26 April 2010

puisi tentang rindu.

06:15pm

kerinduan itu telah menganggu lenaku.
kerinduan itu telah membuatkan putaran hidupku terasa pincang.
oh. sesungguhnya aku benar-benar dalam kerinduan.

rindu kepada megi kembang hasil dari air tangan sara atau iza.

rindu juga untuk nasi goreng dengan kasih sayang dari farah najwa ataupun azura

rindu terhadap waffle chocolate blueberry di Tunas Manja.

rindu akan burger makcik itu di highway.

rindu untuk bersantap malam di Wawa.

rindu ku juga kepada setiap kali tibanya waktu tengah hari ketika menjamu selera di kedai pakcik atau hanya menikmati bihun sup di gerai batu.

rindu untuk pergi ke Petronas tanpa arah tujuan dan hanya membeli keropok kegemaran kami iaitu keropok ikan cap pinggan ataupun aiskrim milo.

oh. oh. sesungguhnya kerinduan terhadap rutin harian itu.

errr. consider puisi ke kat atas tu? ahahah. :)
bila perut dah bunchet. pipi sudah tembam lagi mahu bising complaint. diamlah! ;)

1 comment: