11 December 2011

surat kiriman tidak rasmi kepada bakal kekasih

assalamualaikum. ;)

Kehadapan bakal kekasih merangkap adiwira dewata pujaan hatiku, apa khabarkah kamu disana? ewah.
awak tengah buat apa agak-agaknya ye? huh? nak pergi tengok ombak rindu dengan girlfriend awak? alahaii tak payah nak berombak rindu sangat laaa, membazir duit je awak belanja dia sebab ending dia awak bukan end up dengan dia pun. Awak end up dengan saya kan? hiks. *gelak malu-malu sambil tutup mulut. hermm tapi tak apa lah, saya bagi awak chance berfoya-foya dulu. oke? walaupun macam tak adil sebab saya tunggu awak datang tanpa berfoya-foya dengan orang lain tahu tak. tahu tak?!!!

Awak. awak. saya nak tanya sikit boleh? awak ada dekat planet mana ni? kenapa awak lambat sangat sampai dekat saya, penat saya tunggu awak tahu, awak nak datang dekat saya naik basikal ke? tu yang lambat sangat sampai eh? ughhh. tapi takpe saya tetap akan tunggu awak sampai awak datang dengan penuh kesabaran, eh awak eh? saya percaya dengan janji Dia, yang awak untuk saya. ;)

Awak, nak tahu tak? takpe kalau awak tak nak tau pun saya nak cerita gak. eh btw, awak kena practice la eh dari sekarang, untuk dengar saya bercerita. saya suka bercerita, ni memang betul tak tipu punya. saya suka bercerita pasal semua benda, even yang remeh temeh. contoh pasal kucing saya. eh pasal kucing bukan remeh temeh eh. faham? so, sebab saya tak ada adik beradik, bila dekat rumah saya memang suka paksa mama saya dengar cerita saya, lepas tu bila diorang tak ingat cerita saya, saya akan emosi. ahaha. saiko kan. +___+ heyp. heyp. saiko-saiko pun awak kena terima saya seadanya tau, kena redha.sebab saya pun terima awak seadanya. auww, manesnya saya.

Saya tak mintak banyak dari awak. betul la saya ni tak demand tau orangnya. eh macam menipu la pulak kan tak demand. errrrrr. oke baeklah, saya demand dalam sopan oke? saya takde la mengharapkan awak kacak nak arwah, sebab saya ni pun memang tak lah drop dead gorgeous kan, dah la gigi bersepah. hak3. tapi kan awak kan, kalau awak tak kacak pun awak kan, saya harap awak ni pembersih dengan tak selekeh oke? awak tak kacak di mata orang takpe la, asal awak kacak di mata saya dah cukup. *malu, pandang bawah sambil kuis-kuis kaki kat carpet* eh awak kena sedia maklum tau saya ni pemalu. ngahaha.
Ape lagi permintaan saya dekat awak eh? haaa, awak kerja elok-elok tau. kerja kuat-kuat, sebab saya ni materialistik, apa awak ingat tengok muka awak je lepas tu boleh kenyang? oh pleaseeee. Nanti macam mana saya nak bershopping dengan riang dan gumbira? Eh, bunyi macam saya kejam sangat kan. tak saya takde la kejam sangat macam tu, saya masih lagi sanggup bersusah senang dengan awak. jangan risau. eh tapi jangan la pulak bila dah senang awak ada sekandal lain pulak, saya bakar rambut awak nanti. Sila baca sebagai amaran yang keras oke sayang? hikss malu la panggil awak sayang. *eh jangan lempang saya yang bersikap gedik secara keterlaluan.ahaha. Eh btw, nak tanya awak pernah solat subuh dekat masjid tak? kalau tak pernah, sila-sila lah eh, bangun pagi sikit tengok ada berapa banyak tiang dekat dalam masjid tu ye encik.

Awak. kalau awak rasa dah bersedia nak jadi kawan baik saya, imam solat saya, anak kepada mama dengan abah saya, bertahan layan saya yang gedik, yang pelik, yang kadang-kadang ada angin yang melanda, eh tapi angin sepoi-sepoi bahasa je yang melanda saya.hiks. Awak boleh lah datang dalam hidup saya oke? walaupun saya tak tahu siapa awak, kacak ke tidak awak ni kan. Saya janji, saya tunggu awak dan terima awak seadanya.

Oke lah awak, saya pun dah penat berawak-awak ni, rasa macam nak lempang diri sendiri pun ada.
Till then awak, take care. jangan nakal-nakal tau. Jangan tinggal solat.
Wassalam.

Yang benar,
Bakal teman baik awak. ;)


7 comments:

  1. amboih hah. surat zaman canggih memang cenggini. tak payah guna setem pon dah dapat baca. hik.

    ReplyDelete
  2. hahaha...MBB ada ape susah..haha...dkat lg tu hr2 ley tgk die pun aku tgk xd lah selekeh mana tp kdg2 selekeh gak..hahaha

    ReplyDelete
  3. Awak....saya dah datang ni....hehehehehehe....

    ReplyDelete