15 January 2011

mari memasak!

06:00pm

Mari-mari semuaaaa. mari kita memasak bersama-sama si gojes cik nughul hapijah *mcm comel syaz bg nama ni* yaaaww. okeh semua, dah ready sudip? kuali? pen? kertas? oke good. sekarang mari mulaaaa. oke first step, mari kita siang ikan. eh. errr. errmmmmm. oke fine siapa yang tak reti siang ikan, sila angkat tangan! baeklah. jangan risau kerana cik nughul hapijah pun tak reti nak siang ikan. gila kan umur dah masuk 23 tahun berani ngaku tak reti siang ikan. ni anak dara spesis hape pun I tak tahu. lepas tu berangan nak kahwen esok, lusa. +_____+

takpe. takpe. jangan risau. jangan rungsing. tak reti siang ikan tak semestinye kita tak reti masak kan. kan. kita boleh masak benda lain. contohnya telur dadar letak bawang dengan cili banyak-banyak-banyak lepas tu makan dengan nasik putih dengan kicap, sedap woooohh. see siapa kata i tak reti masak? nak goreng telur pun kena ada skill tau kalau tak mesti telur tu huduh dengan sememeh semacam je kan. eh, nak salahkan mak i boleh tak? dia selalu guna ayat alaa tak payah tolong laa mama bukan nak masak untuk kenduri satu taman ni pon.
eh derhaka tak? ampunn. eheheh. so, bakal encik kakanda adiwira dewatakuh fahamilah bahawa bakal cik adinda tun teja mu ini tak reti siang ikan. kita makan telur goreng hari-hari la eh? ngahahaha. ;)

sesiapa ada perasan kat atas i mention telur goreng tu letak cili banyak-banyak-banyak? oke tak perasan finee. ye betul saya penggemar cili yang tegar. eh bukan cili besar yang tak pedas langsung tu pleasee la cili tu i makan waktu kanak-kanak je tau. ahaaha. makanan kalau tak pedas rasa macam tengah makan makanan budak 4 tahun je kan? kan? mama i selalu tensii je kalau dia masak tak pedas. takpe-takpe, i rela saket perut masuk toilet 14 kali lepas makan pedas tu janji kita mesti menikmati setiap biji cili yg ada dekat situ kan. contoh macam mee hoon sup mesti kena ada sambal kicap yang pedas tahap dewaa kan. fuhh. lepas tu saya ada laaa satu kawan ni nama dia nurul sakinah, bakal dr neh. then dia pun bebel-bebel laaa.
hey, nt tahu tak makan pedas tak elok untuk perut tau sbb perut tu takde reseptor sebab tu dia tak rasa. bla. blaa. blaa.
oke kinah get it. thank you. ;) tapi memang tak boleh lah nak stop makan makanan yg pedas ni macam addicted tahu. habislaa kalau bakal kekanda adiwira dewatakuh tak makan pedas. macam mana?
eh cop jap, bukan memula tadi kita nak cerita pasal masak ke? apa masuk pasal makanan neh? tsskk.

sudah-sudah mari kita berbalik kepada edisi mari memasak kita pada hari ini. tidak mengapa ye rakan-rakan kalau orang kutuk kita tak reti masak ke hape. takpe. takpe. jadi kan itu semangat yang membara untuk kita lebih termotivated untuk memasak di dapur. ye laa, semenjak dah official jadi penanam anggur ni kan, so i pun macam dah terinsaf sket nak belajar memasak so oke laaa reti laa masak few lauk. bukannye ape, saje je i buat-buat humble tak reti masak kan sebab nanti kalau i masak hari-hari orang kering air mata pulak sebab i masak sedap sangat asal makan je nak nanges kan. *oke bole sepak lelaju* ahaha.

semenjak dah reti masak ni kan. i dengan sukacita dan tak kedekut ilmu ni pun nak laa share resepi yang susah nak mati. eh susah tau nak masak ni kena ada skill yang supper dupper tinggi, bukan calang-calang orang boleh buat ni. kira kalau korang berjaya buat resepi ni, memangg fuhh terbaik laa. tabik springg laa. mari. mari.

resepi pertama. milo tabur yang sedap sampai ketitisan terakhir si sandy

step 1 : sila ambil air sejuk yang sudah disejukkan di dalam fridge. yang diluar fridge tidak diterima ye kerana dikhuatiri resepi tidak menjadi. tuang ke dalam cawan ke mug ke jug ke kira sukahati korang la nk minum banyak mana.

step 2 : masukkan milo kedalam cawan/jug/mug/cerek yang telah dituangkan air tadi. sukatan milo bergantung kepada air yang telah dicurahkan tadi ye.

step 3 : kacau sehingga sebati. lepas tu hasilnya ada serbuk-serbuk milo terapung-apung mana di permukaan cawan anda. haaa kira jadi la tuh.

step 4 : boleh la minum. marveles wehh.

actually i ada resepi aiskrim yang sedap jugak tapi macam malas nak merepek lagi. sebab nak masak dinner pulak ni. ahahah. gempak kan masak dinner tuh. padahal masak sambal tumis je. ahhah. okie dokiee selamat mencuba.

1 comment:

  1. wuyooo! madu saya nak memasak. nanti terisi laa perut suami.

    ReplyDelete