09 May 2011

Kepelupaan ketahap maksimuman

assalamualaikum. ;)

Hari ni bangun pagi. pagi yang amat. betul-betul punya pagi bukan pagi yang tipu-tipu. Dah lama tak feeling-feeling nervous sampai tak lena tidur, padahal tidur adalah hobi masa lapang mahu pun tak lapang. haih. makan pun dah tak berapa nak berselera. nervous tahu nervous. ni nervous bukan tipu-tipu punya ni.

sebenarnya hari ni saya nervous yang amat, sebab hari ni first day nak masuk tempat kerja baru lepas resign hari tu.hu3. peh, dia punya rasa nervous tu memang membunuh sungguh. biasalah kan, nak pergi tempat baru, nak kenal dengan orang baru. nak kena buat muka innoncent lagi nak kena cakap sopan-santun lagi. ehehe. haih. oke, sebenarnya takde la nervous sangat nak jumpa orang baru. perkara yang buat saya tak lena tidur lepas dapat call confirmation sebenarnya ialah nervous sebab duk fikir nanti lunch nak makan dengan sape. looseeerr tak? wahahaha. +________________+ naseb baik tadi ada kakak-kakak yang super baek ajak makan lunch sekali and dapat kawan baru yang masuk hari ni jugak tapi dia pergi department lain. sedih.

oke, sekarang nervous yang lain pulak. saya ada masalah nak ingat nama orang. serious punya lambat nak adapt nama orang. tadi tanya nama hod pun lupa siapa nama dia, lepas tu rasa macam nak nanges sebab bila dah sampai depan recep tak tahu nama hod, lepas tu sape nak kutip kita kat depan tu kan. haih. memang kronik, masalah pelupa saya. ni kalau anak ada sepuluh mesti dah terlupa anak no 9 tu nama dia siapa. haih. kena minum susu enfagrow bebanyak ni. haih lagi sekali.


1 comment:

  1. awak still ingatn nama saya kan? hihi
    wahh! da keje baru.. congrts.. i baru taw ni. ehehehe

    ReplyDelete