!! lepas neh jadi extra tembam lah engkau nampaknya.
Sekarang bila dah berkehidupan bersama Sara Amalina saya telah menjadi seorang yang pencinta nasik sejati macam beliau. Dahulu ketika bermastautin bersama Norfathin saya terlalu obses untuk berdiet walaupun badan saya tetap macam tu okeh. Nak makan megi sebungkus pun kami akan berkecoh satu rumah dengan mengeluarkan ayat weh gemuk tak kalau i nak makan mende alah neh? dan seperti biasa kami akan mendapat jawapan yang sangat best dari Farah Najwa. :)
Saya suka menonton Farah Najwa makan. kerana beliau kelihatan sangat berselera ketika menjamu selera. Beliau tidak kira sama ada beliau dalam keadaan putus cinta, demam, mahu pun apa saja rintangan yang melanda. Makan tetap menjadi prioriti beliau. Akan tetapi saya berasa sangat cemburu terhadap dua makhluk Allah ini iaitu Sara Amalina dan Farah Najwa kerana banyak mana mereka berdua memuaskan nafsu makan mereka badan mereka still maintain okeh. Cess. Cesss. Sangat tidak adil.

Cerita dan hikayat daripada saya yang tak ada kaitan langsung. errrrr. Dekat Malaysia neh ada tak orang buat services orang gaji yang tolong buatkan assigment dengan jawabkan exam? Kalau ada sila hubungi saya ya.
Sekian terima kasih. :)

No comments:

Post a Comment