14 June 2010

practice masak nasik untuk kahwin. ;)

08:25pm

kenapa orang Malaysia suka kahwin waktu cuti sekolah?

kenapa saya rasa ramai kawan dengan sepupu-sepapat saya yang baya saya ramai yang dah kahwin dengan bertunang? errr umur saya 22 tahun kan? bukan 32 tahun kan?

oke bye saya nak practice masak nasik dengan nanti bakal laki saya tak mati kebulur. ;)

13 June 2010

boikot!

23:33pm

oke boikot. boikot. jom boikot. semangat boikot. eh tak boleh makan lah boikot.
2hari lepas bersemangat tak hengat nak boikot terus keluarkan statement errr.. takpela mengidam sekali je. bukan beli hari-hari kan. takpun alaa kalau aku sorang yang duk boikot bukannya effect. ayat-ayat yang macam ni la rasa wut the fish semangat tak sampai 5minit. hesh.

sebenarnya kalau kita nak boikot boleh je. ada je alternatif barang lain yang kita boleh ganti tapi sebab barang-barang tu semua dah sebati dengan hidup kita takpun kalau belajar subjek consumer behavior kira ni termasuk dalam costumer loyalty jenis pengguna tahap setia nak matilah dengan brand tu kira kalau tak pakai brand tu boleh mati kot. entah.

meh kita tengok apa barang harian yang memang favourite kita yang boleh kita ganti dengan barang yang kita nak boikot tu eh.

*oke product simple yang first kita harus boikot ialah johnson&johnson. alaaa macam mana ni kulit I yang mulus ni tak boleh pakai product lain nanti dah tak mulus dan putih berseri macam Lisdawati macam mana? ah gedik ah kau! kalau nak sangat kulit melepak-lepak rendam dalam clorox ah. eh. kan banyak je product baby yang lain. boleh pakai bedak yang ada gambar gajah pink yang comel carrie junior tu ke. oke settle.

*untuk tidur lenamu gunalah soffy comfort night. *sila nyanyi dengan nada sama dengan iklan tv* oke dah tak payah lagi guna Kotex. takpun boleh guna pad baru yang ada adibah noor tu tak reti eja apa nama dia. jangan nak ngada-ngada tak gatal pun lah si missy v tu kalau guna pad brand lain, kalau gatal jugak gunalah pad herba. ;)

* NOKIA connecting people. alaa tak best pun telefon bimbit nokia ni gunalah Sony Ericsson. errr kalau Sony ni pun nanti kena boikot terpaksalah guna CSL. oke hape.

* Ibu saya bagi saya minum milo setiap hari supaya saya jadi bijak dan cergas. kalau ibu saya malas masak saya kena masak mee maggi sendiri. ayah saya suka minum nescafe dengan coffemate. hepp. heppp tu semua barang nestlela. oke I pun memang mengaku sangat susah nak boikot barang nestle sebab semuanya sangat best. honey star! aiskrim milo saya. tskk. pengsan jap. takpe. takpe milo boleh ganti dengan vico. err ada aiskrim vico tak? kan sekarang banyak je mee segera yang lagi sedap so no hal lah kan. errr instead off nescafe, kopi janda perhaps? ngaaa~

* Mcdonalds. malas nak merepek banyak. sokonglah gerai burger abang atau makcik atau pakcik di tepi jalan. mana tahu nasib baik dapat jumpa dengan abang burger yang handsome dan kacak dan bonus pandai membuat burger. tsskk. kalau teringin nak makan bigmac order je la nak sepuluh lapis pun boleh. lagi murah dengan penuh lagi. siapa kata tak cool kalau tak dating dekat mekdi? kedai mamak lagi shuweeet tau. kau makanlah mekdi banyak-banyak gemuk padan muka! ngahahaha,

* Star World. alaaaaaaa nak tengok glee dekat mana? oke takpayah ada astro oke bye.

* eh putihnya gigi awak? ye gigi saya amat bersinar-sinar dengan memakai ubat gigi mu'min. tak payah la weh pakai Colgate. sokong sikit barang buatan Malaysia. one two three go. sengih. yeah gigi ku putih. errr.

Dah lah tu. oke siapa boleh boikot barang-barang ni je kira dah terror nak mati lah oke? ni sikit je banyak lagi sebenarnya tapi I saje listkan baramg yang I pun selalu guna. benda kita nampak simple tapi sangat meaningful kalau kita semua bersatu tak guna barang-barang ni semua.
Janganlah mengeluh sebab rasa sangat tidak cool selepas tidak menggunakan produk-produk ni semua. anggaplah ini bantuan kita yang paling sikit untuk saudara kita dekat sana sebab kalau kita membeli produk-produk yang bagi sokongan dan sumbangan keuntungan dekat zionis samalah kita pun duk sumbang sekali duit nak beli peluru bunuh diorang dekat sana. takpun bila nak beli kita bayangkan macam ni nak makan mekdi je woooo satu fries masuk mulut satu kanak-kanak innocent dekat sana kena bunuh sebab duit kita. bila mengidam aiskrim milo je dah sampai petronas nak sentuh je aiskrim tu cuba bayangkan kita tengah makan aiskrim sebelah bilik mayat. errr oke hover takde kaitan.