05 March 2010

Kerungsingan

05:25pm

Hari ini bangun pagi.
bangun pagi sebab nak kena pergi wisma.
Kena pergi wisma sebab nak kena buat jadual.
buat awal sehari sebab esok nak kena mencapap jadi fasi online. Sangat seronok sebab esok boleh membantu jejaka kacak yang dalam kesusahan ketika membuat time table mereka. Ahahahah. *gelak gedik* erkk? apakah?

Jadual saya untuk semester depan sangat pack. Hari-hari ada kelas pukul 8 pagi. Gila ah.
Tiba- tiba hati jadi tidak keruan dan agak sayu di situ kerana ini adalah semester terakhir saya membuat jadual waktu sebab dah final sem. Sedih. Dah dapat dah feel next sem tu. Sedih sebab nanti bila dah grad bilalah lagi nak jejak muadzam ni. Sedih bila terfikir kita akan tinggalkan adik-adik kesayangan dan kawan-kawan yang dari tidur sebantal, makan semeja, lepak sama-sama, gaduh dan bermasam muka pun sama-sama. Nanti mesti rasa pelikkan. Pelik sebab dah tak ada kawan-kawan yang hari-hari dari bangun tidur sampai nak tutup mata balik kita hadap muka dia dah tak ada dengan kita. Rasa pelik sebab nanti dah tak boleh kepochi dengan gosip-gosip lagi. Mesti dah rasa pelik bila kita dah lama tak jumpa nantikan.

Risau.
Kenapa kena risau? Risau lepas ni dah kena fikir semua expenses sendiri. Selama ni kalau putus duit ada parents lepas ni mesti kena pandai-pandai sendiri nak hidup. Risau macam mana nak hadap dunia luar yang real kan.

Oke tetiba terhover rungsing-rungsing untuk benda yang jauh lagi. haish.
Sebenarnya rungsing pasal benda lain. Macam-macam duk semak kat atas kepala ni. Apa-apalah malas nak fikir. Biarlah nak jadi apa pun. Whatever okeh!