30 May 2010

sambut menantu

11:55pm

berapa hari lepas kucing bujangkuh sudah membawa pulang kekasih beliau untuk berjumpa dengan familynya. awwww. sweeeetttkan. kan. sumpah rasa nak hempuk je kucing ni sebab girlfriendnya jenis yang tidak tahu malu sungguh tidak mahu pulang lepas di bawa pulang dekat sini. hesh. rimas okeh. putih kau suruh girlfriend kau baliklah weh. cancel nak buat jadi menantu.


*si player yang tampan*




29 May 2010

rules dalam berkawan

09:46pm

zaman dulu-dulu nak berkawan memang tak ada rules.
kalau ada rules nak berkawan pun, just rules yang sweet-sweet je. contohnya kalau sekepala dah kita rasa selesa bersama dah boleh jadi kawan tidur sebantal, makan sepinggan, mandi sama-sama. eh. haa kira macam tu lah simple je kalau nak jadi kawan baik.

tapi ku sangkakan hujan hingga ke petang rupa-rupanya panas di tengah hari. erk? ni terbalik ke betul eh? takpe lah. zaman sekarang ni dah lain. lain sangat-sangat. zaman sekarang rules number one nak berkawan ialah kita kena tunjuk resit gaji parents dulu baru boleh berkawan. kiranya kawan kena yang sekufulah. apa korang ingat kahwin je ke nak sekufu? kawan pun kena sekufu tau. I memang emo nak matilah dengan kawan yang macam ni, asal selisih faham sikit je oh terus je nak ungkit benda bukan-bukan. yang tak tahan tu bila yang keluarkan statement orang nak berkawan dengan dia sebab harta dia je. eh pleeeaassseeeeeeeeeeeeeelah. kau takpayahlah nak bangga sangat dengan harta kau tu lah. bukannya selama berkawan dengan kau setiap hari kau bagi kitorang duit saraan setiap bulan kan. kalau kau nak tahu kawan yang kau jaja cerita dia dengan tuduh nak berkawan dengan kau sebab harta tu lah yang ikhlas nak kawan dengan kau. kawan yang duk kaki kipas kau sekarang tu yang kau claim kawan dunia akhirat kau tu. sendiri fikirlah kawan. eh teremo pulak. harap maklum cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau sudah meninggal dunia. oke take note rules number satu untuk berkawan : kena tunjuk slip gaji parents untuk sekufu kalau tak kau dituduh berkawan sebab harta.

rules number two : zaman sekarang kalau nak berkawan kena pandai bermuka-muka. yes. yes. itu fakta. sekarang ni susah sangat nak tahu yang kawan tu betul-betul kawan ke tak. kawan zaman sekarang ni pelik tau sebab kalau dia dekat depan kita dia memang sangat baik dan ikhlas dalam berkawan kononnya tapi kat belakang perghh tak sanggup nak dengar dia jaja dengan kutuk kawan dia tu cukup-cukup. ada jugak yang berkawan dengan baik nak mati sebab nak korek cerita je dari kawan tu. so endingnya dialah yang baik dan innoncent. kalau dapat kawan yang macam ni, takpelah kita pun hipokritlah balik dengan diakan. yes adil hamek kau!

bukannya semua kawan yang berperangai macam ni cuma adalah yang sekerat dua yang tak sedar dirikan. biarlah. itulah manusia. memang I sangat emo dengan kawan yang macam ni okeh. kalau dapat lempang sekali takpun dua kali memang terbaik!

22 May 2010

oit ada penghendap

07:31pm

saya stalker. saya stalker. saya stalker. saya stalker. saya stalker.
saya stalker. saya stalker. saya stalker. saya stalker. saya stalker.
saya kan gadis yang pemalu sebab tu saya hanya mampu jadi stalker. awak tak kisahkan? ala awak bukannya tahu pun saya jadi stalker awak. so never mindlah kan. kalau bukan saya yang jadi stalker awak siapa je yang teringin nak jad stalker awak kan. so sila hargai saya si stalker awak yang setia.

eh apa ni? abaikan jelah. saya jadi stalker sebab saya tengah mengidam nugget mcd. eh ada kaitan ek?


*perempuan-perempuan ini bukan seorang stalker*
kami hanya budak perempuan biasa yang sunburn dan hitam selepas bercamping





18 May 2010

saya bukan seorang yang pemalu

12:19pm

Pernah tak ada sesiapa yang rasa malu sangat bila teringat apa yang kita dah buat zaman kanak-kanak dulu. eh takdelah kanak-kanak sangat. ala masa zaman sekolah menengah dulu ke.
Me tadi tetibe teringat benda bodoh yang I pernah terbuat zaman sekolah menengah muda remaja zaman tudung senget muka berminyak dulu-dulu.

Oh EM jiH! serious malu. Kenapalah kau bodoh sangat buat macam tu dulu kan sekarang dah malu bla ngat balik. pfffttt. nak timbus muka dalam pasir rasa kalau teringat. ahahah. bengong!
shy Pictures, Images and Photos


15 May 2010

hai nama saya melah

02.15pm

Cuba bayangkan kalau kita ada nama yang sungguh super duper klasik. contoh Siti Melur ke Kenanga ke takpun Siti Rougayah.
Eh. Siti Rougayah! dulu nama i nyaris-nyaris jadi Siti Rougayah tau sebab bersempena dgn nama moyang sebelah abah dulu. weh gila horror kalau nama Siti Rougayah kan. abes tu nama panggilan timang-timang manja-manja nak panggil apa eh? Siti? Gayah? my friends dah bercita-cita nak panggl Roug. hohoho glamour gak bunyi dia ye. ;)

Waktu I lahir dulu tahun 1988 hujung tahun pulak tu kan masa tu ada juara lagu kan. lepas tu penyanyi yang popular dulu Ramlah Ram memang dia tengah gila popular lah ala-ala macam sekarang Siti takpun Yuna. Boleh pulaklah ayahnda ku ni peminat kipas susah mati kat ramlah ram ni. lepas tu boleh pulak dia nak letak nama baby dia ramlah ram! weh. agak ah ramlah ram abes tu nak panggil apa nanti melah? hai nama saya melah. ngaaaaa~

Akhirnya my parents telah sebulat suara untuk meletakkan nama saya yang telah dicadangkan dari arwah pakcik dengan nama nurul hafizah. ;) haaa kan cute sket nama tu kan. kan.


hai nama saya nurul hafizah. errr kenapa muka saya tembam nak mati lepas tu macam nak mintak sepak laju-laju eh. eh abaikan je lah. ;)

06 May 2010

insaf weh.

11:35pm

hari tu tertengok dekat fb bihah.
sumpah insaf weh. tsskk.



sebenarnya tak pasti apa massage dia either suruh jangan tinggal solat atau solat awal?
errrr. so i take it as mari kita solat awal!