03 May 2011

If you fail to plan, you plan to fail

Assalamualaikum ;)

Ye saya, yes I do admit yang saya antara orang yang paling tak reti untuk merancang. Sejak dari zaman azali dulu-dulu kira dari zaman kanak-kanak dulu lah, saya memang failed bab rancang merancang ni. pernah jugak try, hep. hep. bukan tak pernah try. dah sedaya upaya try tapi sekerat jalan je bertahan. wahaha. kira saya ni memang ngam la dengan peribahasa hangat-hangat tahi ayam. wohh memang cocok gitu. auwww.

Saya memang berpegang teguh dengan konsep go with the flow. redah je apa depan mata. redha dan berserah je. wahaha senang kan hidup, rasa macam orang tak berwawasan pon ada gak. adeh laa. Tapi seronok bila buat kerja macam ni, macam thrill gitu sebab kita tak ada letak apa-apa expectation pon kan. Thrill apa kebendanya padahal, saya ni memang tergolong dalam golongan yang pemalas tegar yang harus kena sekeh laju-laju je sebab tak reti nak plan hidup langsung kan. haih.

Saya start discover yang saya ni jenis orang yang tak reti plan apa arah tujuan hidup ni, bila nak masuk tingkatan empat. kan bila lepas dah habis PMR kita kena pilih nak masuk sains or sastera kiranya kat sekolah saya dulu dia offer 2 je either masuk kelas sains ke sastera, ermm sastera ni kira macam belajar ekonomi and account la. Cerita start bila dah jejak kaki kat tahun form 4 tu kan, kira time seminggu tu kita diberi choice dan time untuk fikir nak masuk aliran mana. Time tu saya dah tak fikir ape dah, takde nye fikir boleh bawak ke tak subjek tu, minat ke tak and bla.bla.bla semuanya lah and guess what saya membuat keputusan nak masuk kelas sains sebab kawan-kawan yang rapat semua masuk kelas sains. boleh macam tu? wahaha. takde pendirian langsungkan. Maka bermulalah kehidupan baru, harung je la semua tuh tapi saya tak pernah menyesal sebab saya memang percaya pada go with the flow.

Lepas dah tutup cerita sekolah menengah, kena buka chapter baru dalam hidup kita kan, ye lah bila dah dapat keputusan SPM mesti la nak pilih nak ambil course apa kan. Then sekali lagi without any planning saya terjun dalam bidang yang totally lain dari apa yang saya belajar time sekolah menengah dulu and Alhamdullillah saya tetap percaya pada go with the flow punca konsep itu dan saya dapat juga habiskan degree dengan jayanya. errr kira berjaya jugak la walaupun tak dapat dean list kan. wahahha. so siapa kata if you fail to plan, you plan to fail? menipu orang putih ni eh. tengok saya dah boleh approve kan yang go with the flow pon boleh berjaya apa? wahaha

Sebenarnya tak bagus jugak kita tak pandai plan ni, sebab secara teorinya bila kita ada plan kita ada goal kan so kita akan berusaha untuk capai kita punya target. yeah, and now sekarang ni saya tengah belajar dan cuba untuk beristiqamah dalam planning kehidupan kuh lepas habis belajar ni.hu3. semoga berterusan lah kan, sebab bila fikir-fikir balik dah besar ni kena pandai planning kot sebab kita dah keluar dari comfort zone kita kan.

Bila dah masuk alam pekerjaan pon, saya tak plan saya nak jadi apa. saya apply je semua lepas tu redha je dapat apa. bila dah dapat tu baru lah terfikir oh aku seharusnya plan aku nak masuk bidang apa kan sebab kalau tak memang sangat laahh sakit. haih.

so mari kita start planning sekarang. oke plan no 1 nak kawen umur 27 so kena cari kekasih hati sekarang so pelaksanaannya kalau nak kahwin dengan anak raja kena pergi guling-guling kat depan kebun bunga istana tuh hari-hari. wahahaa. Oke bye, nak start planning ape pulak eh lepas ni selain dari nak kawen dengan jejaka kacak dan kaya. wahaha.

tapi kita sebagai orang islam kita kena pegang dengan janji Allah yang pasti ini ;

kita merancang, Allah juga merancang dan Allah ialah sebaik-baik perancang.

dulu ada juga bisikan syaitonnirajim ni kan yang duk hasut kita hari-harikan, pernah juga lah terfikir kenapa aku macam ni, kenapa aku tak dapat apa yang aku nak lepas tu duk compare-compare kita dengan rezeki orang lainkan. dan time ni memang syaitan-syaitan semua bersorak kemenangan lah kan sebab dia dah berjaya hasut insan yang hina ini. haih. then bila saya cakap dengan abah saya, then bila abah bagi setepek sekali baru lah tersedar yang kita jangan mempersoalkan rezeki Allah dan kita kena percaya yang Allah sudah menyediakan rezeki yang terbaik untuk kita tunggu masanya sahaja cepat atau lambat. so jangan mengeluh lagi ye rakan-rakan untuk sesiapa yang rasa dia pernah rasa kekecewaan dan mula compare rezeki kita dengan rezeki orang lain. sabar eh, Allah sentiasa bersama kita. ;)

anyway tipu je la proverb yang if you fail to plan. you plan to fail. wahahaha.

3 comments:

  1. muahaha! same je la kot. otak tak berkembang. malas nak fikir. malas malas malas. neuron semua dah mati. huu. T___T

    dah terjun bidang-keluar-keluar-terus-wajib-berkhidmat ni lagi lah. buat ai langsung tak fikir hapehape langsung. redah je la. tsk. sadis.

    ReplyDelete
  2. kui kui kui.. nak guling2 kat taman di raja jugak ni.meh la plan taman di raja mana

    ReplyDelete
  3. et : haah saya setuju ngn awak, malas nak pikir sbnarnye.hu3. so marilah selamat meredah! ahaha.

    puan comei : jom akak jom, kita start yg kat dpn danga bay tu pon oke gak tp jgn smpai kena halau ngn pak gad sudah la kan. ehehhe

    ReplyDelete