24 December 2010

diari seorang penanam anggur

04:10pm

selamat hari jumaat. eh sekejap je kan dari hari jumaat balik. lagi-lagi bagi yang berkerjaya sebagai penanam anggur (read : penganggur) yang tegar. oh, macam ni rasanye jadi tukang tanam anggur yang buah dia tak ada hasil langsung. rasa macam tak berbakti dekat bumi langsung. haih.

Baru sebulan lebih la lebih kurang duduk rumah jadi mem besar. goyang kaki tanpa perasaan bersalah lepas tu bangun, makan, berhibernasi, berkepochi di facebook, lepas tu berhibernasi balik. eh rotate balik aktiviti tu untuk esok dan hari seterusnya. eh, so bilanya nak kerja? tssk.
Tak sangka sebenarnya dapat mama dengan abah yang chill nak mati. eh, kenapa abah tak chill macam ni waktu orang zaman-zaman belajar dulu. ahaha. kiranya sekarang my parents macam tak bising lagi suruh cari kerja, sebab diorang bagi time nak berfoya-foya dulu. auww. auww. baiknya. tapi still rasa bersalah sebenarnye duduk rumah goyang kaki je. fuhh. fuhhh tengah berusaha cari kerjalah ni. doakan nurul hafizah murah rezeki ya. ;)

kalau orang tanya bila nak kerja, lepas tu I macam malas nak jawab, confirm soalan itu akan dijawab sebigini rupa. "nak tunggu putera raja datang masuk meminang" auww. seronokkan? ahahah. Korang-korang-korang yang masih belajar tu, tak payahlah duk kalut sangat nak cepat habis belajar, sebab waktu belajarlah kita punya safe and comfort zone. seronok tahu zaman belajar ni, tak payah nak fikir ape-ape, hoooo. rindu zaman belajar oh. kira macam soalan standard ah bila dah habis belajar, orang mesti tanya kerja ape? bila nak kerja? bla.bla.blaa. tanyalah bila nak kawen ke ape. eh.

sebenarnya dalam duk tak buat pape sambil mengumpul lemak yang dah sedia banyak ni, tersimpan juga hasrat murni yang suci gitu. tak sabar nak pegang duit sendiri. tak sabar nak buat mama dengan abah bangga lagi sekali sebab diorang dah tak simpan anak dara gemok dan pemalas dan tukang habiskan beras dekat rumah lagi. yeay.
semoga dipermudahkan segala urusan. ameen. ;)