19 June 2011

Terima kasih abah.

Assalamualaikum. ;)

Hai Abah, saya tahu abah tak pernah jumpa blog ni kan walaupun ada cubaan hampir-hampir terjumpa, tapi takpe. So sebab abah tak pernah jumpa ini tempat so boleh la saya bermanes-manesan dan bersweet-sweetan dengan kamu ye ayahnda ku, kalau tak memang tak laa kannn. maluuuuuuuu. ahaha

Terima kasih Abah,
terima kasih abah sebab sudi jadi 'driver' saya untuk kemana-mana sampai sekarang. Bunyi memang sangat tidak coolkan sebab dah besar-besar pun bapak yang hantar pergi kehulur-kehilir tapi well nak buat macam mana kan, nasib baik ada orang sudi hantar kalau tidak kena jalan kaki slow-slow laa nampaknya. tsskk. terus tinggal tulang je tak payah diet kan.

Terima Kasih Abah,
terima kasih abah sebab tak pernah puji saya cantik. sadiskan bunyi dia? haih. tapi tu lah, kalau abah hari-hari puji saya cantik mesti hari-hari saya feeling-feeling princess diva setiap hari kan. terima kasih la banyak-banyak abah kalau tak mesti saya punya tahap keperasanan sampai petala kelapan punya bajetnya. tapi lepas ni kalau abah puji saya cantik mesti saya pengsan 44 hari. tskk.

Terima kasih Abah,
terima kasih abah sebab sudah mencorakkan kehidupan saya sehingga ke hari ini. saya rasa saya gembira dengan apa yang abah dah bagi dekat saya selama ini. walaupun kita baru boleh start berbual bila saya dah masuk universiti, sampai sekarang ni saya dah boleh cakap depan abah ada jejaka kacak kan.kalau tak dulu memang tak bercakap la kan sebab abah garang nak mati. ahaha. walaupun saya selalu cari gaduh dengan abah, walaupun saya tak mampu nak bagi dan balas balik apa yang abah da bagi dekat saya, memang terima kasih memang tidak cukup untuk balas jasa-jasa mu tapi itu lah sahaja yang anaknda mu yang gojes ini mampu berikan. yelah gaji bulan lepas pun tak masuk lagi kan so tak dapat lah nak bersweet-sweetan sempena hari bapa ni. oh lupa kita tak sambut hari bapa. tapi tak apalah, saja nak bersweet-sweetan dengan abah.

walaupun saya tak pernah cakap secara live sebab malu oh, oke sekarang rasa macam nak cakap sebab tak live, oke sesungguhnya saya anakndamu yang gojes walaupun abah tak pernah puji nak cakap sayang abah sangat! betul tak tipu ni. awak memang superhero saya. terima kasih untuk semuanya. semoga Allah memberkati abah selalu. ;)


2 comments:

  1. ahaha sengal laa u. eh u nanti bila dah ada anak jangan lupa selalu puji anak u cantik tau. kesian kat dia nanti jadi macam i. ahaha

    ReplyDelete