15 January 2011

mari memasak!

06:00pm

Mari-mari semuaaaa. mari kita memasak bersama-sama si gojes cik nughul hapijah *mcm comel syaz bg nama ni* yaaaww. okeh semua, dah ready sudip? kuali? pen? kertas? oke good. sekarang mari mulaaaa. oke first step, mari kita siang ikan. eh. errr. errmmmmm. oke fine siapa yang tak reti siang ikan, sila angkat tangan! baeklah. jangan risau kerana cik nughul hapijah pun tak reti nak siang ikan. gila kan umur dah masuk 23 tahun berani ngaku tak reti siang ikan. ni anak dara spesis hape pun I tak tahu. lepas tu berangan nak kahwen esok, lusa. +_____+

takpe. takpe. jangan risau. jangan rungsing. tak reti siang ikan tak semestinye kita tak reti masak kan. kan. kita boleh masak benda lain. contohnya telur dadar letak bawang dengan cili banyak-banyak-banyak lepas tu makan dengan nasik putih dengan kicap, sedap woooohh. see siapa kata i tak reti masak? nak goreng telur pun kena ada skill tau kalau tak mesti telur tu huduh dengan sememeh semacam je kan. eh, nak salahkan mak i boleh tak? dia selalu guna ayat alaa tak payah tolong laa mama bukan nak masak untuk kenduri satu taman ni pon.
eh derhaka tak? ampunn. eheheh. so, bakal encik kakanda adiwira dewatakuh fahamilah bahawa bakal cik adinda tun teja mu ini tak reti siang ikan. kita makan telur goreng hari-hari la eh? ngahahaha. ;)

sesiapa ada perasan kat atas i mention telur goreng tu letak cili banyak-banyak-banyak? oke tak perasan finee. ye betul saya penggemar cili yang tegar. eh bukan cili besar yang tak pedas langsung tu pleasee la cili tu i makan waktu kanak-kanak je tau. ahaaha. makanan kalau tak pedas rasa macam tengah makan makanan budak 4 tahun je kan? kan? mama i selalu tensii je kalau dia masak tak pedas. takpe-takpe, i rela saket perut masuk toilet 14 kali lepas makan pedas tu janji kita mesti menikmati setiap biji cili yg ada dekat situ kan. contoh macam mee hoon sup mesti kena ada sambal kicap yang pedas tahap dewaa kan. fuhh. lepas tu saya ada laaa satu kawan ni nama dia nurul sakinah, bakal dr neh. then dia pun bebel-bebel laaa.
hey, nt tahu tak makan pedas tak elok untuk perut tau sbb perut tu takde reseptor sebab tu dia tak rasa. bla. blaa. blaa.
oke kinah get it. thank you. ;) tapi memang tak boleh lah nak stop makan makanan yg pedas ni macam addicted tahu. habislaa kalau bakal kekanda adiwira dewatakuh tak makan pedas. macam mana?
eh cop jap, bukan memula tadi kita nak cerita pasal masak ke? apa masuk pasal makanan neh? tsskk.

sudah-sudah mari kita berbalik kepada edisi mari memasak kita pada hari ini. tidak mengapa ye rakan-rakan kalau orang kutuk kita tak reti masak ke hape. takpe. takpe. jadi kan itu semangat yang membara untuk kita lebih termotivated untuk memasak di dapur. ye laa, semenjak dah official jadi penanam anggur ni kan, so i pun macam dah terinsaf sket nak belajar memasak so oke laaa reti laa masak few lauk. bukannye ape, saje je i buat-buat humble tak reti masak kan sebab nanti kalau i masak hari-hari orang kering air mata pulak sebab i masak sedap sangat asal makan je nak nanges kan. *oke bole sepak lelaju* ahaha.

semenjak dah reti masak ni kan. i dengan sukacita dan tak kedekut ilmu ni pun nak laa share resepi yang susah nak mati. eh susah tau nak masak ni kena ada skill yang supper dupper tinggi, bukan calang-calang orang boleh buat ni. kira kalau korang berjaya buat resepi ni, memangg fuhh terbaik laa. tabik springg laa. mari. mari.

resepi pertama. milo tabur yang sedap sampai ketitisan terakhir si sandy

step 1 : sila ambil air sejuk yang sudah disejukkan di dalam fridge. yang diluar fridge tidak diterima ye kerana dikhuatiri resepi tidak menjadi. tuang ke dalam cawan ke mug ke jug ke kira sukahati korang la nk minum banyak mana.

step 2 : masukkan milo kedalam cawan/jug/mug/cerek yang telah dituangkan air tadi. sukatan milo bergantung kepada air yang telah dicurahkan tadi ye.

step 3 : kacau sehingga sebati. lepas tu hasilnya ada serbuk-serbuk milo terapung-apung mana di permukaan cawan anda. haaa kira jadi la tuh.

step 4 : boleh la minum. marveles wehh.

actually i ada resepi aiskrim yang sedap jugak tapi macam malas nak merepek lagi. sebab nak masak dinner pulak ni. ahahah. gempak kan masak dinner tuh. padahal masak sambal tumis je. ahhah. okie dokiee selamat mencuba.

02 January 2011

yang manis itu persahabatan.

5:10am

pada suatu hari, saya sangat berdebar-debar. tangan macam gigil-gigil nak tekan mouse nak pergi dekat web page www.uniten.edu.my. jantung macam nak terkeluar. tapi saya gagahi jugak untuk click ke result for student november 2006 intake. err lebih kurang macam tu lah ayat dia. sambil pejam-pejam mata. kepit-kepit kaki. baca bismillah segala jenis selawat duk baca sebelum click tu then Alhamdullilah. dapat pergi sambung belajar. wuuhuuu.

tapi saya musykil celahhh mana lah muadzam shah tu weh? failll la pahang punya marketing nak popular kan muadzam. haih fail. fail. eh ni kutuk pahang kena saman nanti. eh. ampun tuanku. zaman doluu-doluuuuu ehehe, tak. tak bukan zaman tahun 1986 tahun 2006 je, eh tapi kira dolu-dolu laaa kan, zaman tuh i tak maju lagi. mana reti menatang google-google maps neh. so pasrah aje la tak dapat nak bayang muadzam tu kat mana.

huuu mak aih. hutan belantara rupanya. tapiii dalam hutan simpan hujan tropika tu lah saya jumpa mereka-mereka-mereka-mereka ni semua. eh tak mereka bukan penjaga hutan. eh tak bukan orang asli gak. heyppp gojes ni mereka semua. ahaha.

diorang. never been replace. awesome. takde diorang alamat tertonggeng sorang-sorang la aku kat sana jadi geek dengan nerd g kelas sorang-sorang. makan sorang-sorang. takde kawan nak gosip. haih. dah. dah. looser naaaa bunyinye. haih. ahahaha.


my roomate for 3 years and a half. always there for me

eh dah besarrrr da dia. da konvoo dah. tssk. menunjukkan kami semakin tua

kami anti makanan berkolestrol tinggi. sbb tu kami selim. auww.

they know me better.
g4! sudah gaduh. nanges. gaduh. baik. sayang. 3 1/2 years bebeh!

bangun lambat sama-sama. ponteng kelas sama-sama. we rocks! eheheh

muka tak tido berhari-hari. fasi berdedikasi kata. auwww. *muntah

adek saya yang muka ganas dalam hati ada rumpai laut.

adek saya. chloe sandy saya. saya rasa nak sepak dia laju-laju pun ada.

adek saya juga. saya suka sakat dia. dia redha je.

teman gosip saya. madu no 2 saya.


adek saya yang sengal.

adek saya. munchet saya. comel kannn?

adek-adek saya juga. muka ganas kan dua-dua? tapi manja nak mati oh.

adek saya. adek saya. kdg-kdg saya konfius sape yg adek. ahaha

tidakkk. saya tak pregnant. arggghhhh

campur semuaa. habiss laaa.

family big momma. 2 org kakak yg satukan kami.

muadzam next top model. *muntah lagi

oke control. kami sopan.


time kuiz saya selalu tiru dia. ;)

eh derama kan? tgk ramai org sayang i dgn farah. auww. oke perasan.


halaaa dah tak tahu nak bagi caption ape. demmm



saya selalu pow nota diorang. wink-wink




si azuraaa. adek saya juga. :)


sisters. sisters. sisters

half of my classmate.



walaupun kita jauh. walaupun kita maybe jarang contact. heypp jangan sesekali korang rasa i lupa korang. korang kalau lupa i, i sepak lelaju. saket perut seminggu. eheheheh. korang. korang. korang semua ada special place in my heart. terima kasih kawan, sahabat, teman, rakan kerana mempelangikan hidup saya.

ukhuwwah fillah fi abadan abada. ;)
till we meet again.

ukhuwwah doesn't always need togetherness.
doesn't need everyday conversation.
as long as the friendship lives in the doa.
it remains abadan abada. always.

bunch of loves.

bihaaaa penat i cari gambar kita. takde weh. macam mana. tak dpt nk display madu i. hmphh


hati tertinggal di 2010

11:50 pm

02.01.2011. jom kahwin date cantik ni. ahahaha. oke gatal. diam. haih. dah hari kedua tahun baru dah. sekejap je kan? lepas tu tetibe dah 01.01.2012 eh over. oke. macam sekejap je dah habis setahun. macam pejam celik. pejam celik. makan. tido. makan kagi. tido lagi. golek kiri. golek kanan. gaduh sini. gaduh sana. touching sini sikit. touching sana sikit. sayang awak. sayang saya. eh tetibe sekali dah haaaabisss setahun. rasa macam tak rasa dah setahun. rasa macam masa berlalu sekejap sangat kan, lepas tu benda yang baru jadi last week ke ape ke rasa macam eh dah lama past benda tu. haih. terkeluar ayat orang tua pulak. eh tua? haa kan rasa macam dah tua sangat la pulak, kiranya tahun ni dah masuk 23? err 23? tuaa kann dah macam tak boleh feeling-feeling muda remaja belia. haih. eh tapi lamaaa lg nak 23 bulan 11 nanti baru 23. eheheh. ;)

apa yang best eh tahun 2010? macam semua orang nak review apa yang jadi tahun lepas so nak jugak laa. apa eh yang best tahun lepas? eerrrrrrrrrrrrrr.................

eheemmmmmmmmmmmm.

fikir. fikir. ingat balik. korek-korek sikit otak yang dah berhabuk neh. fuhh. fuhhhhh.

weh dah tak ingat. macam mana eh? oh sumpah I da makin pelupa dan tua weh. apa ni. apa ni lupa dah apa jadi time bulan 2,3,4,5,6. ohhh tidak. nanti nak cerita apa kat anak cucu cicit piut semua. haih. kecewa disitu. demmm.
ingat seketul dua je benda yang best. tu pun sebab dah hujung-hujung tahun 2010. ahaha. ni rasanye dah makan sepuluh guni semut laa gamaknyaaa. haih lagi sekali.

cuma ingat ni je.

november
+ oh saya dah besar sebab saya dah grad. Allhamdullilah, bachelor of finance complete! done! hoyeaahhh ;) dah 4 tahun duk muadzam lalu semua apa itu cabaran. ewah cabaran, ayat tak nak kalah. eh, cabaran ape nak bangun kalau ada kelas pukul 8. eh kantoi susah bangun pagi. eh sapa yang tulis ni? heyp jatuh saham i. dengan soalan final exam final sem macam rasa nak mengeluarkan kata-kata kesat, takpun rasa macam nak meraung-raung sambil jawab exam tuh lepas tu lepas exam takut fail. apakah? so ending dia bulan 11 hari tuh habis tutup buku diari seorang pelajar. dah nanges-nages bagai. yeah part of my life started from there. my friends semua yang never been replace. the best memory ever. muadzam. ;) Alhamdullilah lagi sekali ijazah sarjana muda. done.

+ yeah, me turn to 22! huiyoo dah anak dara sunti gitu. auwww. ngaaa.

lagi? laagii? errrrr. weh 2 benda tu je ingat weh. apakah? kotak memori kuh sudah tidak berfungsikah? demm.

habis sudah tahun 2010. tahun 2011 pulak datang. ada azam? ada kottt. yang lepas pun tak accomplish lagi. macam mana? haih. tapi gedik nak jugak azam baru. okeee mari berangan azam baru apa. hoyeehhh. sayonara 2010. kita takkan bertemu lagi. pergilah engkau dengan membawa kisah yang tidak sempurna dalam hidup ku.