11 December 2011

surat kiriman tidak rasmi kepada bakal kekasih

assalamualaikum. ;)

Kehadapan bakal kekasih merangkap adiwira dewata pujaan hatiku, apa khabarkah kamu disana? ewah.
awak tengah buat apa agak-agaknya ye? huh? nak pergi tengok ombak rindu dengan girlfriend awak? alahaii tak payah nak berombak rindu sangat laaa, membazir duit je awak belanja dia sebab ending dia awak bukan end up dengan dia pun. Awak end up dengan saya kan? hiks. *gelak malu-malu sambil tutup mulut. hermm tapi tak apa lah, saya bagi awak chance berfoya-foya dulu. oke? walaupun macam tak adil sebab saya tunggu awak datang tanpa berfoya-foya dengan orang lain tahu tak. tahu tak?!!!

Awak. awak. saya nak tanya sikit boleh? awak ada dekat planet mana ni? kenapa awak lambat sangat sampai dekat saya, penat saya tunggu awak tahu, awak nak datang dekat saya naik basikal ke? tu yang lambat sangat sampai eh? ughhh. tapi takpe saya tetap akan tunggu awak sampai awak datang dengan penuh kesabaran, eh awak eh? saya percaya dengan janji Dia, yang awak untuk saya. ;)

Awak, nak tahu tak? takpe kalau awak tak nak tau pun saya nak cerita gak. eh btw, awak kena practice la eh dari sekarang, untuk dengar saya bercerita. saya suka bercerita, ni memang betul tak tipu punya. saya suka bercerita pasal semua benda, even yang remeh temeh. contoh pasal kucing saya. eh pasal kucing bukan remeh temeh eh. faham? so, sebab saya tak ada adik beradik, bila dekat rumah saya memang suka paksa mama saya dengar cerita saya, lepas tu bila diorang tak ingat cerita saya, saya akan emosi. ahaha. saiko kan. +___+ heyp. heyp. saiko-saiko pun awak kena terima saya seadanya tau, kena redha.sebab saya pun terima awak seadanya. auww, manesnya saya.

Saya tak mintak banyak dari awak. betul la saya ni tak demand tau orangnya. eh macam menipu la pulak kan tak demand. errrrrr. oke baeklah, saya demand dalam sopan oke? saya takde la mengharapkan awak kacak nak arwah, sebab saya ni pun memang tak lah drop dead gorgeous kan, dah la gigi bersepah. hak3. tapi kan awak kan, kalau awak tak kacak pun awak kan, saya harap awak ni pembersih dengan tak selekeh oke? awak tak kacak di mata orang takpe la, asal awak kacak di mata saya dah cukup. *malu, pandang bawah sambil kuis-kuis kaki kat carpet* eh awak kena sedia maklum tau saya ni pemalu. ngahaha.
Ape lagi permintaan saya dekat awak eh? haaa, awak kerja elok-elok tau. kerja kuat-kuat, sebab saya ni materialistik, apa awak ingat tengok muka awak je lepas tu boleh kenyang? oh pleaseeee. Nanti macam mana saya nak bershopping dengan riang dan gumbira? Eh, bunyi macam saya kejam sangat kan. tak saya takde la kejam sangat macam tu, saya masih lagi sanggup bersusah senang dengan awak. jangan risau. eh tapi jangan la pulak bila dah senang awak ada sekandal lain pulak, saya bakar rambut awak nanti. Sila baca sebagai amaran yang keras oke sayang? hikss malu la panggil awak sayang. *eh jangan lempang saya yang bersikap gedik secara keterlaluan.ahaha. Eh btw, nak tanya awak pernah solat subuh dekat masjid tak? kalau tak pernah, sila-sila lah eh, bangun pagi sikit tengok ada berapa banyak tiang dekat dalam masjid tu ye encik.

Awak. kalau awak rasa dah bersedia nak jadi kawan baik saya, imam solat saya, anak kepada mama dengan abah saya, bertahan layan saya yang gedik, yang pelik, yang kadang-kadang ada angin yang melanda, eh tapi angin sepoi-sepoi bahasa je yang melanda saya.hiks. Awak boleh lah datang dalam hidup saya oke? walaupun saya tak tahu siapa awak, kacak ke tidak awak ni kan. Saya janji, saya tunggu awak dan terima awak seadanya.

Oke lah awak, saya pun dah penat berawak-awak ni, rasa macam nak lempang diri sendiri pun ada.
Till then awak, take care. jangan nakal-nakal tau. Jangan tinggal solat.
Wassalam.

Yang benar,
Bakal teman baik awak. ;)


13 November 2011

keluh kesah cik pijah

Penat.
Penat dengan rutin harian yang sama. Hari-hari bangun, muka sememeh-memeh heret kaki pergi kerja, lepas tu nervous tak tentu hala dengan kerja. kan best kalau buhsan je dengan keje tu lompat pergi kerja lain, lepas tu rasa macam kerja lama lagi best, balik semula tanpa rasa bersalah. Tapi apa kan daya, kalau bapak I tokey balak ke boleh la kan. eh I rasa kalau itu company bapak i pun, kalau i buat macam tu boleh kena penerajang sampai terpusing-pusing. ahahaha.

Buhsan yang amat hoiihh bila nak pergi kerja. Dah cuba dah seikhlas hati untuk ikhlas kan hati, tapi macam tak lut. Banyak sangat dosa kot, tu yang macam hampeh tu kan. Eh gaya I cerita macam dah bekerjaya 14tahun setengah kannnnn. cheh. padahal tak sampai setahun kan. gila tak berwawasan betul laaaa aku neh. meh sini lempang sikit meh. hepp biasa dia. Tak reti bersyukur langsung, kat luar sana ramai  orang lepas grad duduk bersila tak dapat kerja lagi kan. ni dah ada kerja tak reti bersyukur lagi kan, bukan kena kerja angkat simen pun. memanggggg. ahahaha.

Dah. dah. tak payah layan la. saje je nak berkeluh-kesah ni haaaa. biasala esok kan Isnin, harusla feeling-feeling monday blues. eh tapi I rasa, setiap hari I berblues tak hengat punya. haih. 
Ye. ye. dah sedar diri la ni.

Sebenarnya tak semestinya, kita dapat apa yang kita minat.
Allah lebih tahu rezeki yang terbaik untuk hambanya yang tak reti nak bersyukur ni.
Jangan berputus asa. Terus kan langkah, kalau tak nak langkah heret kaki tu selow-selow pun boleh.
Alhamdullilah, syukur. ;)
Setiap hari adalah sangat misteri. Allah knows better. 







07 November 2011

Alhamdullilah


Alhamdullilah.
Bachelor of Finance(hons).

Mama saya dah besarkan?! dah boleh kahwin kan? kan?!



errrrr. demmm lupa belum ada calon. tskk.
oke bye nak pergi cari calon kekasih pujaan adiwira dewata pujaan hati dulu. auwww.



22 June 2011

kemaluan ketahapan kemaksimuman

Pernahkah anda mengalami malu yang sangat maha dasyat sehingga rasa macam nak timbus muka dalam pasir?
Apa? tak pernah?
tipuuu oke awak tak normal.
Jadilah normal macam saya sebab dah berjaya memalukan diri sendiri sampai rasa nak pakai purdah pergi kerja. boleh? huhuhu.


malu #1 ; Dah jalan-jalan satu ofis, dah jumpa berapa ramai orang lepas tu tetibe ada kakak yang rapat dgn saya kat ofis cakap ada "something" dekat hidung. boleh? pehhh selekeh gila okeh, bila ada kakak tu tegur sumpah rasa malu gila terus rasa nak amek annual leave setahun. tsskkk.


malu #2 ; Kena marah time meeting sebab bercakap. ni semua salah budak yang baru masuk tu sebab tanya siapa yang tengah present tuh. Saya rasa suara saya dah cukup slow dah. haih. maluuuuuuu tahu tak, rasa macam nak pura-pura sawan je time tuh sebab malu sangat, padahal budak tu yang tanya saya baru nak jawab dah kena sound suruh diam. aaaaa malu gilaa ni.


Oke bye nak pergi jahit purdah sebab dah malu tahap maksimum esok pergi keje nak nampak mata je sebab dah pakai purdah.


19 June 2011

Terima kasih abah.

Assalamualaikum. ;)

Hai Abah, saya tahu abah tak pernah jumpa blog ni kan walaupun ada cubaan hampir-hampir terjumpa, tapi takpe. So sebab abah tak pernah jumpa ini tempat so boleh la saya bermanes-manesan dan bersweet-sweetan dengan kamu ye ayahnda ku, kalau tak memang tak laa kannn. maluuuuuuuu. ahaha

Terima kasih Abah,
terima kasih abah sebab sudi jadi 'driver' saya untuk kemana-mana sampai sekarang. Bunyi memang sangat tidak coolkan sebab dah besar-besar pun bapak yang hantar pergi kehulur-kehilir tapi well nak buat macam mana kan, nasib baik ada orang sudi hantar kalau tidak kena jalan kaki slow-slow laa nampaknya. tsskk. terus tinggal tulang je tak payah diet kan.

Terima Kasih Abah,
terima kasih abah sebab tak pernah puji saya cantik. sadiskan bunyi dia? haih. tapi tu lah, kalau abah hari-hari puji saya cantik mesti hari-hari saya feeling-feeling princess diva setiap hari kan. terima kasih la banyak-banyak abah kalau tak mesti saya punya tahap keperasanan sampai petala kelapan punya bajetnya. tapi lepas ni kalau abah puji saya cantik mesti saya pengsan 44 hari. tskk.

Terima kasih Abah,
terima kasih abah sebab sudah mencorakkan kehidupan saya sehingga ke hari ini. saya rasa saya gembira dengan apa yang abah dah bagi dekat saya selama ini. walaupun kita baru boleh start berbual bila saya dah masuk universiti, sampai sekarang ni saya dah boleh cakap depan abah ada jejaka kacak kan.kalau tak dulu memang tak bercakap la kan sebab abah garang nak mati. ahaha. walaupun saya selalu cari gaduh dengan abah, walaupun saya tak mampu nak bagi dan balas balik apa yang abah da bagi dekat saya, memang terima kasih memang tidak cukup untuk balas jasa-jasa mu tapi itu lah sahaja yang anaknda mu yang gojes ini mampu berikan. yelah gaji bulan lepas pun tak masuk lagi kan so tak dapat lah nak bersweet-sweetan sempena hari bapa ni. oh lupa kita tak sambut hari bapa. tapi tak apalah, saja nak bersweet-sweetan dengan abah.

walaupun saya tak pernah cakap secara live sebab malu oh, oke sekarang rasa macam nak cakap sebab tak live, oke sesungguhnya saya anakndamu yang gojes walaupun abah tak pernah puji nak cakap sayang abah sangat! betul tak tipu ni. awak memang superhero saya. terima kasih untuk semuanya. semoga Allah memberkati abah selalu. ;)


09 May 2011

Kepelupaan ketahap maksimuman

assalamualaikum. ;)

Hari ni bangun pagi. pagi yang amat. betul-betul punya pagi bukan pagi yang tipu-tipu. Dah lama tak feeling-feeling nervous sampai tak lena tidur, padahal tidur adalah hobi masa lapang mahu pun tak lapang. haih. makan pun dah tak berapa nak berselera. nervous tahu nervous. ni nervous bukan tipu-tipu punya ni.

sebenarnya hari ni saya nervous yang amat, sebab hari ni first day nak masuk tempat kerja baru lepas resign hari tu.hu3. peh, dia punya rasa nervous tu memang membunuh sungguh. biasalah kan, nak pergi tempat baru, nak kenal dengan orang baru. nak kena buat muka innoncent lagi nak kena cakap sopan-santun lagi. ehehe. haih. oke, sebenarnya takde la nervous sangat nak jumpa orang baru. perkara yang buat saya tak lena tidur lepas dapat call confirmation sebenarnya ialah nervous sebab duk fikir nanti lunch nak makan dengan sape. looseeerr tak? wahahaha. +________________+ naseb baik tadi ada kakak-kakak yang super baek ajak makan lunch sekali and dapat kawan baru yang masuk hari ni jugak tapi dia pergi department lain. sedih.

oke, sekarang nervous yang lain pulak. saya ada masalah nak ingat nama orang. serious punya lambat nak adapt nama orang. tadi tanya nama hod pun lupa siapa nama dia, lepas tu rasa macam nak nanges sebab bila dah sampai depan recep tak tahu nama hod, lepas tu sape nak kutip kita kat depan tu kan. haih. memang kronik, masalah pelupa saya. ni kalau anak ada sepuluh mesti dah terlupa anak no 9 tu nama dia siapa. haih. kena minum susu enfagrow bebanyak ni. haih lagi sekali.


03 May 2011

If you fail to plan, you plan to fail

Assalamualaikum ;)

Ye saya, yes I do admit yang saya antara orang yang paling tak reti untuk merancang. Sejak dari zaman azali dulu-dulu kira dari zaman kanak-kanak dulu lah, saya memang failed bab rancang merancang ni. pernah jugak try, hep. hep. bukan tak pernah try. dah sedaya upaya try tapi sekerat jalan je bertahan. wahaha. kira saya ni memang ngam la dengan peribahasa hangat-hangat tahi ayam. wohh memang cocok gitu. auwww.

Saya memang berpegang teguh dengan konsep go with the flow. redah je apa depan mata. redha dan berserah je. wahaha senang kan hidup, rasa macam orang tak berwawasan pon ada gak. adeh laa. Tapi seronok bila buat kerja macam ni, macam thrill gitu sebab kita tak ada letak apa-apa expectation pon kan. Thrill apa kebendanya padahal, saya ni memang tergolong dalam golongan yang pemalas tegar yang harus kena sekeh laju-laju je sebab tak reti nak plan hidup langsung kan. haih.

Saya start discover yang saya ni jenis orang yang tak reti plan apa arah tujuan hidup ni, bila nak masuk tingkatan empat. kan bila lepas dah habis PMR kita kena pilih nak masuk sains or sastera kiranya kat sekolah saya dulu dia offer 2 je either masuk kelas sains ke sastera, ermm sastera ni kira macam belajar ekonomi and account la. Cerita start bila dah jejak kaki kat tahun form 4 tu kan, kira time seminggu tu kita diberi choice dan time untuk fikir nak masuk aliran mana. Time tu saya dah tak fikir ape dah, takde nye fikir boleh bawak ke tak subjek tu, minat ke tak and bla.bla.bla semuanya lah and guess what saya membuat keputusan nak masuk kelas sains sebab kawan-kawan yang rapat semua masuk kelas sains. boleh macam tu? wahaha. takde pendirian langsungkan. Maka bermulalah kehidupan baru, harung je la semua tuh tapi saya tak pernah menyesal sebab saya memang percaya pada go with the flow.

Lepas dah tutup cerita sekolah menengah, kena buka chapter baru dalam hidup kita kan, ye lah bila dah dapat keputusan SPM mesti la nak pilih nak ambil course apa kan. Then sekali lagi without any planning saya terjun dalam bidang yang totally lain dari apa yang saya belajar time sekolah menengah dulu and Alhamdullillah saya tetap percaya pada go with the flow punca konsep itu dan saya dapat juga habiskan degree dengan jayanya. errr kira berjaya jugak la walaupun tak dapat dean list kan. wahahha. so siapa kata if you fail to plan, you plan to fail? menipu orang putih ni eh. tengok saya dah boleh approve kan yang go with the flow pon boleh berjaya apa? wahaha

Sebenarnya tak bagus jugak kita tak pandai plan ni, sebab secara teorinya bila kita ada plan kita ada goal kan so kita akan berusaha untuk capai kita punya target. yeah, and now sekarang ni saya tengah belajar dan cuba untuk beristiqamah dalam planning kehidupan kuh lepas habis belajar ni.hu3. semoga berterusan lah kan, sebab bila fikir-fikir balik dah besar ni kena pandai planning kot sebab kita dah keluar dari comfort zone kita kan.

Bila dah masuk alam pekerjaan pon, saya tak plan saya nak jadi apa. saya apply je semua lepas tu redha je dapat apa. bila dah dapat tu baru lah terfikir oh aku seharusnya plan aku nak masuk bidang apa kan sebab kalau tak memang sangat laahh sakit. haih.

so mari kita start planning sekarang. oke plan no 1 nak kawen umur 27 so kena cari kekasih hati sekarang so pelaksanaannya kalau nak kahwin dengan anak raja kena pergi guling-guling kat depan kebun bunga istana tuh hari-hari. wahahaa. Oke bye, nak start planning ape pulak eh lepas ni selain dari nak kawen dengan jejaka kacak dan kaya. wahaha.

tapi kita sebagai orang islam kita kena pegang dengan janji Allah yang pasti ini ;

kita merancang, Allah juga merancang dan Allah ialah sebaik-baik perancang.

dulu ada juga bisikan syaitonnirajim ni kan yang duk hasut kita hari-harikan, pernah juga lah terfikir kenapa aku macam ni, kenapa aku tak dapat apa yang aku nak lepas tu duk compare-compare kita dengan rezeki orang lainkan. dan time ni memang syaitan-syaitan semua bersorak kemenangan lah kan sebab dia dah berjaya hasut insan yang hina ini. haih. then bila saya cakap dengan abah saya, then bila abah bagi setepek sekali baru lah tersedar yang kita jangan mempersoalkan rezeki Allah dan kita kena percaya yang Allah sudah menyediakan rezeki yang terbaik untuk kita tunggu masanya sahaja cepat atau lambat. so jangan mengeluh lagi ye rakan-rakan untuk sesiapa yang rasa dia pernah rasa kekecewaan dan mula compare rezeki kita dengan rezeki orang lain. sabar eh, Allah sentiasa bersama kita. ;)

anyway tipu je la proverb yang if you fail to plan. you plan to fail. wahahaha.

21 April 2011

di mana-mana

assalamualaikum. ;)

currently i'm in love with this song.
takde la best mana pon sebenarnya, tapi entah macam best sebab lagu ni macam gedik.
I kan memang gedik. wahahaha. Sebenarnya saya suka part yang ada kamu, kamu, kamu tu je. eheheh

oke saya pelik sebab saya suka lagu putus cinta walaupun tak pernah bercinta. ewah, suci gitu. auww. kalau dengar lagu putus cinta memang feeling habis ah, kalau pakai earfon tuh memang orang sebelah sana pon boleh dengar sebab maximum kan volume baru boleh feeling dengan mendalam gituu.

Di mana-mana ; ning baizura, jac, shila.

Di mana di mana

Di mana ku harus mencari
Cinta yang sejati
Yang mampu tuk sirami

Hati ini
Hingga sejuk terasa
Batin ini
Ohhh..

Jangan jangan
Jangan kau pergi
Jangan jangan
Tinggalkan aku

Tak Pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu

Ohhh.. Ohhh..
Kaulah penebus cintaku
Ohhh.. Ohhh..
Surya atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa
Ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Kini kutemukan
Tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati
Yang mampu tuk sirami

Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa
Batin ini
Ohhh.. Ohhh..

Jangan jangan
Jangan kau pergi
Jangan jangan

fineeeeee. tak boleh nak tepek video. haih.

04 April 2011

the posibilities

assalamualaikum. ;)





this is what we call a life. Now please learn how to redhaaaa. ;)


21 March 2011

doa untuk ibu bapa

assalamualaikum . ;)

Hujan renyai-renyai. mendung. redup. sedap tidur sampai tak bangun-bangun kann. eh tapi I kan da besar takde tidur banyak-banyak ni. tetibe. ahaha padahal kalau zaman kanak-kanak dulu kan ada main tulis-tulis buku biodata kan lepas tu ada tulis hobi memang section hobi tu konfem tidur. eh comelkan dulu time sekolah rendah main tulis-tulis buku biodata tu. I pun ada. tapi konfem laaa buku tu dah arwahkan mana-mana entah hilang. hu3. eh sebenarnya nak bercerita ala-ala ustajah sket. auww. ni cita-cita tak kesampaian nak jadi ustajah gituu. auww.

mari kita bertazkirah bersama ustajah hapijah. *sambil buat tangan macam kumpulan nasyid sekolah rendah* ngahaha.

herrmm semenjak dua menjak I dah tahu dah reti dah try sendiri skill-skill macam mana nak cari duit, satu je words yang I boleh describe. Susah. yee susahnyaaa nak cari duitkan.
then cuba kita fikir macam mana lah parents kita sturggle nak cari duit untuk besarkan kita. haih. dengan budak-budak zaman sekarang yang demand nak mati nya. nak apa semua main mintak jeee. and believe me parents korang takkan cakap taknye dengan apa yang kita mintak kannn. kann. eh I pernah je time kecik-kecik nangess guling-guling kat shopping complex sbb nak anak patung rabbit. bukannye dapat ponn, dapat penampar sedas settle terus balik. ngahaha. ganas kan bapak I dulu? wooo sampai sekarang kot ganas, kalau buat perangai sket tak payah tunggu dia bukak mulut, dia pandang je kita rasa macam nak nanges keinsafan dah. hohoho.

oke berbalik pada cerita tadi. ada tak mak bapak kita mintak balasan bila kita dah kerja? takdeee kaaannn. takdenye tetibe dia mintak bak meh semua duit gaji kau. takde kaann. so macam ni lah even diorang tak mintak tapi I rasa kita semua as anak-anak kena semat sifat tangggungjawab sikit kot. even diorang tak mintak bila kita kasi dengan ikhlas, i'Allah duit gaji kita tu mesti berkat even sikit kan?

Nak balas jasa our parents? memang tak terbalas laa kan kalau pakai duit. nak hadiahkan ape? i-phone? kereta? emas? nehii. nehiii tak setimpal oke. so mari semua. luangkan la masa sikit time nak doa lepas solat tu kan. sambil- sambil kita dok nak doa nak dapat laki hensem, kaya, auww. selitkanlah doa ni sekali eh? tak lama sekejap je.

Mari jadi anak yang solehah dengan mendoakan kedua ibu bapa kita. hadiah yang tidak ternilai oh. ingat lagi time kecik-kecik dulu ustazah sekolah rendah paksa hafal doa ni. sambil nanges-nanges takut kena pukul dengan pembaris kayu yang warna kuning yang panjan tuhh. peehh. mesti banyak pahala ustazah tu kan sebab ajar anak murid dia hafal doa ni. ;)

Robbighfir lii wa li waalidayya warhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”

sumber: media-islam.or.id


20 March 2011

broadband oh broadband

Assalamualaikum ;)

Nak tahu tak? nak tahu tak? oke fineee. tak nak tahu pun I nak cerita gak. +_________+
dekat rumah I beronline pakai broadband celcom. yeah broadband je tak de pakai wifi bagai tuh semua. Oke general knowledge la kan kalau pakai broadband celcom dia punya slow tu macam mana kan, rasa macam nak baling lappy dekat luar, tapi daddy I bukan tokey balak so kalau main baling-baling dah takde lappy dahh. wuuuwuuu. Bagus gak sebenarnye celcom punya line ni dia suruh kita practice mengamalkan cara hidup yang penuh dengan kesabaran. ngahaha.

So, sebab I kan dah lama menggunakan broadband celcom ni kan, uihh betul lamaa tak tipu, I punya modem guna yang memula celcom broadband nak popular tu yang huawei kaler hitam tu. haa so memang tidak boleh disangkal lagi laa kan I punya tahap kesabaran tu memang power ah lagi-lagi bila time belajar dulu duduk dalam hutan, wah dia punya line memang rasa macam nak mengeluarkan kata-kata kesatlah tapi naseb baik I ni penyabar orangnye auww. ngahaaha.
eh cop rasa macam dah tua dah bila guna ayat zaman belajar dulu. haih.

eh, oke sambung cerita lagi. then dah dua hari ni broadband I takde line langsung tau habis dah tak boleh nak jenguk-jenguk cityville haih. Bila melibatkan I punya cittyville kesabaran yang telah dikumpul selama ni memang dah kena letak tepi laaa kan. dia punya kemarahan tu lebih dari macan tak dapat nak siapkan assigment yang nak kena hantar pukul 5 esok tapi sekarang pukul 3pagi tak start buat ape-ape lagi kan. haih and again saya rasa sangat dah tua. oke bye.

hoii. hoii. inche celcom awak ingat saya bayar broadband ni guna duit kutip tepi jalan keee?? errr even bukan menggunakan duit hasil titik peluh I but stilllllllllll. bukan dapat duit jatuh dari atas langit kan. customer is always right, kita dah bayar apehal tetibe takde connection kan. kannn.

Dipendekkan cerita I pun call la celcom center. eh memang orang services center kena panggil orang 'Puan' eh? hoiii I gadis jelita yang gojes lagi okeh, even da cakap I cik dia still panggil puan. fineeeeeeeeeeeeeeeeee. ini boleh menimbulkan kemarahan. haih. tapi takpe lagi I kan baek, sopan santun, berbudi bahasa. eh apakah. ahahaha. oke then I yang berstatus puan ni pun meneruskan laa complaint pasal connection broadband tuh then bla. bla. bla. dia mintak semua mende bagai. then settle. boleh connect balik dah. then sebelum letak fon tu I tanya laa.

kenapa eh line selalu lembap?

then dia jawab oh saya boleh tukarkan setting line dari sini je? errr apakah? apakah?

still wondering dengan dia punya jawapan dengan sangat pelik sebab tetibe I punya line jadi super cepat dari biasa. eh kalau tahu la kan lepas call je boleh dapat line laju macam ni eh dari 2 tahun lepas I dah call tau. haih. +________________________+

16 March 2011

honesty

Ada sesiapa kat sini yang berani atau still lagi pandang sebelah mata atau pandang sambil tutup mata kat cikgu sekola rendah lagi cikgu darjah 1,2,3 tuh? meh sini i sekeh dia lelaajuuuuu. berani dia pandang sebelah mata yeee. Wooohooo mari semua tabik hormat pada para cikgu-cikgu sekalian. weh susah weh nak handle budak-budak sekolah rendah yang darjah 1,2,3 ni wooo boleh sawan sorang-sorang dekat dalam kelas tuh. Eh lupa nak cerita, ehem semua boleh panggil i teacher hapijah yewww. ahahaha. I sekarang buat part time jadi cikgu tuisyen semua subjek i boleh tibai ajar. ngahaha. time mengajar budak sekolah menengah tahan lagi tahu sebab diorang dah besar tapi bila ajar budak-budak kecik ni adoiyaiiiii boleh jadi speechless tahuuu! duk kita tengah mengajar tetibe ada budak boleh pulak cakap

"cikgu, cikgu kenapa gigi cikgu kebelakang?"

peh ada rase macam nak gigit budak tu pakai gigi i yang gojes ni tak??! gila ah naseb baek anak orang weeehhh. macam-macam kerenah diorang ni, kita duk mengajar kat depan derang main tolak-tolaklaaa kat belakang adoiyaaiiii. ni baru sepuluh 8 orang dalam kelas kalau 40 orang? okeh tabik lagi sekali dekat cikgu-cikgu semuaaa.

Yang tu baru cerita pasal budak sekolah rendah je barruuuu, time mengajar sekolah menengah pulak lagi satu hal, kita duk mengajar kat depan dia boleh main game kat belakang.ye laa budak dah besar kaannn,jadi perangai pon dah macam-macam bentuk kan. hp derang peh lagi canggih dr hp cikgu. haih.
Ada sekali tu time tersalah masuk dekat kelas budak form berapa entah form 4 rasenye diorang ingat I classmate derang. muahaha, awet muda tak i? errr sebenarnye time tu terfikir gak aku ni selebet sangat ke sampai derang ingat aku classmate derang takde tokoh cikgu ke hape? haihh. susah sebenarnya nak jadi pendidik ni. haih.

satu benda yang I belajar bila jadi guru ni ialah, budak-budak ni semua sangat jujur dengan apa yang diorang rasa. diorang sangat transparent, apa yang diorang rase itu lah yang diorang terus sampaikan. tapi as we grown up sifat jujur tu semua terhakiskan? tapi kadang-kadang kita kena juga ada sifat tidak transparent untuk menjaga hati, keji sangat ke sifat tu?

dah la nanti teremo over pulak, oke bye nak buat rancangan mengajar untuk sebulan. peh2, rasa macam main cikgu2 pulak. ngahaha

06 March 2011

pantun

10:30pm

pulau pandan jauh ketengah,
gunung daik bercabang tiga,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi di bawa mati.

yeah friends hutang budi di bawa mati.

weh apesal pantun i tak rhyme? apakah?

15 February 2011

tips temuduga

12:58 am

apakah tips? ngahaha. macam best je kan nak tepek tips bagai. ye kepada mereka-mereka yang seperti saya sedang mencari-cari, tercari-cari akan kerja yeaa sebelum dapat kerja kita harus pergi interview dulu ye rakan-rakan. +_________________+

Korang jangan jadi macam I sudah laa eh, first time nak pergi interview tak boleh tido seehh. so duk terkebil-kebil je la sambil guling-guling atas katil sebab nerves nak arwah time tu. ngahaha. apelaaa, so lepas solat subuh terus siap-siap bagai pukul 7.3o pg dah siap bersila padahal nak g pukul 9 tak ke semangat gilaaaa tuh. tapi bila dah ber'time-time' terus rasa nak bangun pon alahaiii malas nyewwwww. auwwww.

oke 3 tips berguna time nak pergi interview, percaya laa weh tips ni tak tipu dah try tauu. ;)

+ pastikan anda memakai kasut yang selesa. yeeee kasut yang selesa ye rakan-rakan bagi mengelakkan kasut anda tiba-tiba jadi macam eh laaa patut laa pelik semacam je rupa-rupanya dah jadi mulut buaya. tsskk. naseb baik kat kereta ada kasut spare kalau tak kena jalan kaki ayam. apakah? terus orang yang interview tu rase mcm nak terus suruh kerja time tu jugak kannnn.

+ sentiasa berpura-pura tenang dan memeliki konfiden yang tinggi sampai rasa macam nak lempang diri sendiri. walaupun time tu rase macam nak terberryy ke ape ke muka cuak ke, mari laa kita berlagak biasa dan tenang dengan berselawat banyak-banyak dan baca surah alam nashrah tu utk di minta di permudahkan urusan kita. yang part konfiden tu jangan konfinden tak tentu pasal pulak laa ye sampai termasuk time orang tgh meeting, oh pleasee no. no. percayalah cakap saya malu gilaaa weh. rasa macam nak lari balik time tu jugak tapi apa kan daya. haih. konfiden yang tahap hard core di perlukan bila nak jawab soalan why should i hire u? yee walaupun rasa macam nak muntah hijau sebab memuji diri sendiri ke tahap maksima tapi silalaaa yee jangan segan-segan. confirm korang akan rasa macam eh aku ke ni, nape rase macam aku berwawasan sangat sampai nak mintak lempang laju-laju ni, tapi itu tidak mengapa demi kerjaya yang diidam-idamkan.

+ doa dan tawakal. bila da usaha semua, sampai lah time kita nak serahkan segalanya kepada Dia. kita kena percaya rezeki itu semua datang dari Allah and jangan risau adalah rezeki kita yang dah dijanjikan olehNya tak kira la cepat or lambat. have a faith oke. ;)

benda paling tak best bila interview ialahhhh. tadaaaaa. korang akan jarang jumpa dengan jejaka yang kacakkkk!! arghh tensi tahu, semua candidates adalah perempuan kiranye nisbah dia kalau ada 10 orang 8 org pmpuan then lagi dua ketul lelaki. apakah?
ehh ni nak cari kerja ke nak cari laki hapijahh oii. tengok niat pon dah salah. haih. ahaha. oke byeee.

lesson to be learn : weh silaa la hantar resume sebulan sebelum korang gerad kalau tidak nanti jadi macam i. ahaha. doakan saya dapat kerja cepat ye korang. terima kasih. ;)


15 January 2011

mari memasak!

06:00pm

Mari-mari semuaaaa. mari kita memasak bersama-sama si gojes cik nughul hapijah *mcm comel syaz bg nama ni* yaaaww. okeh semua, dah ready sudip? kuali? pen? kertas? oke good. sekarang mari mulaaaa. oke first step, mari kita siang ikan. eh. errr. errmmmmm. oke fine siapa yang tak reti siang ikan, sila angkat tangan! baeklah. jangan risau kerana cik nughul hapijah pun tak reti nak siang ikan. gila kan umur dah masuk 23 tahun berani ngaku tak reti siang ikan. ni anak dara spesis hape pun I tak tahu. lepas tu berangan nak kahwen esok, lusa. +_____+

takpe. takpe. jangan risau. jangan rungsing. tak reti siang ikan tak semestinye kita tak reti masak kan. kan. kita boleh masak benda lain. contohnya telur dadar letak bawang dengan cili banyak-banyak-banyak lepas tu makan dengan nasik putih dengan kicap, sedap woooohh. see siapa kata i tak reti masak? nak goreng telur pun kena ada skill tau kalau tak mesti telur tu huduh dengan sememeh semacam je kan. eh, nak salahkan mak i boleh tak? dia selalu guna ayat alaa tak payah tolong laa mama bukan nak masak untuk kenduri satu taman ni pon.
eh derhaka tak? ampunn. eheheh. so, bakal encik kakanda adiwira dewatakuh fahamilah bahawa bakal cik adinda tun teja mu ini tak reti siang ikan. kita makan telur goreng hari-hari la eh? ngahahaha. ;)

sesiapa ada perasan kat atas i mention telur goreng tu letak cili banyak-banyak-banyak? oke tak perasan finee. ye betul saya penggemar cili yang tegar. eh bukan cili besar yang tak pedas langsung tu pleasee la cili tu i makan waktu kanak-kanak je tau. ahaaha. makanan kalau tak pedas rasa macam tengah makan makanan budak 4 tahun je kan? kan? mama i selalu tensii je kalau dia masak tak pedas. takpe-takpe, i rela saket perut masuk toilet 14 kali lepas makan pedas tu janji kita mesti menikmati setiap biji cili yg ada dekat situ kan. contoh macam mee hoon sup mesti kena ada sambal kicap yang pedas tahap dewaa kan. fuhh. lepas tu saya ada laaa satu kawan ni nama dia nurul sakinah, bakal dr neh. then dia pun bebel-bebel laaa.
hey, nt tahu tak makan pedas tak elok untuk perut tau sbb perut tu takde reseptor sebab tu dia tak rasa. bla. blaa. blaa.
oke kinah get it. thank you. ;) tapi memang tak boleh lah nak stop makan makanan yg pedas ni macam addicted tahu. habislaa kalau bakal kekanda adiwira dewatakuh tak makan pedas. macam mana?
eh cop jap, bukan memula tadi kita nak cerita pasal masak ke? apa masuk pasal makanan neh? tsskk.

sudah-sudah mari kita berbalik kepada edisi mari memasak kita pada hari ini. tidak mengapa ye rakan-rakan kalau orang kutuk kita tak reti masak ke hape. takpe. takpe. jadi kan itu semangat yang membara untuk kita lebih termotivated untuk memasak di dapur. ye laa, semenjak dah official jadi penanam anggur ni kan, so i pun macam dah terinsaf sket nak belajar memasak so oke laaa reti laa masak few lauk. bukannye ape, saje je i buat-buat humble tak reti masak kan sebab nanti kalau i masak hari-hari orang kering air mata pulak sebab i masak sedap sangat asal makan je nak nanges kan. *oke bole sepak lelaju* ahaha.

semenjak dah reti masak ni kan. i dengan sukacita dan tak kedekut ilmu ni pun nak laa share resepi yang susah nak mati. eh susah tau nak masak ni kena ada skill yang supper dupper tinggi, bukan calang-calang orang boleh buat ni. kira kalau korang berjaya buat resepi ni, memangg fuhh terbaik laa. tabik springg laa. mari. mari.

resepi pertama. milo tabur yang sedap sampai ketitisan terakhir si sandy

step 1 : sila ambil air sejuk yang sudah disejukkan di dalam fridge. yang diluar fridge tidak diterima ye kerana dikhuatiri resepi tidak menjadi. tuang ke dalam cawan ke mug ke jug ke kira sukahati korang la nk minum banyak mana.

step 2 : masukkan milo kedalam cawan/jug/mug/cerek yang telah dituangkan air tadi. sukatan milo bergantung kepada air yang telah dicurahkan tadi ye.

step 3 : kacau sehingga sebati. lepas tu hasilnya ada serbuk-serbuk milo terapung-apung mana di permukaan cawan anda. haaa kira jadi la tuh.

step 4 : boleh la minum. marveles wehh.

actually i ada resepi aiskrim yang sedap jugak tapi macam malas nak merepek lagi. sebab nak masak dinner pulak ni. ahahah. gempak kan masak dinner tuh. padahal masak sambal tumis je. ahhah. okie dokiee selamat mencuba.

02 January 2011

yang manis itu persahabatan.

5:10am

pada suatu hari, saya sangat berdebar-debar. tangan macam gigil-gigil nak tekan mouse nak pergi dekat web page www.uniten.edu.my. jantung macam nak terkeluar. tapi saya gagahi jugak untuk click ke result for student november 2006 intake. err lebih kurang macam tu lah ayat dia. sambil pejam-pejam mata. kepit-kepit kaki. baca bismillah segala jenis selawat duk baca sebelum click tu then Alhamdullilah. dapat pergi sambung belajar. wuuhuuu.

tapi saya musykil celahhh mana lah muadzam shah tu weh? failll la pahang punya marketing nak popular kan muadzam. haih fail. fail. eh ni kutuk pahang kena saman nanti. eh. ampun tuanku. zaman doluu-doluuuuu ehehe, tak. tak bukan zaman tahun 1986 tahun 2006 je, eh tapi kira dolu-dolu laaa kan, zaman tuh i tak maju lagi. mana reti menatang google-google maps neh. so pasrah aje la tak dapat nak bayang muadzam tu kat mana.

huuu mak aih. hutan belantara rupanya. tapiii dalam hutan simpan hujan tropika tu lah saya jumpa mereka-mereka-mereka-mereka ni semua. eh tak mereka bukan penjaga hutan. eh tak bukan orang asli gak. heyppp gojes ni mereka semua. ahaha.

diorang. never been replace. awesome. takde diorang alamat tertonggeng sorang-sorang la aku kat sana jadi geek dengan nerd g kelas sorang-sorang. makan sorang-sorang. takde kawan nak gosip. haih. dah. dah. looser naaaa bunyinye. haih. ahahaha.


my roomate for 3 years and a half. always there for me

eh dah besarrrr da dia. da konvoo dah. tssk. menunjukkan kami semakin tua

kami anti makanan berkolestrol tinggi. sbb tu kami selim. auww.

they know me better.
g4! sudah gaduh. nanges. gaduh. baik. sayang. 3 1/2 years bebeh!

bangun lambat sama-sama. ponteng kelas sama-sama. we rocks! eheheh

muka tak tido berhari-hari. fasi berdedikasi kata. auwww. *muntah

adek saya yang muka ganas dalam hati ada rumpai laut.

adek saya. chloe sandy saya. saya rasa nak sepak dia laju-laju pun ada.

adek saya juga. saya suka sakat dia. dia redha je.

teman gosip saya. madu no 2 saya.


adek saya yang sengal.

adek saya. munchet saya. comel kannn?

adek-adek saya juga. muka ganas kan dua-dua? tapi manja nak mati oh.

adek saya. adek saya. kdg-kdg saya konfius sape yg adek. ahaha

tidakkk. saya tak pregnant. arggghhhh

campur semuaa. habiss laaa.

family big momma. 2 org kakak yg satukan kami.

muadzam next top model. *muntah lagi

oke control. kami sopan.


time kuiz saya selalu tiru dia. ;)

eh derama kan? tgk ramai org sayang i dgn farah. auww. oke perasan.


halaaa dah tak tahu nak bagi caption ape. demmm



saya selalu pow nota diorang. wink-wink




si azuraaa. adek saya juga. :)


sisters. sisters. sisters

half of my classmate.



walaupun kita jauh. walaupun kita maybe jarang contact. heypp jangan sesekali korang rasa i lupa korang. korang kalau lupa i, i sepak lelaju. saket perut seminggu. eheheheh. korang. korang. korang semua ada special place in my heart. terima kasih kawan, sahabat, teman, rakan kerana mempelangikan hidup saya.

ukhuwwah fillah fi abadan abada. ;)
till we meet again.

ukhuwwah doesn't always need togetherness.
doesn't need everyday conversation.
as long as the friendship lives in the doa.
it remains abadan abada. always.

bunch of loves.

bihaaaa penat i cari gambar kita. takde weh. macam mana. tak dpt nk display madu i. hmphh


hati tertinggal di 2010

11:50 pm

02.01.2011. jom kahwin date cantik ni. ahahaha. oke gatal. diam. haih. dah hari kedua tahun baru dah. sekejap je kan? lepas tu tetibe dah 01.01.2012 eh over. oke. macam sekejap je dah habis setahun. macam pejam celik. pejam celik. makan. tido. makan kagi. tido lagi. golek kiri. golek kanan. gaduh sini. gaduh sana. touching sini sikit. touching sana sikit. sayang awak. sayang saya. eh tetibe sekali dah haaaabisss setahun. rasa macam tak rasa dah setahun. rasa macam masa berlalu sekejap sangat kan, lepas tu benda yang baru jadi last week ke ape ke rasa macam eh dah lama past benda tu. haih. terkeluar ayat orang tua pulak. eh tua? haa kan rasa macam dah tua sangat la pulak, kiranya tahun ni dah masuk 23? err 23? tuaa kann dah macam tak boleh feeling-feeling muda remaja belia. haih. eh tapi lamaaa lg nak 23 bulan 11 nanti baru 23. eheheh. ;)

apa yang best eh tahun 2010? macam semua orang nak review apa yang jadi tahun lepas so nak jugak laa. apa eh yang best tahun lepas? eerrrrrrrrrrrrrr.................

eheemmmmmmmmmmmm.

fikir. fikir. ingat balik. korek-korek sikit otak yang dah berhabuk neh. fuhh. fuhhhhh.

weh dah tak ingat. macam mana eh? oh sumpah I da makin pelupa dan tua weh. apa ni. apa ni lupa dah apa jadi time bulan 2,3,4,5,6. ohhh tidak. nanti nak cerita apa kat anak cucu cicit piut semua. haih. kecewa disitu. demmm.
ingat seketul dua je benda yang best. tu pun sebab dah hujung-hujung tahun 2010. ahaha. ni rasanye dah makan sepuluh guni semut laa gamaknyaaa. haih lagi sekali.

cuma ingat ni je.

november
+ oh saya dah besar sebab saya dah grad. Allhamdullilah, bachelor of finance complete! done! hoyeaahhh ;) dah 4 tahun duk muadzam lalu semua apa itu cabaran. ewah cabaran, ayat tak nak kalah. eh, cabaran ape nak bangun kalau ada kelas pukul 8. eh kantoi susah bangun pagi. eh sapa yang tulis ni? heyp jatuh saham i. dengan soalan final exam final sem macam rasa nak mengeluarkan kata-kata kesat, takpun rasa macam nak meraung-raung sambil jawab exam tuh lepas tu lepas exam takut fail. apakah? so ending dia bulan 11 hari tuh habis tutup buku diari seorang pelajar. dah nanges-nages bagai. yeah part of my life started from there. my friends semua yang never been replace. the best memory ever. muadzam. ;) Alhamdullilah lagi sekali ijazah sarjana muda. done.

+ yeah, me turn to 22! huiyoo dah anak dara sunti gitu. auwww. ngaaa.

lagi? laagii? errrrr. weh 2 benda tu je ingat weh. apakah? kotak memori kuh sudah tidak berfungsikah? demm.

habis sudah tahun 2010. tahun 2011 pulak datang. ada azam? ada kottt. yang lepas pun tak accomplish lagi. macam mana? haih. tapi gedik nak jugak azam baru. okeee mari berangan azam baru apa. hoyeehhh. sayonara 2010. kita takkan bertemu lagi. pergilah engkau dengan membawa kisah yang tidak sempurna dalam hidup ku.